SENARAI 1 TOK SIDANG 1 PANTUN


Bil Tok Sidang Parlimen Dun Pantun Tindakan
1
Sidang Shaari Bin Abu
HANG TUAH JAYA PENGKALAN BATU
Apa guna si batang kayu,
Cantik bersusun dibuat lantai;
Apa guna mengaku Melayu,
Kalau berpantun tidak pandai.
2
Sidang Shaari Bin Abu
HANG TUAH JAYA PENGKALAN BATU
Indah seloka bersopan santun,
Kebaya jangan tidak bersulam;
Sidang Melaka tak tahu berpantun,
Bagaikan makan tidak berulam.
3
Sidang Shaari Bin Abu
HANG TUAH JAYA PENGKALAN BATU
Hati sebak dibawa sembahyang,
Jiwa sayu duduk di halaman;
Joget lambak si dondang sayang,
Budaya Melayu zaman berzaman.
4
Sidang Shaari Bin Abu
HANG TUAH JAYA PENGKALAN BATU
Luas terbentang Taman Cempaka,
Harumnya parah menusuk jiwa;
Selamat datang Negeri Melaka,
Negeri sejarah negeri berwibawa.
5
Sidang Shaari Bin Abu
HANG TUAH JAYA PENGKALAN BATU
Menjahit baldu tepi perigi,
Indah berseri bunga tetatang;
Kasih dirindu menjauh pergi,
Aku sendiri membilang bintang.
6
Sidang Shaari Bin Abu
HANG TUAH JAYA PENGKALAN BATU
Kencana berderai merekah lilin,
Unggul terserat di depan kali;
Kasih terlerai disimpul jalin,
Rotan dikerat bercantum kembali.
7
Sidang Shaari Bin Abu
HANG TUAH JAYA PENGKALAN BATU
Langit membiru di teluk tenang,
Duduk termenung menahan lukah;
Ilmu baharu setampuk pinang,
Kenapa gunung hendak dilangkah.
8
Sidang Shaari Bin Abu
HANG TUAH JAYA PENGKALAN BATU
Jangan jemu menyuluh anjung,
Cantik menyerlah warna purnama;
Kalaulah ilmu penuh setanjung,
Kenapa kalah dek petua lama.
9
Sidang Shaari Bin Abu
HANG TUAH JAYA PENGKALAN BATU
Orang latah pergi memukat,
Sayur kobis dimakan kelah;
Kaki patah jalan bertongkat,
Kayu habis tangga dibelah.
10
Sidang Shaari Bin Abu
HANG TUAH JAYA PENGKALAN BATU
Di tanah rata ayam dijebak,
Hatinya suka naik perahu;
Pedih mata menahan sebak,
Hati terluka siapalah tahu.
11
Sidang Shaari Bin Abu
HANG TUAH JAYA PENGKALAN BATU
Air tenang bermain rakit,
Kain kasa diikat sekilas;
Apa dikenang budi sedikit,
Orang berjasa minta dibalas.
12
Sidang Jaffri Bin Haji Md Yatim
MASJID TANAH KUALA LINGGI
Subur padi sedang bunting,
Dari kejauhan luas terbentang;
Jikalau sudi hamba menyunting,
Bulan hadapan risikan datang.
13
Sidang Jaffri Bin Haji Md Yatim
MASJID TANAH KUALA LINGGI
Kukuh teguh Kota Melaka,
Nampak kelam waktu petang;
Memang sungguh kata seloka,
Siang malam rindu mendatang.
14
Sidang Jaffri Bin Haji Md Yatim
MASJID TANAH KUALA LINGGI
Sejoli merpati tinggi melayang,
Terbang tenang janji dipadu;
Jikalau hati sudahlah sayang,
Siang terkenang malam merindu.
15
Sidang Jaffri Bin Haji Md Yatim
MASJID TANAH KUALA LINGGI
Anyaman teguh disulam jitu,
Sambil berjaga berbual sakan;
Kalaulah sungguh kata begitu,
Jiwa raga hamba serahkan.
16
Sidang Jaffri Bin Haji Md Yatim
MASJID TANAH KUALA LINGGI
Tongkat berpaut jalan ke sawah,
Meniti permatang terasa gayat;
Erat bertaut simpulan ukhuwah,
Kekal sayang sepanjang hayat.
17
Sidang Jaffri Bin Haji Md Yatim
MASJID TANAH KUALA LINGGI
Buah semangka bersalut baju,
Bunga butang dibanjir rumbia;
Negeri Melaka semakin maju,
Pelancong datang serata dunia.
18
Sidang Jaffri Bin Haji Md Yatim
MASJID TANAH KUALA LINGGI
Berisi bakul si bunga tanjung,
Bau memikat jauh dan dekat;
Adat dipikul agama dijunjung,
Hidup muafakat membawa berkat.
19
Sidang Jaffri Bin Haji Md Yatim
MASJID TANAH KUALA LINGGI
Perahu mudik sambil berzikir,
Membawa baju untuk tetamu;
Rakyat cerdik tangkas berfikir,
Negeri maju berbudaya ilmu.
20
Sidang Jaffri Bin Haji Md Yatim
MASJID TANAH KUALA LINGGI
Pergi kedai membeli nangka ,
Enaknya buah semanis rasa;
Jangan tergadai tanah pusaka,
Demi maruah pewaris bangsa.
21
Sidang Jaffri Bin Haji Md Yatim
MASJID TANAH KUALA LINGGI
Daun palas subur menjadi,
Daunnya perang dimakan rusa;
Hidup ikhlas menabur budi,
Dikenang orang setiap masa.
22
Sidang Jaffri Bin Haji Md Yatim
MASJID TANAH KUALA LINGGI
Tumbuh selasih di dalam loyang,
Menyimpan padi di dalam peti;
Demam berkasih kerana sayang,
Seikhlasnya budi di bawa mati.
23
Sidang Jaffri Bin Haji Md Yatim
MASJID TANAH KUALA LINGGI
Kera ungka hidup berpindah,
Berhujan basah sampai kuala;
Negeri Melaka terkenal sudah,
Segala kisah di sini bermula.
24
Sidang Zakaria Bin Mohd Yusoff
MASJID TANAH LENDU
Anak dara bercermin mata,
Jalan perlahan otak mengarang;
Hati lara penuh menderita,
Dara pilihan kekasih orang.
25
Sidang Zakaria Bin Mohd Yusoff
MASJID TANAH LENDU
Buah badam buah cenderai,
Berbekal kuih lepak di titi;
Rindu dendam sudah terlerai,
Bertemu kekasih pujaan hati.
26
Sidang Zakaria Bin Mohd Yusoff
MASJID TANAH LENDU
Mengail gelama di pagi hari,
Sungai diredah perahu payang;
Sudah lama abang mencari,
Terikat sudah kasih sayang.
27
Sidang Zakaria Bin Mohd Yusoff
MASJID TANAH LENDU
Menjemur sagu lepas menuba,
Parang tumpul di atas jeti;
Kekasih ditunggu sudah tiba,
Senyum simpul menambat hati.
28
Sidang Zakaria Bin Mohd Yusoff
MASJID TANAH LENDU
Usik mengusik bila bertanya,
Berkain pelikat si orang muda;
Yang dirisik belum berpunya,
Untuk diikat menjadi tanda.
29
Sidang Zakaria Bin Mohd Yusoff
MASJID TANAH LENDU
Ayam didik panas dipanggang,
Tegak terpacak di atas bara;
Melihat adik jalan berlenggang,
Hati berkocak tidak terkira.
30
Sidang Zakaria Bin Mohd Yusoff
MASJID TANAH LENDU
Jagung badik isinya ditarah,
Gulai pari pedasnya padu;
Jangan adik merasa marah,
Setiap hari abang merindu.
31
Sidang Zakaria Bin Mohd Yusoff
MASJID TANAH LENDU
Gendang lantang zikir munajat,
Irama bunyinya indah gemersik;
Kami datang dengan berhajat,
Mahu bertanya untuk merisik.
32
Sidang Zakaria Bin Mohd Yusoff
MASJID TANAH LENDU
Buah cempedak dimakan budak,
Pohonnya redup banyak cerita;
Dibenci tidak disayang tidak,
Walaupun hidupnya penuh derita.
33
Sidang Zakaria Bin Mohd Yusoff
MASJID TANAH LENDU
Di kanan kiri orang berdiri,
Kuda kepang dipacu pemuda;
Senyuman diberi muka berseri,
Terasa lapang di dalam dada.
34
Sidang Zakaria Bin Mohd Yusoff
MASJID TANAH LENDU
Buah ceri buah pulasan,
Daun meranti daun dedalu;
Salam diberi tanda keikhlasan,
Semoga nanti damai selalu.
35
Sidang Zakaria Bin Mohd Yusoff
MASJID TANAH LENDU
Masak ranum buah berangan,
Gugur digegar monyet jahat;
Makan minum dilupa jangan,
Minda segar fizikal sihat.
36
Sidang Hj Ayob Bin Hj Ahmad
MASJID TANAH TANJUNG BIDARA
Pokok cermai banyak di ladang,
Setandan kelapa dimakan kera;
Ada ramai rombongan bertandang,
Dengan siapa ketua berbicara.
37
Sidang Hj Ayob Bin Hj Ahmad
MASJID TANAH TANJUNG BIDARA
Pokok pauh sekah di batang,
Bawa jerami dengan pedati;
Dari jauh rombongan datang,
Di sini kami tetap menanti.
38
Sidang Hj Ayob Bin Hj Ahmad
MASJID TANAH TANJUNG BIDARA
Ikan patin ikan cermin,
Daun betik si daun pandan;
Kini pengantin atas pelamin,
Sama cantik sama padan.
39
Sidang Hj Ayob Bin Hj Ahmad
MASJID TANAH TANJUNG BIDARA
Sampan kolek berisi bacang,
Membawa lada bersama kapas;
Biar molek kita berbincang,
Jangan ada barang terlepas.
40
Sidang Hj Ayob Bin Hj Ahmad
MASJID TANAH TANJUNG BIDARA
Daun sirih rapat diikat,
Habis licin sekacip pinang;
Perit jerih sudah sepakat,
Sarung cincin tanda meminang.
41
Sidang Hj Ayob Bin Hj Ahmad
MASJID TANAH TANJUNG BIDARA
Dari Kudat ke Kuala Linggi,
Rehat sebentar di Tanjung Dahan;
Keluhuran adat disanjung tinggi,
Tidak gentar watan pertahan.
42
Sidang Hj Ayob Bin Hj Ahmad
MASJID TANAH TANJUNG BIDARA
Seguni padat daun keledek,
Bawa bersama ke hujung tanjung;
Pertahankan adat bagai dikelek,
Pundak agama mesti dijunjung.
43
Sidang Hj Ayob Bin Hj Ahmad
MASJID TANAH TANJUNG BIDARA
Batang bukan sebarang batang,
Keras sejat si pohon jati;
Datang bukan sebarang datang,
Membawa hajat seikhlas hati.
44
Sidang Hj Ayob Bin Hj Ahmad
MASJID TANAH TANJUNG BIDARA
Seekor rerama terbang sendiri,
Mencari teman di dahan mati;
Sudah lama teruna mencari,
Bunga di laman berkenan di hati.
45
Sidang Hj Ayob Bin Hj Ahmad
MASJID TANAH TANJUNG BIDARA
Pecah pelampung tercucuk lidi,
Rasa janggal tiubnya kempis;
Sejarah kampung menanam padi,
Kini tinggal kenangan manis.
46
Sidang Hj Ayob Bin Hj Ahmad
MASJID TANAH TANJUNG BIDARA
Atas permatang ditabur garam,
Garam berisi penuh seguni;
Silalah datang ke Seri Jeram,
Kuih tradisi banyak di sini.
47
Sidang Hj Ayob Bin Hj Ahmad
MASJID TANAH TANJUNG BIDARA
Kuih denderam untuk dijual,
Bawa ke hulu biar berpada;
Seri Jeram memang terkenal,
Kuih bahulu sentiasa ada.
48
Sidang Shamsul Bin Othman
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Bunga cempaka kuntuman merah,
Jambak kurnia buat perempuan;
Bukit Melaka penuh bersejarah,
Di seluruh dunia jadi tumpuan.
49
Sidang Shamsul Bin Othman
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Anak muda berdondang sayang,
Dendang bermadah di laman rumah;
Terkenal di persada sudah terbilang,
Melakaku indah warganya ramah.
50
Sidang Shamsul Bin Othman
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Burung pekaka mematuk buah,
Bulunya merah jatuh di taman;
Hebatnya Melaka kerana Tuah,
Jadi sejarah warisan berzaman.
51
Sidang Shamsul Bin Othman
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Buah kepayang buah semangka,
Jatuh melantun ke atas jalan;
Dondang sayang warisan Melaka,
Adat berpantun menjadi amalan.
52
Sidang Shamsul Bin Othman
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Berjalan lentik si anak dara,
Melampai tinggi jadi rebutan;
Memang cantik orang utara,
Cantik lagi orang selatan.
53
Sidang Shamsul Bin Othman
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Usah diusik pokok semalu,
Jika tertekan luka di tangan;
Majlis merisik sudah berlalu,
Kita teruskan majlis pertunangan.
54
Sidang Shamsul Bin Othman
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Lori ikan dari permatang,
Untuk disewa bersama roti;
Datang bukan sebarang datang,
Datang membawa hajat di hati.
55
Sidang Shamsul Bin Othman
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Bunga di laman cantik dipandang,
Bawa ke bilik pinta dahulu;
Makanan minuman sudah terhidang,
Sebelum balik makan selalu.
56
Sidang Shamsul Bin Othman
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Cantik sulaman jadi bualan,
Jadi hiasan apabila bersua;
Manis senyuman kepada taulan,
Buat bingkisan buat semua.
57
Sidang Shamsul Bin Othman
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Usah disantun pemakai sendat,
Tunduk bertindak nampak budiman;
Bersulam pantun menjadi adat,
Agar tidak ditelan zaman.
58
Sidang Shamsul Bin Othman
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Tumbuh sekata si pohon ara,
Pandangan mata nampak gelap;
Andai kata terlanjur bicara,
Maaf dipinta segala silap.
59
Sidang Shamsul Bin Othman
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Harum cempaka di senjakala,
Menyerlah merah celahan kayu;
Negeri Melaka segalanya bermula,
Tempat sejarah warisan Melayu.
60
Sidang Hj Sudin Bin Hashim
HANG TUAH JAYA KESIDANG
Kerasnya baka si kayu cengal,
Tumbuh di taman tepi perigi;
Negeri Melaka sudah terkenal,
Sejak berzaman dahulu lagi.
61
Sidang Hj Sudin Bin Hashim
HANG TUAH JAYA KESIDANG
Indah berbalam si awan petang,
Nampak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
62
Sidang Hj Sudin Bin Hashim
HANG TUAH JAYA KESIDANG
Putik pauh dari pematang,
Penuh seguni letak di titi;
Dari jauh rombongan datang,
Kami di sini sudi menanti.
63
Sidang Hj Sudin Bin Hashim
HANG TUAH JAYA KESIDANG
Selasih berbuah pinang berbuah,
Cempedak empunya mula merekah;
Merisik sudah bertunang sudah,
Tiba masanya berakad nikah.
64
Sidang Hj Sudin Bin Hashim
HANG TUAH JAYA KESIDANG
Ada bersarang burung tempua,
Bulunya carik juga melekat;
Dahulu seorang kini berdua,
Duduk berbaik dalam muafakat.
65
Sidang Hj Sudin Bin Hashim
HANG TUAH JAYA KESIDANG
Dari dusun mudik ke tanjung,
Muatannya sarat sepenuh lori;
Salam tersusun bersirih junjung,
Besarnya hasrat kami ke mari.
66
Sidang Hj Sudin Bin Hashim
HANG TUAH JAYA KESIDANG
Mati tebuan di asap pelita,
Dimakan pepijat sambil berdendang;
Silakan tuan bermadah kata,
Apa hajat datang bertandang.
67
Sidang Hj Sudin Bin Hashim
HANG TUAH JAYA KESIDANG
Jika tidak hujan di hulu,
Tidak jerami basah seguni;
Jika tidak janji dahulu,
Tidak kami sampai disini.
68
Sidang Hj Sudin Bin Hashim
HANG TUAH JAYA KESIDANG
Bunga kenanga harum baunya,
Indah di ranting hujung halaman;
Jikalau bunga belum berpunya,
Ingin disunting menjadi teman.
69
Sidang Hj Sudin Bin Hashim
HANG TUAH JAYA KESIDANG
Pucuk kemagi dimakan seladang,
Pokoknya bersegi berbaris di titi;
Berapa tinggi Gunung Ledang,
Tinggilah lagi hajat di hati.
70
Sidang Hj Sudin Bin Hashim
HANG TUAH JAYA KESIDANG
Makan sirih berpinang tidak,
Pinang berpundi di makan angsa;
Makan sirih mengenyang tidak,
Tanda berbudi budaya bangsa.
71
Sidang Hj Sudin Bin Hashim
HANG TUAH JAYA KESIDANG
Burung belatuk berkawan merbah,
sesekali berada di pohon berangan;
Cincin sebentuk kami persembah,
Sebagai tanda tali pertunangan.
72
Sidang Shamsudin Bin Joned
MASJID TANAH KUALA LINGGI
Daun dedalu di dalam raga,
Dahan kayu dalam perigi;
Adat dahulu perlu dijaga,
Adab Melayu disanjung tinggi.
73
Sidang Shamsudin Bin Joned
MASJID TANAH KUALA LINGGI
Buah getah bawa ke hulu,
Ikan penyu di banir rumbia;
Kata pepatah sejak dahulu,
Takkan melayu hilang di dunia.
74
Sidang Shamsudin Bin Joned
MASJID TANAH KUALA LINGGI
Terbang renah di atas bata,
Sayap terkukur senger sebelah;
Selesailah sudah majlis kita,
Mari bersyukur kepada Allah.
75
Sidang Shamsudin Bin Joned
MASJID TANAH KUALA LINGGI
Ayam rintik di pinggir hutan,
Nampak di rimbun tepi telaga;
Nama baik menjadi ingatan,
Seribu tahun terkenang juga.
76
Sidang Shamsudin Bin Joned
MASJID TANAH KUALA LINGGI
Kelapa muda dibuat santan,
Pokok pegaga berbaris rapi;
Apalah ada pada jawatan,
Berkorban raga dipandnag sepi.
77
Sidang Shamsudin Bin Joned
MASJID TANAH KUALA LINGGI
Burung gagak di dahan kayu,
Daun pegaga letak di bucu;
Tok Sidang segak berbaju Melayu,
Adat dijaga agama dipacu.
78
Sidang Shamsudin Bin Joned
MASJID TANAH KUALA LINGGI
Pohon kayu semarak jingga ,
Di tepi kolam tumbuh angsana;
Adat Melayu harus dijaga,
Syiar Islam wajib dilaksana.
79
Sidang Shamsudin Bin Joned
MASJID TANAH KUALA LINGGI
Pasang pelita pergi bersama,
Hilang gerhana nampak cahaya;
Nabi kita contoh utama,
Insan sempurna hidup berjaya.
80
Sidang Shamsudin Bin Joned
MASJID TANAH KUALA LINGGI
Bawa penganan ke Bukit Sentosa,
Bersama periuk pelbagai jenama;
Banyak makanan boleh dirasa,
Belacan cencaluk sajian utama.
81
Sidang Shamsudin Bin Joned
MASJID TANAH KUALA LINGGI
Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah melekat di pohon kayu;
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah beradat pusaka Melayu.
82
Sidang Shamsudin Bin Joned
MASJID TANAH KUALA LINGGI
Pengkalan Balak pantainya indah,
Airnya tenang tiada ribut ;
Saat tergelak jiwa bermadah ,
Hati terkenang mulut menyebut.
83
Sidang Shamsudin Bin Joned
MASJID TANAH KUALA LINGGI
Papan batu pengasah pensil,
Berpakaian bersih setiap hari;
Penuduk bersatu mencari hasil,
Menjunjung kasih Ketua Menteri.
84
Sidang Mohd Suhaimy Bin Hussin
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Tumpah merata air di gelas,
Sukma layu dipanah cinta;
Jangan kata bangsaku pemalas,
Kesultanan Melayu bukti nyata.
85
Sidang Mohd Suhaimy Bin Hussin
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Hujan reda makan bergedil,
Kaki bergoyang terasa gayat;
Apakah tanda pemimpin adil,
Mereka sayang kepada rakyat.
86
Sidang Mohd Suhaimy Bin Hussin
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Jambu diberi dibasuh bersih,
Duduk bersua di rumah mama;
Kepada isteri hatiku kasih,
Hidup berdua mati bersama.
87
Sidang Mohd Suhaimy Bin Hussin
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Dari Gersik ke Kuala Kedah,
Hari minggu ke Bukit Jambul;
Sudah merisik, bertunang sudah,
Hanya menunggu diijab kabul.
88
Sidang Mohd Suhaimy Bin Hussin
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Pokok keladi tepi rumbia,
Uratnya pincang naik melilit;
Banyak terjadi dalam dunia,
Bagai kacang lupakan kulit.
89
Sidang Mohd Suhaimy Bin Hussin
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Sinar suria condong ke barat,
Jauh berbalam rumah si dara;
Dari dunia sampai akhirat,
Orang Islam tetap bersaudara.
90
Sidang Mohd Suhaimy Bin Hussin
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Dari hulu tepak dibawa,
Sirih sakti letak di sudu;
Resah selalu melara jiwa,
Ke mana hati nak mengadu.
91
Sidang Mohd Suhaimy Bin Hussin
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Dari Kedah pulang ke Daik,
Jalan malam tersepak bakul;
Kalau sudah benihnya baik,
Padi setalam menjadi sepikul.
92
Sidang Mohd Suhaimy Bin Hussin
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Ikan termenung si paku rawan,
Pucuk kemagi di atas peti;
Tinggi gunung mencapai awan,
Tinggilah lagi hasrat di hati.
93
Sidang Mohd Suhaimy Bin Hussin
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Masak lodoh si buah nona,
Jambu batu busuk sebelah;
Kalau berjodoh tak ke mana,
Semuanya itu kuasa Allah.
94
Sidang Mohd Suhaimy Bin Hussin
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Kelapa dikukur cuma sebelah,
Dibawa merata pergi ke kota;
Rasa bersyukur kepada Allah,
Dapat kita bertentang mata.
95
Sidang Mohd Suhaimy Bin Hussin
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Singgang ikan ketupat palas,
Buah pala dipotong sekerat;
Berbudi bukan untuk dibalas,
Ladang pahala dunia akhirat.
96
Sidang Rosli Bin Dollah
KOTA MELAKA KESIDANG
Cahaya bintang sebesar zarah,
Cantik terzahir indah belaka;
Selamat datang ke negeri sejarah,
Tempat lahir lagenda Melaka.
97
Sidang Rosli Bin Dollah
KOTA MELAKA KESIDANG
Dari kudat pergi ke Masai,
Berkirim rakan serawan lukah;
Kerja adat sudah pun selesai,
Saya serahkan ke juru nikah.
98
Sidang Rosli Bin Dollah
KOTA MELAKA KESIDANG
Kain pelikat di tepi kali,
Jatuh melekat di tudung saji;
Lembu diikat padanya tali,
Manusia diikat kepada janji.
99
Sidang Rosli Bin Dollah
KOTA MELAKA KESIDANG
Masak serawa si buah delima,
Diminum bersama air selasih;
Apa dibawa kami menerima,
Ikhlas sukma menjunjung kasih.
100
Sidang Rosli Bin Dollah
KOTA MELAKA KESIDANG
Kain basah belum diperah,
Mari berjemur di tepi perigi;
Jumpa berpisah perkara lumrah,
Panjang umur bertemu lagi.
101
Sidang Rosli Bin Dollah
KOTA MELAKA KESIDANG
Daun pandan tidak berbuah,
Air sarbat minum berempat;
Tuan badan sungguh bertuah,
Orang hebat poketnya lebat.
102
Sidang Rosli Bin Dollah
KOTA MELAKA KESIDANG
Jalan raya banyak berlubang,
Kalau di sini jalannya rata;
Alam maya selalu bersembang,
Bertemu kini di depan mata.
103
Sidang Rosli Bin Dollah
KOTA MELAKA KESIDANG
Anak kancil di dalam taman ,
Bulunya kasar tapi menawan;
Api kecil menjadi teman,
Bila besar menjadi lawan.
104
Sidang Rosli Bin Dollah
KOTA MELAKA KESIDANG
Sakit tangan tersepit laci,
Ambil sikat buat penyekat;
Hidup jangan suka membenci,
Sama muafakat bawa berkat.
105
Sidang Rosli Bin Dollah
KOTA MELAKA KESIDANG
Putus benang kerana pedang,
Jatuh ke tanah tepi sekolah;
Bukan senang jadi Tok Sidang,
Diberi amanah kerana Allah.
106
Sidang Rosli Bin Dollah
KOTA MELAKA KESIDANG
Butang bukan sebarang butang,
buatan terkini kayu jati;
Datang bukan sebarang datang,
Datang sini berhajat di hati.
107
Sidang Rosli Bin Dollah
KOTA MELAKA KESIDANG
Pergi berpindah naik pedati,
Sambil mengemam gula getah;
Rasa gundah di dalam hati,
Bila imam berkhutbah nikah.
108
Sidang Mohd Hairi bin Hj Musa
TANGGA BATU PAYA RUMPUT
Malam bertabir di dada langit,
Bulan berkabut di pucuk ara;
Sakitnya bibir kerana tergigit,
Masa menyambut salam saudara.
109
Sidang Mohd Hairi bin Hj Musa
TANGGA BATU PAYA RUMPUT
Kalau memetik si daun ceri,
Daunnya lebat jatuh di kolam;
Hati berdetik salam diberi,
Hidup hebat selamat malam.
110
Sidang Mohd Hairi bin Hj Musa
TANGGA BATU PAYA RUMPUT
Itik serati suka menyudu,
Ayam serama suka mengais;
Hajat di hati mahu beradu,
Mimpi bersama si cantik manis.
111
Sidang Mohd Hairi bin Hj Musa
TANGGA BATU PAYA RUMPUT
Buah sentul buah durian,
Enak juadah berulam petai;
Memang betul katamu tuan ,
Kita sudah bergelar otai.
112
Sidang Mohd Hairi bin Hj Musa
TANGGA BATU PAYA RUMPUT
Burung balam terbang pulang,
Hinggap di alur batas selada;
Larut malam kian menjelang,
Mari tidur rehatkan minda.
113
Sidang Mohd Hairi bin Hj Musa
TANGGA BATU PAYA RUMPUT
Pergi pekan membeli selasih,
Juga cendawan ikan tioman;
Saya ucapkan terima kasih,
Sudi berkawan menjadi teman.
114
Sidang Mohd Hairi bin Hj Musa
TANGGA BATU PAYA RUMPUT
Seketul gambir bawa ke desa,
Simpan di peti berhari-hari;
Tergigit di bibir sakit terasa,
Sakit di hati tanggung sendiri.
115
Sidang Mohd Hairi bin Hj Musa
TANGGA BATU PAYA RUMPUT
Sungguh pujian berkain batik,
Budaya silam elok dipandang;
Dara pujaan semakin cantik,
Siang malam rindu berendang.
116
Sidang Mohd Hairi bin Hj Musa
TANGGA BATU PAYA RUMPUT
Mengail gelama dapat si parang,
Ikat di rahang letak di bangsal;
Isteri pertama cantiknya orang,
Negeri Pahang ianya berasal.
117
Sidang Mohd Hairi bin Hj Musa
TANGGA BATU PAYA RUMPUT
Bunga dipetik di pintu gua,
Ambil berpada buat pusaka;
Hajat memetik bunga kedua,
Tapi adinda hatinya terluka.
118
Sidang Mohd Hairi bin Hj Musa
TANGGA BATU PAYA RUMPUT
Kalau ada jarum peniti,
Bawa pergi semasa menimba;
Andai kanda terasa di hati,
Sekali lagi maafkan hamba.
119
Sidang Mohd Hairi bin Hj Musa
TANGGA BATU PAYA RUMPUT
Malam gelap pasang pelita,
Pergi ke surau melalui titi;
Tersalah silap maaf dipinta,
Hamba bergurau hiburkan hati.
120
Sidang Mohd Zauwawi Bin Hj Ishak
ALOR GAJAH REMBIA
Dari Peramu pergi ke Rasah,
Pergi ke Pilah di waktu pagi;
Kita bertemu kemudian berpisah,
Izinnya Allah bertemu lagi.
121
Sidang Mohd Zauwawi Bin Hj Ishak
ALOR GAJAH REMBIA
Pergi pasar memakai purdah,
Kacang kelisa tidak serupa;
Usah digusar usah digundah,
Suatu masa pasti berjumpa.
122
Sidang Mohd Zauwawi Bin Hj Ishak
ALOR GAJAH REMBIA
Buah berangan di atas lengan,
Pasang pelita letak di perdu;
Kirim jangan pesan pun jangan,
Bersama kita menanggung rindu.
123
Sidang Mohd Zauwawi Bin Hj Ishak
ALOR GAJAH REMBIA
Sedapnya rojak berisi buah,
Nasi beriani rasanya hebat;
Biarlah bijak laksana Tuah,
Gagah berani laksana Jebat.
124
Sidang Mohd Zauwawi Bin Hj Ishak
ALOR GAJAH REMBIA
Tumbuh melata di tepi sawah,
Tepian kali tempat menampi;
Bersama kita eratkan ukhuwah,
Bagaikan tali bersimpul rapi.
125
Sidang Mohd Zauwawi Bin Hj Ishak
ALOR GAJAH REMBIA
Lebat sebatang pokok di hutan,
Merah berbuah manis bersari;
Selamat datang para jemputan,
Bertambah meriah majlis berseri.
126
Sidang Mohd Zauwawi Bin Hj Ishak
ALOR GAJAH REMBIA
Pandan sepohon dihiris-hiris,
Ditabur melur atas pusara;
Saya mohon mulakan majlis,
Salam dihulur pembuka bicara.
127
Sidang Mohd Zauwawi Bin Hj Ishak
ALOR GAJAH REMBIA
Pucuk betik di tepi tasik,
Daun nangka dimakan kuda;
Dara cantik jangan diusik,
Kalau suka hantarlah tanda.
128
Sidang Mohd Zauwawi Bin Hj Ishak
ALOR GAJAH REMBIA
Kalau bonda membeli laksa,
Anak sendiri suka bertanya;
Apakah tanda orang berjasa,
Suka memberi apa adanya.
129
Sidang Mohd Zauwawi Bin Hj Ishak
ALOR GAJAH REMBIA
Sedap roti penuh berinti,
Makan bertih bunyi sendawa;
Cinta pasti melekat di hati,
Janji kasih tersulam di jiwa.
130
Sidang Mohd Zauwawi Bin Hj Ishak
ALOR GAJAH REMBIA
Burung belatuk ekor mengurai,
Berbulu gagak warnanya hitam;
Ilmu Datuk menang memakai,
Dulu segak sekarang mengancam.
131
Sidang Mohd Zauwawi Bin Hj Ishak
ALOR GAJAH REMBIA
Ikan serekut bersayur bayam,
Tudung saji tutupkan tepung;
Usah diikut resminya ayam,
Telur sebiji riuh sekampung.
132
Sidang Hj Zulkefli Bin Md Yasin
KOTA MELAKA KESIDANG
Waktu malam jolok mempelam,
Tepi beranda pokok bidara;
Awal kalam bermula salam,
Sebagai tanda pembuka bicara.
133
Sidang Hj Zulkefli Bin Md Yasin
KOTA MELAKA KESIDANG
Buah durian jatuh bertimpa,
Kuning telur cantik sekata;
Wajahmu tuan tidak kulupa,
Dalam tidur bermain di mata.
134
Sidang Hj Zulkefli Bin Md Yasin
KOTA MELAKA KESIDANG
Muatan sarat berisi papan,
Ditolak budak sampai ke titi;
Hamba ibarat si kain kapan ,
Buruk tidak bertukar ganti.
135
Sidang Hj Zulkefli Bin Md Yasin
KOTA MELAKA KESIDANG
Pergi Kedah berkain pelikat,
Patah pohon dilanggar kereta;
Tamat sudah kata sepakat,
Doa dimohon berkat dipinta.
136
Sidang Hj Zulkefli Bin Md Yasin
KOTA MELAKA KESIDANG
Berisi dupa cempaka biru,
Bersususn lima dalam jambangan ;
Kalau berjumpa kawan baru,
Kawan lama dilupa jangan.
137
Sidang Hj Zulkefli Bin Md Yasin
KOTA MELAKA KESIDANG
Pergi menuba ke Pulau Sakti,
Hanyut ke laut buah keranji;
Cinta hamba setulus hati,
Hanya maut memisah janji.
138
Sidang Hj Zulkefli Bin Md Yasin
KOTA MELAKA KESIDANG
Ikat benang di banir angsana,
Patah batang kerana sekah;
Merisik bertunang sudah sempurna,
Sekarang datang untuk bernikah.
139
Sidang Hj Zulkefli Bin Md Yasin
KOTA MELAKA KESIDANG
Tali teguh mengikat terung,
Ambil sepatu simpan di khemah;
Ramai sungguh berbaju kurung,
Manakah satu tuan rumah.
140
Sidang Hj Zulkefli Bin Md Yasin
KOTA MELAKA KESIDANG
Bunga rampai harus dihiris,
Setinggi darjat untuk puteri;
Tetamu sampai bertanjak keris,
Tentu berhajat datang ke mari.
141
Sidang Hj Zulkefli Bin Md Yasin
KOTA MELAKA KESIDANG
Ada lumpur di dalam rumah,
Jika memanjat jangan berlama;
Sirih sekapur silalah jamah,
Sebelum hajat diumum bersama.
142
Sidang Hj Zulkefli Bin Md Yasin
KOTA MELAKA KESIDANG
Waktu malam mengasah pisau,
Guna mesin masanya jimat;
Kita bersalam janganlah risau,
Sudah vaksin pasti selamat.
143
Sidang Hj Zulkefli Bin Md Yasin
KOTA MELAKA KESIDANG
Sakit punggung kerana sikat,
Kaki bernanah asbab kerikil;
Orang kampung sama muafakat,
Kita amanah sebagai wakil.
144
Sidang Zainal Bin Gani
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Tanjung Bungah pernah dijajah,
Terkenal sejarah kota dagangan ;
Melaka Tengah Jasin Alor Gajah,
Tiga daerah di dalam naungan.
145
Sidang Zainal Bin Gani
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Dalam bangunan di atas para,
Orang Jawa memeram nangka;
Berbagai keturunan loghat bicara,
Itulah istimewa Negeri Melaka.
146
Sidang Zainal Bin Gani
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Ayam jantan patuk cendawan,
Pokok cempaka di tepi titi;
Marilah tuan jemputlah puan,
Datang ke Melaka di musim cuti.
147
Sidang Zainal Bin Gani
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Di dalam paya tumbuh kemagi,
Bertiup bayu sampai seberang;
Adat budaya disanjung tinggi,
Adat Melayu dijunjung orang.
148
Sidang Zainal Bin Gani
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Ada tempua terbangnya dekat,
Terbang merata di pucuk jati;
Tok sidang semua kita muafakat,
Bersamalah kita bersatu hati.
149
Sidang Zainal Bin Gani
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Daun beringin gugur di tanah,
Daun semalu dipijak kuda;
Kalau teringin banyak rumah,
Penuhkan dulu ilmu di dada.
150
Sidang Zainal Bin Gani
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Dalam timba penuh peniti,
Milik orang yang empunya;
Sudah tiba rombongan dinanti,
Berterus terang apa hajatnya.
151
Sidang Zainal Bin Gani
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Pergi ke Jengka memetik buah,
Buahnya lebat seguni padat;
Negeri Melaka negeri bertuah,
Masih hebat memegang adat.
152
Sidang Zainal Bin Gani
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Pulau Rawa tempat berlatuk,
Ramai padat si dara sunti;
Kami bawa cincin sebentuk,
Masa adat bertunang nanti.
153
Sidang Zainal Bin Gani
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Beribu batu masih berjalan,
Mari berteman anak Cik Nyonya;
Kalau begitu hajatnya tuan ,
Bunga di taman belum berpunya.
154
Sidang Zainal Bin Gani
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Naik kereta pergi ke gurun,
Memandu santun ikut etika;
Beradat kita turun temurun,
Dengan pantun acara dibuka.
155
Sidang Zainal Bin Gani
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Buah bersari buah delima,
Buah kuini masak di peti;
Abang mencari sudah lama,
Baru kini berkenan di hati.
156
Sidang Mohamad Said Bin Hj Kechot
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Bunga tanjung bawa ke pekan,
Bawa bersama buah bidara;
Sirih junjung hamba hamparkan,
Awal pertama mula bicara.
157
Sidang Mohamad Said Bin Hj Kechot
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Menganyam atap di waktu petang,
Dibawa ke bendang bersama guni;
Kami mengucap selamat datang,
Kampung Kandang terindah ini.
158
Sidang Mohamad Said Bin Hj Kechot
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Sambil berjalan membaca sifir,
Bawa jerami melintas titi;
Lama berbulan tuan musafir,
Di siini kami sedia menanti.
159
Sidang Mohamad Said Bin Hj Kechot
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Kuih bersagu di atas riba,
Bersama roti untuk saudara;
Yang ditunggu sudah pun tiba,
Senangnya hati tidak terkira.
160
Sidang Mohamad Said Bin Hj Kechot
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Pokok kaduk tumbuh memanjat,
Subur di depan rumah makan;
Silalah duduk kalau berhajat,
Jangan simpan sila khabarkan.
161
Sidang Mohamad Said Bin Hj Kechot
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Pokok kuini di tengah halaman,
Buahnya berjenis jual di pekan;
Puteri di sini belum berteman ,
Cincin pemanis sila sarungkan.
162
Sidang Mohamad Said Bin Hj Kechot
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Memasang pukat terkena joran,
Bawah jambatan cuaca redup;
Sudah sepakat jumlah hantaran,
Setahun ikatan simpulan hidup.
163
Sidang Mohamad Said Bin Hj Kechot
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Dapat kerang masa melanggai,
Kulit durian termasuk sama;
Tukaran barang hadiah pelbagai,
Sudilah tuan ikhlas menerima.
164
Sidang Mohamad Said Bin Hj Kechot
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Burung enggang mandi di kali,
Di tepi lurah pohon keranji;
Ternakan dipegang pada tali,
Manusia lumrah memegang janji.
165
Sidang Mohamad Said Bin Hj Kechot
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Betik berbuah pinang berbuah,
Keledek ungu kulit merekah;
Merisik sudah bertunang sudah,
Hanya menunggu hari menikah.
166
Sidang Mohamad Said Bin Hj Kechot
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Pergi ke hutan menebang buluh,
Ambil bidara dibuat masakan ;
Jari bartautan disusun sepuluh,
Silap bicara mohon diampunkan.
167
Sidang Mohamad Said Bin Hj Kechot
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Simpan lada dalam keranjang,
Bawa ke kota bersama ragi;
Jikalau ada umur panjang,
Semoga kita berjumpa lagi.
168
Sidang Sazali Bin Hj Abd Latif
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Sirih junjung dihias indah,
Kata pembuka semanis gula;
Kata tersanjung seni bermadah,
Tirai dibuka majlis bermula.
169
Sidang Sazali Bin Hj Abd Latif
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Kutip lokan di atas permatang,
Berkicau merbah di hujung muara;
Kami ucapkan selamat datang,
Awal sembah pembuka bicara.
170
Sidang Sazali Bin Hj Abd Latif
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Buah berangan jatuh di paluh,
Gugur di pagar rapat diikat;
Angkat tangan jari sepuluh,
Bermohon agar majlis berkat.
171
Sidang Sazali Bin Hj Abd Latif
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Sepiring bingka makan sekawan,
Kuih merekah melimpah ruah;
Negeri Melaka ramai pahlawan,
Penuhnya berkah bumi bertuah.
172
Sidang Sazali Bin Hj Abd Latif
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Kayu cendana dari istana,
Dengan kurnia dipikul jejaka;
Pemimpin cakna bijak laksana,
Harum di dunia Negeri Melaka.
173
Sidang Sazali Bin Hj Abd Latif
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Pokok zaitun lebat berbuah,
Buah berjenis santapan puteri;
Berbalas pantun di negeri bertuah,
Bicara manis tersemat di sanubari.
174
Sidang Sazali Bin Hj Abd Latif
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Buah nangka lekat di batang,
Dalam samar diambil pencuri;
Dari Melaka rombongan datang,
Untuk melamar si tuan puteri.
175
Sidang Sazali Bin Hj Abd Latif
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Sungguh teguh Kota Melaka,
Papan di Pulai kami bawakan;
Kalau sungguh bagai dikata,
Kedua mempelai kami nikahkan.
176
Sidang Sazali Bin Hj Abd Latif
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Gadis manis berbaju Melayu,
Diintai jejaka sebalik rumah;
Banyak berjenis adat budaya,
Orang Melaka semua ramah.
177
Sidang Sazali Bin Hj Abd Latif
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Batang kayu dikerat rencung,
Santan diperah letak di para;
Baju Melayu bersampin pancung,
Pergi ziarah sanak saudara.
178
Sidang Sazali Bin Hj Abd Latif
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Sungguh sedap ubi berlada,
Ditumis dengan lada benggala;
Hidangan kudap sudah sedia,
Ambil sepinggan jamu segala.
179
Sidang Sazali Bin Hj Abd Latif
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Pulau Rawa nampak berbalam,
Lembu perkasa jadi tunggangan;
Dagangan membawa wadah Islam,
Sejarah sentiasa dalam kenangan.
180
Sidang Haji Talib Bin Baba
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Jangan panjat sebarang panjat,
Kalau jatuh terkenang-kenang;
Bukan hajat sebarang hajat,
Orang jauh mahu meminang.
181
Sidang Haji Talib Bin Baba
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Petai jering dicampur belaka,
Letak dipangkin berhari-hari;
Belumlah kering Selat Melaka,
Tak mungkin janji dimungkiri.
182
Sidang Haji Talib Bin Baba
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Kuala Kedah tempatnya indah,
Jalan licin jelapang padi;
Bincang sudah bercakap sudah,
Sarungkan cincin tanda jadi.
183
Sidang Haji Talib Bin Baba
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Kalau memilih tempat mandi,
Pertama teluk kedua pandai;
Kalau memilih pemimpin berbudi,
Pertama elok kedua pandai.
184
Sidang Haji Talib Bin Baba
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Di sini sana orang melukah,
Ditimbang berat jenis ikan;
Bawa teruna hendak menikah,
Cukup syarat kita jalankan.
185
Sidang Haji Talib Bin Baba
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Sungguh girang suara ketilang,
Dari bendang panggil tetamu;
Kacaknya orang bukan kepalang,
Mata memandang tidak jemu.
186
Sidang Haji Talib Bin Baba
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Nasah jerami berhujan lebat,
Pokok sena dahannya sekah;
Datang kami belum terlambat,
Bawa teruna mahu bernikah.
187
Sidang Haji Talib Bin Baba
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Buah nona di buah jambu,
Di dalam raga berbaki satu;
Jangan terkena si buku tebu,
Sama juga manggis membatu.
188
Sidang Haji Talib Bin Baba
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Naik pedati ke rumah nyonya,
Sampai di taman disengat tebuan;
Hajat du hati mahu bertanya,
Bunga di taman sudahkah bertuan.
189
Sidang Haji Talib Bin Baba
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Pokok kari ditanam nyonya,
Tumbuh sekarang di bawah tenda;
Kalau saudari belum berpunya,
Kami datang menghantar tanda.
190
Sidang Haji Talib Bin Baba
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Bukan mudah mengail belida,
Umpan di pangkin buah keranji;
Kalau sudah disarung tanda,
Mana mungkin mungkir janji.
191
Sidang Haji Talib Bin Baba
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Goreng berlada ikan tenggiri,
Tambah kari kerabu bacang;
Cincin tanda sudahpun di jari,
Bahagia hari boleh dibincang.
192
Sidang Aziz Bin Japar
TANGGA BATU PANTAI KUNDOR
Penuh semeja daun akasia,
Kutip di lembah cuaca redup;
Besar belanja sikap sia-sia,
Hanya tambah beban hidup.
193
Sidang Aziz Bin Japar
TANGGA BATU PANTAI KUNDOR
Tumbuk lumat si buah ara,
Letak di titi bernombor lapan;
Jika berjimat setiap perkara,
Terjamin pasti masa hadapan.
194
Sidang Aziz Bin Japar
TANGGA BATU PANTAI KUNDOR
Cantik berkaca bunga kemboja,
Bunga kenangan elok tersemat;
Janganlah membaca kulit sahaja,
Telili kandungan sehingga tamat.
195
Sidang Aziz Bin Japar
TANGGA BATU PANTAI KUNDOR
Cerana kesuma indah meranti,
Cantik tersemat dambaan puteri;
Ilmu diterima sepenuh hati,
Kekuatan umat minda bistari.
196
Sidang Aziz Bin Japar
TANGGA BATU PANTAI KUNDOR
Ayam berbalung tajam bertaji,
Pedang di tangan bawa ke kota;
Sikap menolong patut dipuji,
Menjadi pegangan hidup kita.
197
Sidang Aziz Bin Japar
TANGGA BATU PANTAI KUNDOR
Tuan rumah menyusun kain,
Kain pelikat susun diikat;
Sama peramah antara lain,
Hidup muafakat membawa berkat.
198
Sidang Aziz Bin Japar
TANGGA BATU PANTAI KUNDOR
Melati setalam tumbuh melata,
Sarang merbah di pohon cemara;
Mesra bersalam bermula kata,
Saya sembah pembuka bicara.
199
Sidang Aziz Bin Japar
TANGGA BATU PANTAI KUNDOR
Bunga butang diberi rakan,
Sudah kering letak di dahi;
Selamat datang kami ucapkan,
Bersama diiring restu Ilahi.
200
Sidang Aziz Bin Japar
TANGGA BATU PANTAI KUNDOR
Indah berbalam di awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
201
Sidang Aziz Bin Japar
TANGGA BATU PANTAI KUNDOR
Kalau pergi rumah kenduri,
Bawakan roti dengan bahulu;
Selamat pagi sejahtera hari,
Selamat beraktiviti ceria selalu.
202
Sidang Aziz Bin Japar
TANGGA BATU PANTAI KUNDOR
Tumbuh melata pohon pulasan,
Buahnya manis dibuat acar;
Maaf diminta ada urusan,
Semoga majlis berjalan lancar.
203
Sidang Aziz Bin Japar
TANGGA BATU PANTAI KUNDOR
Tepi perigi hinggap tempua,
Bayu menari gugur pelepah;
Selamat pagi kepada semua,
Semoga diberi rezeki melimpah.
204
Sidang Rahmat Bin Bakar
HANG TUAH JAYA PENGKALAN BATU
Letak pauh di dalam gantang,
Bunga raya simpan di para;
Darilah jauh tuan datang,
Izinkan saya mula bicara.
205
Sidang Rahmat Bin Bakar
HANG TUAH JAYA PENGKALAN BATU
Kalau tujuan ke Tanjung Jara,
Lalu di bendang turun kereta;
Jemput tuan mulakan bicara,
Hajat bertandang silalah cerita.
206
Sidang Rahmat Bin Bakar
HANG TUAH JAYA PENGKALAN BATU
Atas papan duduk termenung,
Ikut perasaan memberi kesan;
Besar harapan setinggi gunung,
Sudikah tuan kita berbesan .
207
Sidang Rahmat Bin Bakar
HANG TUAH JAYA PENGKALAN BATU
Bukan butang sebarang butang,
Butang seberang penuh berpeti;
Bukan datang sebarang datang,
Datang menerang hajat di hati.
208
Sidang Rahmat Bin Bakar
HANG TUAH JAYA PENGKALAN BATU
Berisi padat buah keranji,
Makan dikemam dengan ketupat;
Selesai adat setuju berjanji,
Silakan imam mengambil tempat.
209
Sidang Rahmat Bin Bakar
HANG TUAH JAYA PENGKALAN BATU
Jauh sekolah di pinggir hutan,
Rumah beratap tempat bersukan;
Moga Allah memberi keberkatan,
Jemput bersantap ke meja makan.
210
Sidang Rahmat Bin Bakar
HANG TUAH JAYA PENGKALAN BATU
Sungguh indah bunga selasih,
Batang balak sama sepadan;
Jangan mudah mencurah kasih,
Kalau ditolak merana badan.
211
Sidang Rahmat Bin Bakar
HANG TUAH JAYA PENGKALAN BATU
Terasa segar buah semangka,
Hendak dibawa pergi sempadan;
Kalau bergegar Kota Melaka,
Kupertaruh nyawa dan badan.
212
Sidang Rahmat Bin Bakar
HANG TUAH JAYA PENGKALAN BATU
Kayu kesidang dipacak-pacak,
Sudah dipacak ditanda semula;
Memang Tok Sidang nampak kacak,
Sudahlah kacak bijaksana pula.
213
Sidang Rahmat Bin Bakar
HANG TUAH JAYA PENGKALAN BATU
Memburu landak naik basikal,
Membawa loyang bersama kari;
Kalau hendak berkasih kekal,
Tunai sembahyang setiap hari.
214
Sidang Rahmat Bin Bakar
HANG TUAH JAYA PENGKALAN BATU
Pergi berurut berbekam muka,
Sampai ke sudah terasa lega;
Jangan diturut hati terluka,
Kelak mudah merasa curiga.
215
Sidang Rahmat Bin Bakar
HANG TUAH JAYA PENGKALAN BATU
Pergi belantara memburu napoh,
Perangkap diikat rusa mendapat;
Damai mesra di Kampung Baroh,
Hidup muafakat warga setempat.
216
Sidang Hj Mahali Bin Marwan
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Pohon kemang usah dipanjat,
Buahnya melekap gugur merata;
Kalau memnag membawa hajat,
Elok diungkap sebagai kata.
217
Sidang Hj Mahali Bin Marwan
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Pokok kentang tumbuhnya padat,
Nampak cantik dari halaman;
Kami datang kunjung beradat,
Hajat memetik bunga di taman.
218
Sidang Hj Mahali Bin Marwan
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Mata melirih melihat tuan,
Selembut bayu cantiknya rupa;
Tepak sirih kami hamparkan ,
Adat Melayu jangan dilupa.
219
Sidang Hj Mahali Bin Marwan
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Penuh sepeti ikan selampai,
Digaul sagu di dalam timba;
Yang dinanti sudah sampai,
Yang ditunggu sudah tiba.
220
Sidang Hj Mahali Bin Marwan
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Daun bercampur pinang dikacip,
Tangkainya layu simpan di para;
Sirih sekapur mohon dicicip,
Adat Melayu sebelum bicara.
221
Sidang Hj Mahali Bin Marwan
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Pindang berlinang ikan gelama,
Ikan betuk bersambal pekat;
Sirih pinang sudah diterima,
Cincin sebentuk jadi pengikat.
222
Sidang Hj Mahali Bin Marwan
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Ikan pari si ikan kerisi,
Isinya bersih membuka selera;
Lafaz diberi sudah bersaksi,
Menyimpul kasih si uda dara.
223
Sidang Hj Mahali Bin Marwan
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Ikatan teguh sekodi baju,
Muatannya sarat dari utara;
Biarpun sungguh sama setuju,
Segala syarat diambil kira.
224
Sidang Hj Mahali Bin Marwan
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Pohon kenanga si pohon pauh,
Disunting suri buat kenalan;
Harumnya bunga terhidu jauh,
Datang ke mari mencari teman.
225
Sidang Hj Mahali Bin Marwan
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Pucuk maman buang akarnya,
Guna gunting biarlah kerap;
Bunga di taman belum berpunya,
Hendak disunting sepenuh harap.
226
Sidang Hj Mahali Bin Marwan
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Tasik diredah membawa padah,
Memasang lukah di tengah hari;
Merisik sudah bertunang sudah,
Cuma bernikah menunggu hari.
227
Sidang Hj Mahali Bin Marwan
HANG TUAH JAYA AYER MOLEK
Beralas dedalu si merah saga,
Bunga seraga umpan rerama;
Batas perlu pergaulan dijaga,
Aib keluarga dijunjung sama.
228
Sidang Hamzah Bin Ibrahim
TANGGA BATU KLEBANG
Kapal selam di pantai Klebang,
Pelancong berkunjung tak berhenti;
Dari semalam tuan bersembang,
Kami sanjung berbesar hati.
229
Sidang Hamzah Bin Ibrahim
TANGGA BATU KLEBANG
Pantai Klebang terbilang nama,
Tempat sauara mencari kuini;
Masa bersembang boleh berlama,
Kami gembira hidup di sini.
230
Sidang Hamzah Bin Ibrahim
TANGGA BATU KLEBANG
Ada batuan di banir nona,
Batu berpetak lekat di tanah;
Kalaulah tuan bijak laksa,
Mana teletak kuat Hang Tuah.
231
Sidang Hamzah Bin Ibrahim
TANGGA BATU KLEBANG
Lompat melenting si anak itik,
Berjalan laju kaki digigit;
Bunga disunting boleh dipetik,
Jika setuju jumlahnya ringgit.
232
Sidang Hamzah Bin Ibrahim
TANGGA BATU KLEBANG
Burung belatuk di pokok renek,
Bebas terbang di hutan bakau;
Pesanan datuk dan juga nenek,
Harta orang jangan disakau.
233
Sidang Hamzah Bin Ibrahim
TANGGA BATU KLEBANG
Pergi Daik mengejar rusa,
Jangan jemu terus ke tanjung;
Berbuat baik taburkan jasa,
Kelak namamu akan disanjung.
234
Sidang Hamzah Bin Ibrahim
TANGGA BATU KLEBANG
Dari Sedenak berbaju batik,
Jalannya pelik berlopak paya;
Bila nak pergi mengelitik,
Hendak balik tiada upaya.
235
Sidang Hamzah Bin Ibrahim
TANGGA BATU KLEBANG
Buah delima merah berwarna,
Bawa ke Melaka ada empunya;
Seorang panglima dalam istana,
Pernah derhaka ada sebabnya.
236
Sidang Hamzah Bin Ibrahim
TANGGA BATU KLEBANG
Hujan lebat pergi menjala,
Melimpah ruah rezeki di paya;
Hang Jebat seorang pembela,
Kerana Tuah telah teraniaya.
237
Sidang Hamzah Bin Ibrahim
TANGGA BATU KLEBANG
Duduk bertapa anak perkasa,
Ilmunya hebat tidak terkata;
Dengan tanpa usul periksa,
Tuah Jebat terus bersengketa.
238
Sidang Hamzah Bin Ibrahim
TANGGA BATU KLEBANG
Guni baja berisi rebung,
Rasa gayat dijunjung seada;
Legasi raja bersambung-sambung,
Raja rakyat berpisah tiada.
239
Sidang Hamzah Bin Ibrahim
TANGGA BATU KLEBANG
Dalam terang ada gelapnya,
Dua sahabat bertikan segala;
Hingga sekarang bertanda tanya,
Adakah Jebat seorang pembela.
240
Sidang Zainal Bin Hj Jalel
MASJID TANAH AYER LIMAU
Kereta kuda ke rumah mentua,
Hati-hati naik jangan rebah;
Darilah muda sampai ke tua,
Pengajaran baik jangan diubah.
241
Sidang Zainal Bin Hj Jalel
MASJID TANAH AYER LIMAU
Cantik kudup si bunga tanjung,
Bawa ke Daik menghias dupa;
Kalau hidup ingin disanjung,
Amalan baik jangan dilupa.
242
Sidang Zainal Bin Hj Jalel
MASJID TANAH AYER LIMAU
Berjalan terus menuju titi ,
Tumbuh sekata pokok dahlia;
Hidup harus saling hormati,
Baru kita dipandang mulia.
243
Sidang Zainal Bin Hj Jalel
MASJID TANAH AYER LIMAU
Jangan berleka mencari arah,
Tempat bonda di hujung sana;
Kota Melaka andaraya sejarah,
Mercu tanda kota laksamana.
244
Sidang Zainal Bin Hj Jalel
MASJID TANAH AYER LIMAU
Ayam sereban tajam bertaji,
Dinding berpara letak pelita;
Mahu berkorban setia berjanji,
Demi negara yang tercinta.
245
Sidang Zainal Bin Hj Jalel
MASJID TANAH AYER LIMAU
Bunga seperdu semerbak harum,
Baunya menuju sampai ke desa;
Bersatu padu antara kaum,
Negara maju aman sentosa.
246
Sidang Zainal Bin Hj Jalel
MASJID TANAH AYER LIMAU
Burung pekaka mencari madu,
Lantas menuju ke pokok tualang;
Rakyat Melaka bersatu padu,
Negari maju gilang gemilang.
247
Sidang Zainal Bin Hj Jalel
MASJID TANAH AYER LIMAU
Mesti berhati ketika menari,
Jangan berlama atau dipaksa;
Pemimpin berkualiti rakyat bestari,
Kukuh agama negara bangsa.
248
Sidang Zainal Bin Hj Jalel
MASJID TANAH AYER LIMAU
Turun pagi terus ke bendang,
Membawa ragi bersama roti;
Berapa tinggi Gunung Ledang,
Tinggi lagi harapan di hati.
249
Sidang Zainal Bin Hj Jalel
MASJID TANAH AYER LIMAU
Membeli jamu di pekan sehari,
Rasanya semanis gula batu;
Kepada tetamu salam diberi,
Supaya majlis mendapat restu.
250
Sidang Zainal Bin Hj Jalel
MASJID TANAH AYER LIMAU
Laut tenang banyak gelama,
Todak mati termakan kerang;
Sudah bertunang jangan berlama,
Takut nanti dicuri orang.
251
Sidang Zainal Bin Hj Jalel
MASJID TANAH AYER LIMAU
Buah betik dimakan gajah,
Pisau belati dalam perahu;
Zahir cantik di raut wajah,
Tetapi di hati siapalah tahu.
252
Sidang Hazmi Bin Yusop
TANGGA BATU KLEBANG
Daun mempelam gugur melata,
Dahannya rebah menimpa para;
Seikhlas salam pembuka kata,
Saya bersembah membuka bicara.
253
Sidang Hazmi Bin Yusop
TANGGA BATU KLEBANG
Anak rusa pantas berlari,
Lari berkawan ke sawah padi;
Girangnya rasa tidak terperi,
Bertemu tuan baik berbudi.
254
Sidang Hazmi Bin Yusop
TANGGA BATU KLEBANG
Pohonan rebah si kayu ara,
Menimpa batang si kelat tua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
255
Sidang Hazmi Bin Yusop
TANGGA BATU KLEBANG
Mencari lokan di waktu petang,
Bawa bekalan kuih bahulu;
Kami ucapkan selamat datang,
Salam kenalan bahagia selalu.
256
Sidang Hazmi Bin Yusop
TANGGA BATU KLEBANG
Ke Kuala Sala membeli nangka,
Tapi jalanan tersalah sudah;
Acara dimula tirai terbuka,
Dengan alunan madah terindah.
257
Sidang Hazmi Bin Yusop
TANGGA BATU KLEBANG
Nampak berbalam Bukit Seguntang,
Mentari segalah menyinar belantara;
Pemula kalam selamat datag,
Dengan bismillah dibuka acara.
258
Sidang Hazmi Bin Yusop
TANGGA BATU KLEBANG
Bunyi kompang sampai istana,
Dipalu lembut si anak dara;
Tuan datang meriah suasana ,
Kami sambut penuh gembira.
259
Sidang Hazmi Bin Yusop
TANGGA BATU KLEBANG
Ulik mayang lagu tradisi,
Gadis bersuara sungguh merdu;
Kasih sayang jangan sangsi,
Bagai bicara bersulam rindu.
260
Sidang Hazmi Bin Yusop
TANGGA BATU KLEBANG
Baling dadu di malam gelita,
Jatuh melayang terkena peti;
Kalau merindu jauh di mata,
Kalau sayang dekat di hati.
261
Sidang Hazmi Bin Yusop
TANGGA BATU KLEBANG
Suara serak di waktu malam,
Ambil madu membuka selera;
Jauh beerjarak berkirim salam,
Melepas rindu buat sementara.
262
Sidang Hazmi Bin Yusop
TANGGA BATU KLEBANG
Kain bersih di dalam baldi,
Duri tertusuk sakit kepalang;
Terima kasih sekalung budi,
Silalah masuk selamat datang.
263
Sidang Hazmi Bin Yusop
TANGGA BATU KLEBANG
Kereta kuda dari Mukah,
Bawa halia berperiuk tanah;
Kalau ada niat bersedekah,
Pasti bahagia tunggu di jannah.
264
Sidang Ahmat Bin Hamid
HANG TUAH JAYA AYER KEROH
Bising gamat anak berudu,
Ikan kelah berenang ke kali;
Hatiku amat terasa rindu,
Orang sebelah tak ambil peduli.
265
Sidang Ahmat Bin Hamid
HANG TUAH JAYA AYER KEROH
Batu Kikir jambatan bertiti,
Gulai udang campur gelama;
Lama kufikir di dalam hati,
Saya bujang terlalu lama.
266
Sidang Ahmat Bin Hamid
HANG TUAH JAYA AYER KEROH
Kail haruan di tepi bendang,
Sambil berdendang rebana dipalu;
Wajah tuan selalu kupandang,
Sekali pandang terasa malu.
267
Sidang Ahmat Bin Hamid
HANG TUAH JAYA AYER KEROH
Atas titi sarang penyengat,
Berbunga angsana tidak berbuah;
Kuatkan hati kuatkan semangat,
Bijak laksana Laksamana Tuah.
268
Sidang Ahmat Bin Hamid
HANG TUAH JAYA AYER KEROH
Pokok nangka terpatah dua,
Anank kancil lukanya parah;
Negeri Melaka negeri tertua,
Negeri kecil banyak sejarah.
269
Sidang Ahmat Bin Hamid
HANG TUAH JAYA AYER KEROH
Pergi ke pekan membeli ragi,
Sekilo bilis dimakan merpati;
Saya ucapkan selamat pagi,
Semoga majlis ini diberkati.
270
Sidang Ahmat Bin Hamid
HANG TUAH JAYA AYER KEROH
Semai lada dalam keranjang,
Tanam melata di tepi perigi;
Jikalau ada umur panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.
271
Sidang Ahmat Bin Hamid
HANG TUAH JAYA AYER KEROH
Buah semangka dari Padang,
Sama bentuk si buah keranji;
Dari Melaka kami bertandang,
Datang untuk menunai janji.
272
Sidang Ahmat Bin Hamid
HANG TUAH JAYA AYER KEROH
Bersama rakan membeli kentang,
Kentang sejari kuih sejemput;
Saya ucapkan selamat datang,
Rombongan dari Paya Rumput.
273
Sidang Ahmat Bin Hamid
HANG TUAH JAYA AYER KEROH
Bunga selasih jadi tumpuan,
Mekar ditatang beralas jerami;
Terima kasih tuan dan puan,
Sudi datang ke majlis kami.
274
Sidang Ahmat Bin Hamid
HANG TUAH JAYA AYER KEROH
Malam ceria pasang pelita,
Setiap jalan satu persatu;
Alangkah bahagia taman kita,
Jadi amalan hidup bersatu.
275
Sidang Ahmat Bin Hamid
HANG TUAH JAYA AYER KEROH
Jala ditahan ke tempat rendah,
Dapat kedara juga gelama;
Hari pernikahan hari terindah,
Aman sejahtera buat selama.
276
Sidang Zakaria Bin Buang
KOTA MELAKA DUYONG
Salam pembuka kata bicara,
Usah digusar hanya cerita;
Bukan seloka penglipur lara,
Cerita berkisar di alam nyata.
277
Sidang Zakaria Bin Buang
KOTA MELAKA DUYONG
Dua beranak memburu kera,
Duduk berjaga di pintu gua ;
Lahir anak seorang putera,
Pewaris keluarga di hari tua.
278
Sidang Zakaria Bin Buang
KOTA MELAKA DUYONG
Buah bacang di dalam raga,
Rasanya manis sangat ketara;
Mula berbincang sama keluarga,
Untuk majlis dewasakan putera.
279
Sidang Zakaria Bin Buang
KOTA MELAKA DUYONG
Dijemur sudah sekilo tepung,
Masak diolah bersama halba;
Riuh rendah sekeliling kampung,
Cuti sekolah menjelang tiba.
280
Sidang Zakaria Bin Buang
KOTA MELAKA DUYONG
Di tepi sumur mendengar syair,
Musim menuai dirakam perawi;
Sebelah umur baligh berakhir,
Saatnya sesuai masuk jawi.
281
Sidang Zakaria Bin Buang
KOTA MELAKA DUYONG
Letak halba di atas peti,
Enak roti dicicah kari;
Kini tiba hari dinanti,
Berdebar hati tak terperi.
282
Sidang Zakaria Bin Buang
KOTA MELAKA DUYONG
Buah berangan di rumpun buluh,
Lemak manis bercampur kelat;
Angkat tangan jari sepuluh,
Semoga majlis bertambah berkat.
283
Sidang Zakaria Bin Buang
KOTA MELAKA DUYONG
Pergi ke hulu di Sungai Sedim,
Bermain tingting selepas makan;
Zaman dulu peranan TOk Mudim,
Pisau gunting tanpa suntikan.
284
Sidang Zakaria Bin Buang
KOTA MELAKA DUYONG
Lipat sejadah simpan di sini ,
Baju kotor semasa berkelah;
Berubah sudah caranya kini,
Peranan doktor selesai masalah.
285
Sidang Zakaria Bin Buang
KOTA MELAKA DUYONG
Buah jambu berjuntai rendah,
Buah diperam isinya merah;
Pesan ibu dipegang sudah,
Duduk diam nanti berdarah.
286
Sidang Zakaria Bin Buang
KOTA MELAKA DUYONG
Durian belanda isi berlembar,
Habuan raya seluruh kariah;
Ayah bonda tersenyum lebar,
Majlis berjaya dengan meriah.
287
Sidang Zakaria Bin Buang
KOTA MELAKA DUYONG
Cantik madah gendang dipalu,
Menjadi ceritera dalam sejarah;
Berakhirnya sudah episod pilu,
Kini putera tesenyum ghairah.
288
Sidang Mejar Kamal Bin Abdullah (B)
KOTA MELAKA KESIDANG
Akar kailan tumbuh melillit,
Melilit bersama si pohon tuba;
Kalau jalan tidak berbelit,
Sudah lama rombongan tiba.
289
Sidang Mejar Kamal Bin Abdullah (B)
KOTA MELAKA KESIDANG
Sarang lebah di pohon bidara,
Tergantung pada dahan terdekat;
Salam sembah pembuka bicara,
Lapang dada bersama muafakat.
290
Sidang Mejar Kamal Bin Abdullah (B)
KOTA MELAKA KESIDANG
Pokok sentul lebat daunnya,
Dahannya licin berbuah muda;
Kalau betul belum berpunya ,
Kuhulur cincin sebagai tanda.
291
Sidang Mejar Kamal Bin Abdullah (B)
KOTA MELAKA KESIDANG
Kain disejat membalut jerami,
Dijahit digunting dipakai teman ;
Menjadi hajat rombongan kami,
Untuk menyunting bunga di taman.
292
Sidang Mejar Kamal Bin Abdullah (B)
KOTA MELAKA KESIDANG
Belikan sekodi aneka benang,
Baju kurung banyak berjenis;
Sudah menjadi adat bertunang,
Cincin disarung di jari manis.
293
Sidang Mejar Kamal Bin Abdullah (B)
KOTA MELAKA KESIDANG
Hati gajah sotong kurita,
Jadi kudapan puteri kayangan ;
Cantik wajah si gadis jelita,
Teruna tampan jadi tunangan.
294
Sidang Mejar Kamal Bin Abdullah (B)
KOTA MELAKA KESIDANG
Burung jelatik burung jeladan,
Turun berenang di tepi gua;
Pengantin cantik sama padan ,
Bagaikan pinang dibelah dua.
295
Sidang Mejar Kamal Bin Abdullah (B)
KOTA MELAKA KESIDANG
Burung kenari beranak lima,
Dalam sarang burung merpati;
Kami mencari sudahlah lama,
Baru sekarang berkenan di hati.
296
Sidang Mejar Kamal Bin Abdullah (B)
KOTA MELAKA KESIDANG
Pergi ke hutan menembak dekut,
Dekut terbang di pohon keranji;
Janganlah tuan berasa takut ,
Kami sembang tunaikan janji.
297
Sidang Mejar Kamal Bin Abdullah (B)
KOTA MELAKA KESIDANG
Pencuk nanas gula apung,
Sirap di para jangan biarkan ;
Jauh berpanas jika berkampung,
Elok acara kita segerakana.
298
Sidang Mejar Kamal Bin Abdullah (B)
KOTA MELAKA KESIDANG
Wangi satalam si bunga tanjung,
Putih bersemi si bunga melati;
Tersusun salam bersirih junjung,
Datang kami berhajat di hati.
299
Sidang Mejar Kamal Bin Abdullah (B)
KOTA MELAKA KESIDANG
Bersama teman pokok ditebang,
Tepi tasik tenang airnya;
Bunga di taman sedang berkembang,
Ingin dirisik siapa tuannya.
300
Sidang Hj Mohd Fauzi bin Abd Wahab
HANG TUAH JAYA AYER KEROH
Sisir nangka atas permatang,
Pisau dicanai menjadi baji;
Darilah Melaka kami datang,
Ingin menunai hasrat dijanji.
301
Sidang Hj Mohd Fauzi bin Abd Wahab
HANG TUAH JAYA AYER KEROH
Dara berselendang berkain pencong,
Teruna jejaka berbaju batik;
Kalau bercadang mahu melancong,
Negeri Melaka destinasi tercantik.
302
Sidang Hj Mohd Fauzi bin Abd Wahab
HANG TUAH JAYA AYER KEROH
Sungguh indah Kuala Kedah,
Ada jambatan tidak terperi;
Ijab sudah kabul pun sudah,
Terpateri ikatan suami isteri.
303
Sidang Hj Mohd Fauzi bin Abd Wahab
HANG TUAH JAYA AYER KEROH
Daun bersisik berikat benang,
Kapur di peti letak di cembul;
Sudah dirisik sudah dipinang,
Hanya menanti ijab dan kabul.
304
Sidang Hj Mohd Fauzi bin Abd Wahab
HANG TUAH JAYA AYER KEROH
Ikan ditimba jauh di desa,
Rezeki terbalas dapat haruan;
Memang hamba insan biasa,
Mengharap belas daripada tuan.
305
Sidang Hj Mohd Fauzi bin Abd Wahab
HANG TUAH JAYA AYER KEROH
Ke Tanjung Tuan naik pedati,
Membeli mi dan nasi dagang;
Sungguh tuan sabar menanti,
Datang kami bukan berlenggang.
306
Sidang Hj Mohd Fauzi bin Abd Wahab
HANG TUAH JAYA AYER KEROH
Sedap memang tidak dinafi,
Terasa malu banyak makan;
Kita berpegang ahli sufi,
Dunia perlu akhirat tujuan.
307
Sidang Hj Mohd Fauzi bin Abd Wahab
HANG TUAH JAYA AYER KEROH
Kuning bersih masaknya padi,
Secekak lidi dalam jambangan;
Terima kasih si daun keladi,
Tuan berbudi menjadi kenangan.
308
Sidang Hj Mohd Fauzi bin Abd Wahab
HANG TUAH JAYA AYER KEROH
Kutip lokan di tepi permatang,
Makan sekamar bersama teman;
Jauh sepekan kami datang,
Ingin melamar bunga di taman.
309
Sidang Hj Mohd Fauzi bin Abd Wahab
HANG TUAH JAYA AYER KEROH
Jauh ke desa mencari pumpun,
Berkelip kelap cahaya si kunang;
Sebanyak dosa mohon diampun,
Segala silap jangan dikenang.
310
Sidang Hj Mohd Fauzi bin Abd Wahab
HANG TUAH JAYA AYER KEROH
Pergi ke Daik bersama teman,
Tongkat sakti tinggi dijunjung;
Orang baik mestilah beriman,
Hidup berbakti selalu disanjung.
311
Sidang Hj Mohd Fauzi bin Abd Wahab
HANG TUAH JAYA AYER KEROH
Kalau lada katakan lada,
Jangan bara panas selalu;
Kalau janda katakan janda,
Anak dara diuji dahulu.
312
Sidang Hj Samad bin Hj Bachek
TANGGA BATU PAYA RUMPUT
Penuh laluan berisi kelapa,
Aroma pekat gunakan pandan;
Budimu tuan tidak terlupa,
Selagi hayat dikandung badan.
313
Sidang Hj Samad bin Hj Bachek
TANGGA BATU PAYA RUMPUT
Waktu petang mengumpul sabut,
Hendak dibuat penebat titi;
Tuan datang kami menyambut,
Mesti berhajat di dalam hati.
314
Sidang Hj Samad bin Hj Bachek
TANGGA BATU PAYA RUMPUT
Pucuk pauh dari permatang,
Daun selasih dimasak minyak;
Darilah jauh tuan datang,
Terima kasih banyak-banyak.
315
Sidang Hj Samad bin Hj Bachek
TANGGA BATU PAYA RUMPUT
Tepung talam beli di pekan,
Rasa manis menang membeli;
Ucapan salam kepada tuan,
Dalam majlis meriah sekali.
316
Sidang Hj Samad bin Hj Bachek
TANGGA BATU PAYA RUMPUT
Pulau Gadung ke Kampung Lapan,
Jalan berbatu seperti dahulu;
Di kiri tedung di kanan lipan,
Manakah satu hendak dilalu.
317
Sidang Hj Samad bin Hj Bachek
TANGGA BATU PAYA RUMPUT
Potong halia serai lengkuas,
Dibungkus dengan lapisan kain;
Bukankah dunia begitu luas,
Carilah jalan ke tempat lain.
318
Sidang Hj Samad bin Hj Bachek
TANGGA BATU PAYA RUMPUT
Datuk penghulu panglima perang,
Duduk bersilang sambil berjual;
Dari dahulu sampai sekarang,
Tuan terbilang nama terkenal.
319
Sidang Hj Samad bin Hj Bachek
TANGGA BATU PAYA RUMPUT
Pisang emas dibawa belayar,
Buah keranji di dalam peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang janji mesti ditepati.
320
Sidang Hj Samad bin Hj Bachek
TANGGA BATU PAYA RUMPUT
Pergi menyadat di Kampung Musai,
Nampak rusa dahi berjambul;
Majlis beradat sudah pun selesai,
Tunggu masa dijjab dan kabul.
321
Sidang Hj Samad bin Hj Bachek
TANGGA BATU PAYA RUMPUT
Cantik butang siapa empunya,
Di tepi laman jadi taruhan;
Saya datang hendak bertanya,
Bunga di taman adakah tuan.
322
Sidang Hj Samad bin Hj Bachek
TANGGA BATU PAYA RUMPUT
Waktu petang membeli kentang,
Kentang bersisik bunga berjenis;
Bukan datang sebarang datang,
Datang merisik si dara manis.
323
Sidang Hj Samad bin Hj Bachek
TANGGA BATU PAYA RUMPUT
Ikan lembat si ikan sepat,
Ikan pelaga di bawah titi;
Tuan hebat sudah mendapat,
Akan dijaga sampai ke mati.
324
Sidang Hj Sabtu bin Wahab
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Kuih setalam bawa ke sekolah,
Sampai sekolah dimakan terkukur;
Selawat salam untuk Rasulullah,
Kepada Allah kita bersyukur.
325
Sidang Hj Sabtu bin Wahab
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Pagar pudar besi berangkum,
Letakkan kendi di tepi kolah;
Adat bersandar dengan hukum,
Hukum bersendi dengan kitabullah.
326
Sidang Hj Sabtu bin Wahab
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Tumbuk sagu penuh setimba,
Rentak berlagu antan berlaga;
Tuan ditunggu sudah tiba,
Kami menunggu terasa lega.
327
Sidang Hj Sabtu bin Wahab
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Ikan gurami banyak bersisik,
Harum kenaga dalam ramuan;
Datang kami mahu merisik,
Andainya bunga tidak bertuan.
328
Sidang Hj Sabtu bin Wahab
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Kari terung dimasak sendiri,
Tambah selera dicampur kerisik;
Cincin tersarung manis di jari,
Tandanya dara sudah dirisik.
329
Sidang Hj Sabtu bin Wahab
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Naik basikal pergi berenang,
Bawa gantang berisi kain;
Dulu nakal sebelum bertunang,
Sekarang datang bukannya main.
330
Sidang Hj Sabtu bin Wahab
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Bukan panjang sebarang panjang,
Panjang melintang seluas taman;
Bukan bujang sebarang bujang,
Bujang datang mahu berteman.
331
Sidang Hj Sabtu bin Wahab
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Lentik alis senyum merekah,
Bibir dikemam semasa makan;
Untuk majlis akad dan nikah,
Kepada imam kita serahkan.
332
Sidang Hj Sabtu bin Wahab
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Batang jerami dibuat ampai,
Susun cumi jangan tersembul;
Hajat kami sudah tercapai,
Doa kami sudah termakbul.
333
Sidang Hj Sabtu bin Wahab
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Anak kancil kaki berdarah,
Kesan luka sampai ke dada;
Negeri kecil penuh bersejarah,
Datang Melaka segala ada.
334
Sidang Hj Sabtu bin Wahab
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Hilang butang di tengah jerami,
Simpan benang di dalam peti;
Selamat datang ke tempat kami,
Semoga senang melekat di hati.
335
Sidang Hj Sabtu bin Wahab
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Waktu gelap pasang pelita,
Umpan pumpun di banir pohon;
Jikalau tersilap tutur kata,
Minta ampun kami bermohon.
336
Sidang Azmi bin Tompang
MASJID TANAH TANJUNG BIDARA
Buah kuini bawa ke tanjung,
Peram di peti tidak terkira;
Hari ini kami berkunjung,
Niat hati mahu bersaudara.
337
Sidang Azmi bin Tompang
MASJID TANAH TANJUNG BIDARA
Tali cemeti berbalut benang,
Benang bendera kuat simpulnya;
Hajat di hati mahu meminang,
Semoga dara belum berpunya.
338
Sidang Azmi bin Tompang
MASJID TANAH TANJUNG BIDARA
Awan bersisik indah panorama,
Alam semesta nampak tenang;
Kalau merisik sudah diterima,
Bolehlah kita terus meminang.
339
Sidang Azmi bin Tompang
MASJID TANAH TANJUNG BIDARA
Lepas makan pinggan dibersih,
Di tepi sumur tempat bersugi;
Kami ucapkan terima kasih,
Panjang umur berjumpa lagi.
340
Sidang Azmi bin Tompang
MASJID TANAH TANJUNG BIDARA
Kain rentang dimakan pijat,
Kain kasar lipat bertimpa;
Kami datang membawa hajat,
Harapan besar jangan dihampa.
341
Sidang Azmi bin Tompang
MASJID TANAH TANJUNG BIDARA
Waktu petang bermain tabuh,
Hati galau resah bersama;
Kami datang semenjak subuh,
Maaf jikalau menunggu lama.
342
Sidang Azmi bin Tompang
MASJID TANAH TANJUNG BIDARA
Pokok kuini lebat berbuah,
Dipetik budak dari seberang;
Gadis ini sangat bertuah,
Harap tidak tersalah orang.
343
Sidang Azmi bin Tompang
MASJID TANAH TANJUNG BIDARA
Pisang berangan sisirnya lima,
Masak mala manis rasanya;
Kalau pinangan sudah diterima,
Berapa pula duit hantarannya.
344
Sidang Azmi bin Tompang
MASJID TANAH TANJUNG BIDARA
Pokok kaktus dibalut pelikat,
Di atas jerami bawa berlari;
Kata putus sudah pun terikat,
Izinkan kami mengundur diri.
345
Sidang Azmi bin Tompang
MASJID TANAH TANJUNG BIDARA
Susun madah saya terkenang,
Teringat regu jauh di Mukah;
Selesai sudah adat meminang,
Hanya menunggu hari nikah.
346
Sidang Azmi bin Tompang
MASJID TANAH TANJUNG BIDARA
Asap berkepul naik selari ,
Di balik cermin ada rerama;
Tersenyum simpul raja sehari ,
Atas pelamin jeling bersama.
347
Sidang Azmi bin Tompang
MASJID TANAH TANJUNG BIDARA
Ikan kelah bawa ke Kedah,
Tumbuk lumat bumbu halia;
Penat lelah terbalas sudah,
Majlis tamat dengan ceria.
348
Sidang Hj Amir bin Hj Samat
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Tepi jerami rumput memanjat,
Padi bunting disabit teman;
Datang kami ada berhajat,
Mahu sunting bunga di taman.
349
Sidang Hj Amir bin Hj Samat
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Corak singa kain digunting,
Penat bersilih banyak peranan;
Ada bunga belum disunting,
Silalah pilih mana berkenan.
350
Sidang Hj Amir bin Hj Samat
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Sarang tebuan tinggi melekat,
Tepi penjuru di hujung dahan;
Datang tuan mahu muafakat,
nyiru kami menahan.
351
Sidang Hj Amir bin Hj Samat
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Di dalam peti ada haruan,
Asah badik letak di batu;
Rasa di hati tidak keruan,
Mengenang adik setiap waktu.
352
Sidang Hj Amir bin Hj Samat
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Buah keranji di dalam pukat,
Tanah licin tempat bermandi;
Kalau janji sudah terikat,
Terima cincin tandanya jadi.
353
Sidang Hj Amir bin Hj Samat
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Tercekik tulang terpijak paku,
Bukan sengaja atau temberang;
Apakah malang nasib diriku,
Bunga dipuja depetik orang.
354
Sidang Hj Amir bin Hj Samat
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Pergi mencandat di laut dalam,
Kail diduga tersangkut karang ;
Inilah adat budaya silam,
Harta juga dipandang orang.
355
Sidang Hj Amir bin Hj Samat
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Buah durian buah pulasan,
Ditumbuk lumat buat bancuhan;
Kepada kalian ingatlah pesan,
Syukur nikmat anugerah Tuhan.
356
Sidang Hj Amir bin Hj Samat
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Penuh seguni si pucuk maman,
Buah naga masak di pangkal;
Hidup ini hanya pinjaman,
Akhirat juga akhirnya kekal.
357
Sidang Hj Amir bin Hj Samat
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Cuaca redup pergi sekolah,
Naik kereta jalan sekerat;
Sepanjang hidup ingatkan Allah,
Bahagia kita dunia akhirat.
358
Sidang Hj Amir bin Hj Samat
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Asal berangan daripada kudup,
Dahan sekah menimpa pandan;
Banyak halangan di dalam hidup,
Tersalah langkah merana badan.
359
Sidang Hj Amir bin Hj Samat
HANG TUAH JAYA BUKIT KATIL
Besi berani kiriman juragan,
Barang sampai bersama pingat;
Hidup ini satu perjuangan,
Impian dicapai dengan semangat.