SENARAI 1 JABATAN 1 PANTUN


Bil Jabatan Pantun Tindakan
1 ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM)
Asam pedas ikan tenggiri,
Pemanis mulut kuih keria;
APM berkhidmat demi pertiwi,
Menyelamatkan nyawa dan harta benda.
2 BADAN KAWAL SELIA AIR (BKSA), JKMM
Si bunga mawar, si bunga kenanga,
Dipakai oleh nak dara jelita;
Sungai yang indah haruslah dijaga,
Khazanah negeri di bumi melaka.
3 BAHAGIAN AUDIT DALAM DAN SIASATAN AWAM
Membuat perbelanjaan tanpa kawalan,
Prosedur terabai mengundang kesilapan;
Matlamat BADSA mencari penyelesaian,
Menjadi panduan di masa hadapan.
4 BAHAGIAN KHIDMAT MUSAADAH DAN PEMBANGUNAN BELIA
Pohon beringin berbuah lebat,
Tempat berteduh lima sahabat;
Hang Tuah, Hang Jebat pahlawan hebat,
Musaadah menyerlah formula bersepakat.
5 FAMA
Biar berbudi pada tanah,
Hasil dituai menjana ekonomi;
Pemasaran komoditi hingga ke Sabah,
FAMA agensi sentiasa dihati.
6 FAMA
Taming Sari Keris Sakti,
Laksamana Tuah Hebat Bersilat;
FAMA Melaka Teguh Berbakti,
Sentiasa Dekat Di Hati Rakyat.
7 FAMA
Burung Kedidi Terbang Rendah,
Anak Tupai Dicelah Jerami;
Biar Berbudi Pada Tanah,
Hasil Dituai Menjana Ekonomi.
8 FAMA
Pemasaran Komoditi Menjadi Agenda,
Petani Dibantu Ekonomi Berganda;
Jaminan Sekuriti Makanan Negara,
Jika Terganggu Kami Ada.
9 INSTITUT PENGURUSAN DAN INTEGRITI MELAKA
Sukan berkuda sukan memanah,
Menjadi sukan kegemaran Nabi;
Diberi kuasa perlulah Amanah,
Bukan untuk kepentingan sendiri.
10 INSTITUT TUN PERAK (ITP)
Melaka mashyur kota tumpuan,
Tuah, Jebat jadi sebutan;
Institut Tun Perak pusat rujukan,
Mendarjat minda memartabat penyelidikan.
11 INSTITUT TUN PERAK (ITP)
Kota Melaka Tempat Rebutan,
Bijak dan Berani Laksana Pahlawan;
Institut Tun Perak Pusat Pemikiran,
Mendarjat Minda Memartabat Penyelidikan.
12 JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA (JAIM)
Tuah laksamana bijak setia,
Jebat pahlawan cekal berani;
Syariat diperkasa sunnah dibudaya,
JAIM sandaran ummah madani.
13 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI MELAKA
Dari Sungai Rambai ke Kuala Linggi,
Membeli dodol di Simpang Ampat;
Warga Imigresen warga berintegriti,
Perkhidmatan digital memudahkan rakyat.
14 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI MELAKA
Berambalan kadim dagang mendarat,
Berarungan mari labuhan Melaka;
Hulubalang JIM mengaring selamat,
Agar yang bahari bersakan seloka.
15 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI MELAKA
Ketua Menteri Melaka bijak laksana,
Alim Ulama berkongsi berkat;
JIM sedaya kerja bersama,
Adikara dikongsi rakyat.
16 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI MELAKA
Mencandat sotong di Kuala Nia,
Sambil membawa si comel Nyonya;
Perkhidmatan Imigresen bertaraf dunia,
Integriti Profesional Mesra itu slogannya.
17 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI MELAKA
Menjunjung kedaulatan tanggungjawab bersama,
Menguruskan hal keimigresenan kepentingan Negara;
Menjaga keselamatan yang paling utama,
Berpegang teguh prinsip rukun Negara.
18 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI MELAKA
Piagam pelanggan sentiasa ditepati,
Menjunjung tinggi jati diri;
Berpegang teguh imej integriti,
Rakyat didahului prinsip Malaysia Madani.
19 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI MELAKA
Akan aku terus melangkah,
Mengendong misi visi jabatan;
Tak kan pernah aku mengalah,
Demi Imigresen yang aku banggakan.
20 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI MELAKA
Imigresen Melaka empunya nama,
Berkhidmat dengan semangat membara;
Hadapi cabaran dan dugaan bersama ,
Demi menjaga keamanan Negara.
21 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI MELAKA
Pelbagai teknologi moden telah diimplementasi,
Bagi mengelakkan rakyat tidak ketinggalan;
Pautan pantas online www.imi.gov.my disediakan,
Boleh dicapai dimana jua keberadaan.
22 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI MELAKA
Karam sampan tanpa muatan,
Kayunya reput bersarang teritip;
Evolusi penyampaian cemerlang perkhidmatan,
Satu jam pasport siap dikutip.
23 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI MELAKA
Raja Sunda berkirim puteri,
Riuhlah pawana senusantara;
Warkah merah berdampil mati,
Kunjunglah JIM bernyawa semula.
24 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI MELAKA
Balik ke kampong melihat bendang,
Bawa sekali sarapan pagi;
Pegawai Imigresen jawatan disandang ,
Jabatan Imigresen Malaysia tempat berbakti.
25 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI MELAKA
Jalan-jalan mencari makan ,
Untuk menimba ilmu dan bertenang;
Memperbaharui passport sebelum perjalanan,
Untuk memastikan mematuhi undang-undang.
26 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI MELAKA
Membanteras jenayah sentiasa diutamakan,
Untuk menjaga keamanan Negara;
Penguatkuasaan gigih terus dijalankan,
Pendakwaan teguh undang-undang dilaksana.
27 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI MELAKA
Imigresen Machap Umboo Melaka,
Untuk penempatan, pengusiran PATI;
Tak kira komandan mahupun siapa,
Tanggungjawab digalas bersatu hati.
28 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI MELAKA
Siang malam mengetuk kota,
Cari alku membuat honar;
Karang kalam membujuk pendeta,
Habis bui JIM ambil lontar.
29 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI MELAKA
Puas dikail si ikan pari,
Tetap sabar biar menanti;
Biar tohmahan datang tak berhenti,
Tetap utuh kami berintegriti.
30 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI MELAKA
Sang saka hitam itulah gelaran,
Sama-sama berjuang, sama-sama berbakti;
Berkhidmat kita untuk kesejahteraan,
Agar semuanya dirahmati Ilahi.
31 JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA, MELAKA
Burung pekaka panjangnya paruh,
Hinggap ke sini cantik bulunya;
JKKN Melaka panggungnya Ayer Keroh,
Lestari seni, semarakkan budaya.
32 JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA, MELAKA
Menjulang daun si pokok cempaka,
Bunga berserakan sampai ke sini;
Menjelang Tahun Melawat Melaka,
Kita serlahkan budaya juga seni.
33 JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA, MELAKA
Bunga kenanga si bunga Melati,
Burung pucung terbang ke taman;
Melayu, Nyonya, Portugis, Chetti,
Sambut pelancong dengan senyuman.
34 JABATAN KERJA RAYA NEGERI MELAKA
Indah sungguh bunga kesidang,
Harum baunya amat memikat;
JKR Melaka aset terbilang,
Menjadi tonggak pembangunan rakyat.
35 JABATAN KERJA RAYA NEGERI MELAKA
JKR Melaka Tekad Berwawasan,
Jasa Kepada Rakyat Misi Jabatan;
Mentadbir Pembangunan Penuhi Harapan,
Agar Terus Gemilang Sepanjang Zaman.
36 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Gagah jejaka segak teruna,
Tangkas bersilat di Desa Sebatu;
Hospital Melaka sentiasa cakna,
Kesihatan rakyat diutama tentu.
37 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Selamat datang ke negeri Melaka,
Negeri bersejarah kaya budaya;
Agenda kesihatan tunggak utama,
Rakyat dan pelancong sama dijaga.
38 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Negeri Melaka Negeri Berdaulat,
Rakyatnya Ramah Baik Pekerti;
Kesihatan Dijaga Sepanjang Hayat,
Pasti Kehidupan Penuh Bererti.
39 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Laksamana Tuah Ilmunya Tinggi,
Jebat Pula Berani Orangnya;
Hapus Aedes Perangi Denggi,
Kebersihan itu Tanggungjawab Bersama.
40 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Seni Silat Pusaka Bangsa,
Langkah Diatur Penuh Adabnya;
Hidup Sihat Setiap Masa,
Sudut Fizikal Juga Mentalnya.
41 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Bumi Melaka Bumi Bertuah,
Sejarah Tersohor Serata Dunia;
Hidup Sejahtera, Harmoni dan Indah,
Hargai Kesihatan Sebagai Kurnia.
42 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Singgah sebentar di Taman Buaya,
Pengunjung tiba tidak terkira;
Amalan sihat jadikan budaya,
Agar hidup aman sejahtera.
43 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Tuah Jebat juga Kasturi,
Lekir Lekiu lima bersaudara;
Jalan lompat mahupun lari,
Hendak sihat bermacam cara.
44 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Kalau tuan datang ke Melaka,
Belacan cencaluk jangan dilupa;
Impian hidup sihat belaka,
Makan dijaga elak teralpa.
45 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Kapal berdagang berlayar lalu,
Selat Melaka sibuk sentiasa;
Senyum sentiasa ceria selalu,
Kunci hidup aman sentosa.
46 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Bangunan Stadhuys tinggalan Belanda,
Megah berdiri berkurun lama;
Hidangan dinikmati berpada pada,
Sihat berkhasiat paling utama.
47 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Kuih bakar kuih keria,
Kuih terkenal negeri Melaka;
Senyum selalu hidup ceria,
Hidup sihat semua pun suka.
48 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Bandar bersejarah bandar Melaka,
Keris Hang Tuah si Taming Sari;
Kesihatan gigi jangan dileka,
Wajah comel senyuman berseri.
49 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Ke kampung Morten naik jambatan,
Sambil berjalan ke Kota Laksamana;
Bersamalah kita menjaga kesihatan,
Kurangkan gula kesihatan bermakna.
50 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Pantai Siring Pantai Cinta Berahi,
Tempat berkelah tempat bersuka;
Rokok dan vape wajib dijauhi,
Agar tak menyesal di hari muka.
51 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Masyhur Melaka bumi bersejarah,
Menarik ceria indah nian;
Andai gusi mu senang berdarah,
Lekaslah kalian ke klinik pergigian.
52 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Tabuh Naning kaya sejarah,
Sepanjang jalan banyak jualan;
Dugaan sakit pantang menyerah,
Ikhtiar ada pelbagai jalan.
53 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
A Famosa dijaga cermat,
Pusat sehenti jadi bualan;
Ambillah ubat cara selamat,
Konsep 5B jadikan amalan.
54 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Bunga siantan nama diberi,
Pelbagai warna indah sekali ;
Dah jumpa produk yang dicari-cari,
Pastikan berdaftar barulah beli.
55 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Indah bersulam kebaya Melaka,
Cantik dipakai bersama sepatu;
Hal ubat, moh ler bertanya,
Pegawai farmasi sedia membantu.
56 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Menonton bola di Stadium Hang Jebat,
Singgah sebentar di Tangga Batu;
Berjalan-jalan jangan dilupakan ubat,
Barulah kawalan penyakit dapat dibantu.
57 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di Bukit Darat;
Kesilapan pengubatan kita elakkan,
Supaya pesakit tiada mudarat.
58 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Potret indah si anak Bendahara,
Diulit dibelek sungguh sempurna;
Kenali Ubat Anda, Kempen Mesra,
Bersama DUTA, berjaya terlaksana.
59 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Mantapnya bendahara di atas bahtera,
Pantang undur tetap mara;
Ubat selamat hidup sejahtera,
Rakyat sihat, tunggak negara.
60 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Menara Taming Sari nama diberi,
Naik sekali tak cukup lagi;
Jangan culas ubat diberi,
Tak takut ke masuk wad lagi.
61 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Solat Zohor di Masjid Selat,
Rasa rindu telah terubat;
Ubat menarik seperti coklat,
Mohon cakna penyimpanan ubat.
62 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Berkebaya nyonya anggun menawan,
Berjalan kaki di atas jambatan;
Melawat pameran di Dataran Pahlawan,
Singgah2 ler saringan kesihatan.
63 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Pelbagai menu banyak peniaga,
Singgah membeli kuih cara;
Kebersihan terjamin pemakanan dijaga,
Rakyat Melaka Sihat sejahtera.
64 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Kalau cempedak buah dilihat,
Peramlah nanti sarung dahulu;
Kalau hendak rakyat sihat,
Rawatan diberi terbaik selalu.
65 JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
Gagah jejaka segak teruna,
Tangkas bersilat di Desa Sebatu;
Hospital Melaka sentiasa cakna,
Kesihatan rakyat diutama tentu.
66 PUSAT SUMBER, JKMM
Bunga kesidang bunga rasmi negeri,
Harum mewangi penuh harapan;
Unit Pusat Sumber nama diberi,
Khidmat perpustakaan, media dan penerbitan.
67 PUSAT SUMBER, JKMM
Bumi Melaka penuh sejarah dan adat,
Pahlawan terkenal hebat belaka;
“Bijak Laksana Tuah berani Laksana Jebat",
Slogan diilhamkan oleh Ketua Menteri Melaka.
68 PUSAT SUMBER, JKMM
Pohon Melaka di tepi kali,
Jalan lurus kudus sasaran;
Pejabat JKMM beralamat di Seri Negeri,
Selalu bertanggungjawab dalam tugasan.
69 JABATAN KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI MELAKA
Jabatan Kewangan Negeri Melaka,
Ukhuwah silaturahim menjadi ikatan;
Wang rakyat amanah kita,
Slogan keramat menjadi sebutan.
70 JABATAN KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI MELAKA
Dari Melaka sampai Kemboja,
Hendak Mencari Jejak Pendeta;
Harus Kita Bijak Belanja,
Wang Rakyat Amanah Kita.
71 JABATAN PENERANGAN NEGERI MELAKA
Kapal dimudik oleh sang kelasi,
Tetap berlayar tanpa siksa;
Jabatan Penerangan teras komunikasi,
Tetap relevan sepanjang masa.
72 JABATAN PENERANGAN NEGERI MELAKA
Wayang Pacak Layar Bestari,
Info On Wheels Komuniti Madani;
Rangkaian Strategik Kerajaan Negeri,
JaPen Saluran Informasi Terkini.
73 JABATAN PENERANGAN NEGERI MELAKA
Laman Sosial Layar Bestari,
Info On Wheels Komuniti Bestari;
Rangkaian Strategik Kerajaan Negeri,
Japen Saluran Informasi Terkini.
74 JABATAN PENERANGAN NEGERI MELAKA
Van bergerak penyampai maklumat,
Berita sahih lagi terkini;
IOW mengambil tempat,
Bukti JaPen dekat dihati.
75 JABATAN PENERANGAN NEGERI MELAKA
113Tahun Usia Japen Kini,
Banyaknya Rintangan Sepanjang Hayat;
Japen Peneraju Informasi Terkini,
Demi Maklumat Terus Kepada Rakyat .
76 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS)
Bandar Melaka dan Banda Hilir,
Hidup harmoni berbagai bangsa;
Parit, sungai, pantai dan tali air,
JPS pantau setiap masa.
77 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS)
Lagenda Hang Tuah khazanah watan,
Sungai Melaka tumpuan temurun;
JPS berkualiti cekap perkhidmatan,
Lestari negeri itulah kepakaran.
78 JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA MELAKA
Cantik kesidang indah mengharumi,
Bijak laksana Tuah berani laksana Jebat;
Perkhidmatan bernilai komitmen kami,
JPPH Melaka gemilang dan hebat.
79 JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI MELAKA
Pergi berlayar ke Inderagiri,
Tempat berdagang zaman berzaman;
PlanMalaysia Melaka teguh berdiri,
Memacu perancangan negeri melangkaui kelaziman.
80 JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI MELAKA
Burung Serindit Terbang Di Laman,
Hinggap Mari Di Atas Dahan;
Tagline Perancangan Melangkaui Kelaziman,
Usaha Planmalaysia Melaka Menggarap Kemampanan.
81 JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI MELAKA
Negeri bersejarah itulah Melaka,
Pelancongan Menarik Sejarah Terbilang;
DOSM penjana statistik negara,
Martabat ekonomi kemajuan dijulang.
82 JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI MELAKA
Lima Pahlawan Tidak Dilupa,
Dikenang Hingga Akhir Zaman;
Statistik Dijana Kerjasama Semua,
Agar Melaka Tidak Ketinggalan.
83 JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI MELAKA
Kuih Keria Dambaan Ramai,
Asam Pedas Enak Rasanya;
Data Dihitung Tidak Ternilai,
Maju Melaka Manfaat Semua.
84 JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI MELAKA
Kalau Singgah Ke Banda Kaba,
Naik Beca Terus Ke Tengkera;
Kemudahan Awam Galak Dibina,
Hasil Banci Penuh Analisa.
85 JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI MELAKA
Rakyat Malaysia tak kira usia,
Cintakan negara semangat membara;
Peranan Jabatan Perangkaan Malaysia,
Agensi utama statistik negara.
86 JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI MELAKA
Sungguh comel si anak Panda,
Bermain- main di atas papan;
Data dan masyarakat berpisah tiada,
Umpama statistik nadi kehidupan.
87 JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI MELAKA
Di hujung senja matahari bersembunyi,
Angka dan grafik dijaga rapinya;
Statistik memberi gambaran yang murni,
Pandangan masa depan terbentang luasnya.
88 JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI MELAKA
Dalam statistik, data berdansa,
Mean dan median bertari lara;
Berkat modul, angka bersua,
Statistik memetik cerita, indah bagai puisi sastera.
89 JABATAN PERHILITAN NEGERI MELAKA
Anak ayam di dalam raga,
Musang pandan di pokok nangka;
Siang dan malam Perhilitan berjaga,
Demi kesejahteraan rakyat melaka.
90 JABATAN PERHUTANAN
Pohon Melaka tegap berdiri,
Tempat berteduh Parameswara;
Melaka indah bumi lestari,
Khazanah hutan sentiasa dipelihara.
91 JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI MELAKA
Pedagang Siak mencari gaharu,
Gaharu idaman di Pulau Melaka;
Veterinar dan penternak berganding bahu,
Demi keterjaminan makanan rakyat Melaka.
92 JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL NEGERI MELAKA
Si gadis nyonya layanannya mesra,
Sekaliku pandang hatiku tertawan;
Teraju perpaduan juga harmoni negara,
Itulah visi kami di Jabatan Perpaduan.
93 JABATAN PERTANIAN NEGERI MELAKA
Jabatan Pertanian teguh bersama,
Terus berbakti demi negara;
Jaminan makanan teras utama,
Selamat berkualiti hidup sejahtera.
94 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MELAKA( JUPEM)
Laksamana Hang Tuah tangkas berani,
Keris disisip selempang di dada;
MyLot inovasi JUPEM terkini,
Mudah diguna tidak kira tua dan muda.
95 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MELAKA( JUPEM)
Penentu sempadan tugas diterima,
MyKiblat MyLOT aplikasi terkini;
Ukur pemetaan bidang utama,
Jupem relevan di era madani.
96 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MELAKA( JUPEM)
Hang Tuah pendekar terbilang,
Berasal dari bumi melaka;
Pejabat ukur Melaka memang terbilang,
Nama disebut dipelusuk negara.
97 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Delima pelaga campur pegaga,
Rebus sepapan buah beluru;
Nama keluarga harus dijaga,
Beradab sopan di depan guru.
98 KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP NEGERI MELAKA
Berjalan kaki ke Kampung Renal,
Panasnya terik tidaklah redup;
KPDN budayakan pengguna rasional,
Untuk meningkatkan kualiti hidup.
99 KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP NEGERI MELAKA
Pergi Belayar Ke Tanjong Agas,
Belayar Bersama Pisang Sesikat;
KPDN Tegas Menjalankan Tugas,
Perdagangan Sihat Pengguna Berkat.
100 KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP NEGERI MELAKA
Hero Pengguna, Aduan Suri & Price Catcher aplikasi yang diminati,
Mendidik masyarakat menjadi Pengguna yang berinovasi;
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sentiasa diingati,
Mempertahankan 8 Hak Pengguna dengan penuh dedikasi.
101 KUMPULAN MELAKA BERHAD
Menuai sawit di ladang Brisu,
Menyemai hasil di Paya Lebar;
Pelaburan progresif berdaya maju,
KMB pemangkin kemajuan sebenar.
102 LEMBAGA PERUMAHAN MELAKA
Tiang menegak membentuk bilik,
Bumbung menongkat atas kerangka;
Jika ingin rumah mampu milik ,
Carilah Lembaga Perumahan Melaka .
103 LEMBAGA PERUMAHAN MELAKA
Sama Pertahan Nilai Sang Saka,
Tiadalah Lemah Negeri Kembayat;
Lembaga Perumahan Negeri Melaka,
Membina Rumah Untuk Rakyat.
104 LEMBAGA PERUMAHAN MELAKA
Luas Jajahan Di Luar Jangka,
Tiada Empunya Ditulis Riwayat;
Lembaga Perumahan Negeri Melaka,
Jasa Baktinya Untuk Rakyat.
105 LEMBAGA PERUMAHAN MELAKA
Ikat Pelana Tidaklah Mudah,
Akar Laka Siap Siaga;
Rumah Dibina Tersergam Indah,
Rakyat Melaka Merasa Bangga.
106 LEMBAGA PERUMAHAN MELAKA
Astaka Opera Pentas Bermadah,
Syair Didendang Berselang Ucapan;
'Perumahan Melaka’ Tersergam Indah,
Rumah Idaman Pelengkap Kehidupan.
107 LEMBAGA PERUMAHAN MELAKA
Berlayar Dermaga Menyusur Lembah,
Siang Dan Malam Indah Seyogia;
Satu Keluarga Sebuah Rumah,
Tunjang Utama Masyarakat Bahagia.
108 LEMBAGA PERUMAHAN MELAKA
Nyala Dian Di Dalam Bilik,
Asap Jelaga Melekat Di Khemah;
Rumah Impian Mampu Milik,
Satu Keluarga Sebuah Rumah.
109 LEMBAGA PERUMAHAN MELAKA
Besi Tetulang Bersulam Dawai,
Simen Dituang Mendakap Tangga;
Rumah Melaka Patuh Berpiawai,
Kukuh Selamat Teguh Terjaga.
110 LEMBAGA PERUMAHAN MELAKA
Rumah Limas Anjungnya Selatan,
Tanah Sebidang Harta Pusaka;
Hati Terpaut Menjadi Sebutan,
Itulah Lembaga Perumahan Melaka.
111 LEMBAGA PERUMAHAN MELAKA
Buah Berangan Dirumpun Pinang,
Tersipu Malu Tandanya Suka;
Rumah Cantik Kelihatan Tenang,
Syurga Perumahan Ada Di Melaka.
112 MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA
Negeri Melaka negeri ternama,
MAIM menyusul menyatu ummah;
Zakat baitulmal fungsi utama,
Menjulang prestasi penuh berhemah.
113 MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Kebaya Nyonya seindah busana,
Bawa ke kota bercorak jemuju;
Mengukir jaya serata buana,
Inspirasi MBMB Melaka maju.
114 MAJLIS PEMBANGUNAN PULAU-PULAU MELAKA
Pergi berjalan di negeri Melaka,
Juadah asam pedas pembuka selera;
Pulau Undan, Pulau Dodol, Pulau Nangka,
Harta Taman Laut yang perlu dipelihara.
115 MAJLIS PEMBANGUNAN PULAU-PULAU MELAKA
Jika tuan hendak singgah,
Singgahlah kejap ke pasar tani;
16 buah kepulauan indah,
Menjadi tarikan pelancongan madani.
116 MAJLIS PEMBANGUNAN PULAU-PULAU MELAKA
Negeri Melaka Negeri bersejarah,
Rakyatnya penuh budi pekerti;
16 Pulau tersergam indah,
Peliharalah ia sepenuh hati.
117 MAJLIS PEMBANGUNAN PULAU-PULAU MELAKA
Baba nyonya makan dalam siya,
Makan makan sampai terleka;
Bercuti dalam Malaysia,
Jangan lupa singgah kepulauan Melaka.
118 MAJLIS PEMBANGUNAN PULAU-PULAU MELAKA
Ke pasar tani mencari umbut,
Umbut disaji dalam hidangan;
3 pulau di Taman Laut,
Karangnya unik tiada tandingan.
119 MAJLIS PEMBANGUNAN PULAU-PULAU MELAKA
Tudung saji hanyut terapung,
Hanyut sampai ke Pulau Undan;
Selamat datang para pelancong,
Taman laut MPPM hamparkan .
120 MAJLIS PEMBANGUNAN PULAU-PULAU MELAKA
Kuih talam dan kuih bingka,
Rasanya sedap, adunannya lembut;
Pulau Undan, Dodol dan Nangka,
Tiga serangkai di Taman Laut.
121 MAJLIS PEMBANGUNAN PULAU-PULAU MELAKA
Mudik Ke Hulu Berkayuh Sampan,
Nakhoda Belayar Ke Pulau Besa;
Tanah Airku Pusaka Warisan,
Relaku Korban Harta Dan Kuasa.
122 MAJLIS PEMBANGUNAN PULAU-PULAU MELAKA
Pulau Besar Permata Selatan,
Pemandangan Pantai Menarik Hati;
Keindahan Alam Tiada Tandingan,
Damai At Pulau Besar Memukau Sanubari.
123 MAJLIS PEMBANGUNAN PULAU-PULAU MELAKA
Santap berdua bersama isteri,
Tanda bahagia rukun serasi;
Pulau Besar bukan misteri,
Ianya kini pulau rekreasi.
124 MAJLIS PEMBANGUNAN PULAU-PULAU MELAKA
Baba nyonya makan dalam siya,
Makan makan sampai terleka;
Bercuti dalam Malaysia,
Jangan lupa singgah kepulauan Melaka.
125 MAJLIS PEMBANGUNAN PULAU-PULAU MELAKA
Terbang jauh burung kedidi,
Diberi makan di atas tangga;
Tuan datang janganlah sendiri,
Banyak aktiviti telah tersedia.
126 MAJLIS PEMBANGUNAN PULAU-PULAU MELAKA
Buat bangsal di Pulau Undan,
Kayuh sampai ke Pulau Besar;
MPPM sambut dengan senyuman,
Riadah di sini tanpa gusar.
127 MAJLIS PEMBANGUNAN PULAU-PULAU MELAKA
Kilat berdentum di pinggir kali,
Umpan sekepal pancing di hulu;
Pulau Besar cantik sekali,
Tempat tumpuan dari dahulu.
128 MAJLIS PEMBANGUNAN PULAU-PULAU MELAKA
Dua tiga kuda ku berlari gagah,
Mana nak sama si kuda belang;
Pulau Besar teramat indah,
Pulau Undan permata gemilang.
129 MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Mekar subur si borgainvillea,
Perhiasan indah mengamit pengunjung;
Alor Gajah ikon bandar bahagia,
Gambaran Melaka negeri terulung.
130 MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Anak bugis membuat kota,
Kota dibuat di bukit cina;
Indah nya melaka penambat cinta,
Terukir nama pelosok dunia.
131 MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Anak kecil menangkap belalang,
Berjalan di sawah bersama lukah;
Sejarah melaka pasti dikenang,
Tempat terukir sejarah Hang Tuah.
132 MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Anak bugis membuat kota,
Kota dibuat di bukit cina;
Indah nya Melaka pengukir kata,
Kata terukir penambat cinta.
133 MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Alor Gajah bandar bahagia,
Kuala linggi ke pulau sebang;
Melaka bandar warisan dunia,
Indah dan bersih sejarah terbilang.
134 MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Tanjung tuan tersergam indah,
Kota Supai tempat bertahan;
Negeri melaka tempat sejarah,
Tarikan pelancong sebagai pilihan.
135 MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Tersohor nama panglima hang tuah,
Taboh naning tanah beradat;
Masjid Tanah daerah bertuah,
Melaka pilihan para pelawat.
136 MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Buah berangan di rumpun pinang,
Limau kasturi berdaun muda;
Negeri melaka sejarah terbilang,
Tempat lahir pelbagai budaya.
137 MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Anak kecil menangkap belalang,
Berjalan di sawah bersama lukah;
Sejarah melaka pasti dikenang,
Tempat terukir sejarah Hang Tuah.
138 MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Bunga cina buah mengkudu,
Di petik anak hari selasa;
Tuan di sana menanggung rindu,
Hamba disini memendam rasa.
139 MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Anak bugis membuat kota,
Kota dibuat di bukit cina;
Indah nya Melaka pengukir kata,
Kata terukir penambat cinta.
140 MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Alor Gajah bandar bahagia,
Kuala linggi ke pulau sebang;
Melaka bandar warisan dunia,
Indah dan bersih sejarah terbilang.
141 MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Tanjung tuan tersergam indah,
Kota Supai tempat bertahan;
Negeri melaka tempat sejarah,
Tarikan pelancong sebagai pilihan.
142 MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Tersohor nama panglima hang tuah,
Taboh naning tanah beradat;
Masjid Tanah daerah bertuah,
Melaka pilihan para pelawat.
143 MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Anak bugis membuat kota,
Kota dibuat di bukit cina;
Indah nya melaka penambat cinta,
Terukir nama pelosok dunia.
144 MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Pengkalan Balak indah terperi,
Cucur Udang enaknya rasa;
Alor Gajah bandar lestari,
Bandar bahagia dalam Malaysia.
145 MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Sejarah bermula di Melaka Pindah,
Taboh Naning tanah beradat;
Jemputlah datang ke Alor Gajah,
Pasti indah kenangan terpahat.
146 MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Tanjung Tuan tersergam indah,
Kota Supai tempat bertahan;
Alor Gajah bersih dan indah,
Tarikan pelancong sebagai pilihan.
147 MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA
Bunga rasmi bunga helicornia,
Hiasan penyeri kebangaan Melaka;
Perbandaran mampan tonggak utama,
Tanda kemegahan Hang Tuah Jaya.
148 MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA
Tanah melayu tanah pusaka,
Megah berdiri disinggahsana;
MPHTJ dijunjung nama dijaga,
Menempah nama di persada dunia.
149 MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA
Pemburu sesat mencari serama,
Jatuh tertusuk si dahan nangka;
MPHTJ pusat pentadbiran utama,
Pintu masuk ke negeri Melaka.
150 MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA
Laksamana Tuah Pahlawan digeruni,
Keris dan tombak jadi mainan;
Rendah karbon berdaya huni,
Itulah MPHTJ empunya gelaran.
151 MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA
Dari Jasin ke Pekan Jeli,
Ke Pekan Jeli naik treler;
Manakan ku cari asam pedas asli,
Di mana lagi.. Di Melaka ler.
152 MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA
Gagah perkasa Sang Nila Utama,
Busana Songket Keris di tepi;
Jika tuan melawat Melaka,
Ibarat Malaysia Tuan Jelajahi.
153 MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA
Bunga kemboja di dalam guni,
Bunga Selasih tumbuh meliar;
Bandar Mampan Berdaya Huni,
Itulah "Hang Tuah Jaya - Bandaraya Pintar".
154 MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA
Gegak gempita paluan rebana,
Diselingi bunyi tiupan nafiri;
Indahnya Melaka usah ditanya,
Bertandanglah ke sini rasai sendiri.
155 MAJLIS PERBANDARAN JASIN
Petang begini bersama keluarga,
Makan bersembang di Pantai Siring;
MPJ santuni kebajikan warga,
Ekonomi berkembang turut seiring.
156 MAJLIS PERBANDARAN JASIN
Datang ke melaka singgah Jasin,
Sambil singgah melawat merlimau;
Singgah pantai siring beli ikan masin ,
Mana lagi Melaka lerr hawau.
157 MAJLIS PERBANDARAN JASIN
2024 Kami Alu-Alukan,
Tahun Melawat Melaka Bermula;
Semboyan Semarak Menyambut Tuan,
Mana Lagi, Melaka Ler!.
158 MAJLIS PERBANDARAN JASIN
Talam keladi di atas loyang,
Jadi santapan di tengah laman;
Singgah ke Jasin pasti hati terkenang,
Pantai Siring kami hidangkan.
159 MAJLIS PERBANDARAN JASIN
Pohon kemboja tanam di desa,
Baunya wangi hati tertawan;
Hebat Melaka orangnya perkasa,
Selamat datang ke Daerah Jasin kami ucapkan.
160 MAJLIS PERBANDARAN JASIN
Kicauan burung parut di kaki,
Terbang merata mencari makanan;
Jika hasrat hati untuk mendaki,
Usah ragu jawapannya Gunung Asahan.
161 MAJLIS PERBANDARAN JASIN
Ke Kampung Nyalas mencari palas,
Di petang cerah berbaju merah;
Tahun keenam belas tugas digalas,
Maju daerah pembangunan terarah.
162 MAJLIS PERBANDARAN JASIN
Anjung bonda bungaannya mekar,
Menyerlah malam di Tambak Merlang;
Pelbagai agenda program dilakar,
Lestari alam Jasin terbilang.
163 MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA, JKMM
Pahlawan Jebat langkahnya cekap,
Beraksi gagah keris di tangan;
Bakat dicari MSN menggilap,
Atlet bertarung meraih kemenangan.
164 MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA, JKMM
Unggul MSN tercatat nama ,
Organisasi penting dalam negara;
Cemerlang sukan agenda utama,
Harumkan nama di mata dunia.
165 MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA, JKMM
Paduka bendahara petah bicara,
Menghadap sultan penuh taat;
Lahirkan juara antarabangsa ,
Digalak sukan sentiasa diperhebat .
166 MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA, JKMM
Negeri Melaka kaya warisan,
Sejarah Hang Tuah tersimpan rapi;
Prasarana sukan sentiasa ditingkatkan,
MSN membantu dana diberi.
167 MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA, JKMM
Pemakanan dijaga perlu seimbang,
Kepakaran sukan turut disumbang;
Tugas MSN mencari peluang,
Dijaga athlit prestasi cemerlang .
168 MARA NEGERI MELAKA
Bunga kesidang bersulam gangsa,
Cantik disanggul si gadis nyonya;
MARA berjasa menjulang bangsa,
Usahawan jaya menggamit dunia.
169 MELAKA FINANCE HOUSE BERHAD
Tangkas Hang Tuah membela diri,
Hebat Hang Jebat tidak terperi;
MFH menyokong pimpinan negeri,
Laksanakan amanah penuh integriti.
170 MELAKA FINANCE HOUSE BERHAD
Bijak Si Tuah Pahlawan Terulung,
Pahlawan Berani Bergelar Jebat;
5 Teras 12 Kluster MFH Junjung,
Komitmen Kami Maju Fantastik Hebat.
171 MELAKA FINANCE HOUSE BERHAD
Cinta Negeri Tumbuh Bersemi,
Negeri Makmur Usah Persia;
MFH Inklusif Penjana Ekonomi,
Melaka Maju Rakyat Bahagia.
172 MITC BOWLPEX SDN BHD
Sungguh cantik gadis perawan,
Mata memandang hingga terleka;
MIBC pusat bowling tumpuan,
Menjadi kebanggaan rakyat Melaka.
173 PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR GAJAH
PDTAG cemerlang tinggi prestasi,
Warganya cerdik penuh wawasan;
Komited menyumbang hasil negeri,
Progresif dinamik jadi sandaran.
174 PEJABAT DAERAH DAN TANAH JASIN
Pejabat Daerah dan Tanah Jasin nama diberi,
Daerahnya makmur rakyatnya madani;
YAB Ketua Menteri bijak mentadbir negeri,
Melaka pasti menggamit dunia maju dan harmoni.
175 PEJABAT DAERAH DAN TANAH JASIN
Pergi ke kedai membeli garam,
Garamnya habis tinggal segenggam;
Ada masalah tanah janganlah geram,
Datang ke PDTJ kita selesaikan sampai ngam.
176 PEJABAT DAERAH DAN TANAH JASIN
Makan kari kambing di Simpang Bekoh,
Singgah mandi di Air Terjun Asahan;
Kami PDTJ tidak pandai berselekoh,
Sedia tampil beri nasihat dan bantuan.
177 PEJABAT DAERAH DAN TANAH JASIN
Andai Bijak Laksana Jebat ,
Nescaya Berani Laksana Tuah;
Keperihatinan PDTJ terhadap masyarakat,
Mewujudkan kesejahteraan pelanggan bertuah.
178 PEJABAT DAERAH DAN TANAH MELAKA TENGAH
Di kota sejarah menabur budi,
Tidak mengira pangkat dan usia;
Daerah Melaka Tengah indah berseri,
Khidmat mesra rakyat nan selesa.
179 PEJABAT METEOROLOGI MELAKA
Hening pagi di kaki banjaran,
Berkabus sarat dingin berterusan;
Teras meteorologi cerap-unjur-amaran,
Bertunjang hasrat penyampaian berkesan.
180 PEJABAT METEOROLOGI MELAKA
Ku jangka cerah sepanjang hari,
Rupanya hujan di awal pagi;
Cabaran digalas setiap hari,
Itulah kami Jabatan Meteorologi.
181 PEJABAT METEOROLOGI MELAKA
Awan mendung kuat tidak terkata,
Cuaca yang indah tidak selalunya ada;
MyCuaca panduan untuk rakyat jelata,
Dimana-mana Meteorologi sentiasa ada.
182 PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI MELAKA
Tiada rakyat tiadalah menteri,
Mandat dan amanah sentiasa disanubari;
Pembangunan negeri tidak pernah terhenti,
Komitmen SDO melestarikan negeri.
183 PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI MELAKA
DUN dan Parlimen sentiasa kami singgahi,
Disitulah denyut nadi yang perlu diselami;
Projek pembangunan aspirasi madani,
Tatakelola terbaik sentiasa dipatuhi.
184 PEJABAT PEMBANGUNAN WANITA NEGERI MELAKA
Melaka bersejarah berabad lama,
Lokasi strategik indah mempesona;
Memperkasa wanita matlamat utama,
Wanita bahagia keluarga sempurna.
185 PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN MELAKA
Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah,
Dondang Sayang penghibur hati;
PTG peneraju pentadbiran tanah,
Demi kemakmuran dan pembangunan lestari.
186 PEJABAT PROJEK ZON SELATAN, PLANMALAYSIA
Terbang senyap seni hikayat,
Sayap camar sukar dikesan;
PLANMalaysia tegap demi rakyat,
Rancang bandar digarap insan.
187 PERBADANAN BIOTEKNOLOGI MELAKA
Lapan bidang keutamaan menjadi panduan,
Bioteknologi dilupa tidak tersemat di hati;
Inisiatif Kerajaan Negeri menjadi dorongan,
Keluhan rakyat didengari janji ditepati.
188 PERBADANAN KEMAJUAN TANAH ADAT MELAKA
Bumiputera Melaka harus muafakat,
Majukan tanah adat warisan sejagat;
Pemilik tanah dapat manfaat,
Beri kemudahan kepada masyarakat.
189 PERBADANAN KEMAJUAN TANAH ADAT MELAKA
Taman Seri Cempaka projek pertama,
Bandar Jasin Bestari menjadi kebanggaan;
Perumahan melayu matlamat utama,
Memacu PERTAM ke arah kecemerlangan.
190 PERBADANAN KEMAJUAN TANAH ADAT MELAKA
PERTAM Pencetus Perbandaran Baharu,
Infrastruktur Moden Di Jasin Bestari;
Mengimbau Sejarah Rasa Terharu,
Kegemilangan Pasti Berulang Kembali.
191 PERBADANAN KETUA MENTERI MELAKA
Talam di dulang juadah kenduri,
Berkat dimakan jiran dan keluarga;
JKMM gemilang mentadbir negeri,
Negara mampan rakyat bahagia.
192 PERBADANAN KETUA MENTERI MELAKA
Sejarah Melaka negeri pahlawan,
Lima bersaudara gagah berani;
Selamat datang rakan dan taulan,
Semoga bahagia melekat di hati.
193 PERBADANAN KETUA MENTERI MELAKA
Taming Sari si keris pahlawan,
Negerinya Aman pemimpin berani;
Terima kasih kami ucapkan,
Para undangan tersemat dihati.
194 PERBADANAN KETUA MENTERI MELAKA
Kota A Famosa gagah berdiri,
Menanti tiba orang di seberang;
CMI sedia menabur bakti,
Menyambut tamu datang bertandang.
195 PERBADANAN KETUA MENTERI MELAKA
Gagah berdiri kerana sendi,
Bagai CMI di Negeri Melaka;
Tegak bangsa kerana budi,
2024 Tahun Gemilang Melawat Melaka.
196 PERBADANAN KETUA MENTERI MELAKA
Si batu nilam idaman jauhari,
Bertatah cincin tuan putera;
JKMM gemilang mentadbir negeri,
Rakyat terjamin mampan negara.
197 PERBADANAN MELAKA (MCORP)
Pemimpin berbakti melimpah rezeki,
Rakyat makmur wahana perpaduan;
Peneraju pembangunan seluruh negeri,
Kumpulan MCORP menggarap kemajuan.
198 PERBADANAN MUZIUM MELAKA
Lengkara sejarah kiasan bicara,
Merangkum kisah telah tepateri;
Medan pulihara khazanah negara,
Muzium Melaka warisan negeri.
199 PERBADANAN PEMBANGUNAN SUNGAI DAN PANTAI MELAKA
Pelamin berseri indah belaka,
Duduk bersimpuh kedua mempelai;
Selamat datang ke Sungai Melaka,
Membawa tuan/puan menyusuri sungai.
200 PERBADANAN TEKNOLOGI HIJAU MELAKA
Bijak Tuah penuh integriti,
Berani Jebat menjadi inspirasi;
Warisan Melaka sentiasa di hati,
Teknologi hijau bergerak di sisi.
201 PUSAT KOREKSIONAL JASIN
Sayu puitis kaki menapak,
Dihujung waktu jalani hukuman;
Tugu Portugis kukuh bertapak,
Silap dahulu diulang jangan.
202 PUSAT KOREKSIONAL JASIN
Tertangkap pesalah harus di gari,
Hakim pendeta bijak hukumkan;
Ayuh jelata bertandang kemari,
Melawat melaka kami raikan.
203 PUSAT KOREKSIONAL JASIN
Menjunjung setia harus disematkan,
Sumpah di baca janji di warta;
Telah di sedia beribu tarikan,
Variasi beca kayuh di kota.
204 PUSAT KOREKSIONAL JASIN
Arahan pemimpin usah di tolak,
Di atur pandai di catur perjuangan;
Dari jasin ke pengkalan balak,
Aneka pantai indah pemandangan.
205 PUSAT KOREKSIONAL JASIN
Siaga sentiasa bagai bahaman,
Sanggup berdarah elak petaka;
Tugu famosa tinggalan berzaman,
Tersimpan sejarah di bumi melaka.
206 PUSAT KOREKSIONAL JASIN
Dititip aqidah banduan harapan,
Biar berjasa bebas nanti;
Penuh juadah jadi santapan,
Berbilang bangsa berkongsi identiti.
207 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI MELAKA
Sawah padi tapak jerami,
Padi dituai berhari-hari;
Prinsip Koperasi mesti difahami,
Akta Koperasi mesti dipatuhi.
208 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI MELAKA
Membawa Timba Ke Rumah Pak Ya,
Berhenti Berehat Dipohon Ara;
Semoga Koperasi Terus Berjaya,
Menjadi Pemangkin Ekonomi Negara.
209 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI MELAKA
Buah Betik Buah Malaysia,
Dimakan Bersama Anak Pak Samat;
Koperasi Belia Janganlah Di Sia-Sia,
Biar Terdidik Mencapai Matlamat.
210 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI MELAKA
Anak Dara Turun Ke Bendang,
Berhenti Berehat Melepas Lelah;
Koperasi Pertanian Sektor Dipandang,
Janganlah Pula Merasa Lemah.
211 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI MELAKA
Parameswara Sangat Terkenal,
Pemimpin Berakal Jiwanya Tenang;
Sektor Kredit- Amat Terkenal,
Membantu Anggota Susah Dan Senang.
212 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI MELAKA
Melaka Negeri Berjiwa Besar,
Tempat Lahir Pahlawan Hang Jebat;
Sektor Koperasi Pengguna Perlu Disasar,
Agar Menjadi Sektor Yang Hebat.
213 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI MELAKA
Kita Menanam Buah Kurma,
Jagalah Bibitnya Agar Tetap Segar;
Kalau Kita Ingin Makmur Bersama,
Bangunlah Koperasi Dengan Benar.
214 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI MELAKA
Buah Nangka Buah Mengkudu,
Mengkudu Basah Harus Dijemur;
Mari Kawan Kita Bersatu Padu,
Menjadi Anggota Koperasi Yang Jujur.
215 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI MELAKA
Empayar Gemilang Bermula Di Melaka,
Dibarisi Pemimpin Tegas Dan Berani;
Dimasa Kini Pemimpin Berbeza,
Pemimpin Kini Membangun Koperasi.
216 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI MELAKA
Jikalau Tuan Mengangkat Peti ,
Tolong Masukkan Segala Barang;
Jikalau Semua Anggota Koperasi Bersatu Hati,
Kerja Yang Susah Menjadi Senang.
217 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI MELAKA
Pisang Emas Dibawa Belayar,
Masak Sebiji Di Atas Peti;
Hutang Emas Boleh Dibayar,
Hutang Koperasi Akan Didakwa Itu Pasti.
218 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI MELAKA
Gadis Secantik Bak Bidadari,
Lalu Dipinang Orang Melaka;
Koperasi Wujud Di Setiap Negeri,
Bagi Menyumbang Pembangunan Negara.
219 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI MELAKA
Buah Nangka Buah Mengkudu,
Mengkudu Basah Harus Dijemur;
Mari Kawan Kita Bersatu Padu,
Menjadi Anggota Koperasi Yang Jujur.
220 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI MELAKA
Tumbuh Subur Pohon Delima,
Duduk Berteduh Sambil Beragan;
Prinsip Koperasi Inspirasi Bersama,
Jadi Pedoman Membina Kecemerlangan.
221 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI MELAKA
Selamat Pagi Wahai Generasi,
Ayuh Kita Bersenam Bersama Sama;
Untuk Siapa Mendirikan Koperasi ,
Kesejahteraan Anggota Dipelihara Bersama.
222 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI MELAKA
Anak Kucing Anak Ayam,
Jika Berkoperasi Jangan Banyak Ragam;
Ikut Peraturan Selamat Alam,
Selamat Berkoperasi Sesama Islam.
223 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI MELAKA
Cerita Sejarah Melaka Berjilid-Jilid,
Pahlawan Melaka Berjuang Berlima;
Hidup Harmoni Memakmurkan Masjid,
Koperasi Masjid Kesejahteraan Bersama.
224 UNIT KERAJAAN TEMPATAN, JKMM
Pohon meranti dahannya tinggi,
Hinggap di dahan, sekawan kedidi;
Ekonomi dirancang penuh strategi,
Negeri dibangun dengan integriti.
225 UNIT KERAJAAN TEMPATAN, JKMM
Bunga raya, bunga semalu,
Berkembang mekar di atas para;
Negeri Melaka bersatu padu,
Berbilang bangsa, aman sejahtera.
226 UNIT KERAJAAN TEMPATAN, JKMM
Indahnya malam di Masjid Selat,
Pelancong datang bersiar-siar;
Khidmat diberi kepada rakyat,
Negeri dipacu dengan lancar.
227 UNIT KERAJAAN TEMPATAN, JKMM
Petang hari singgah di pekan,
Pulang membawa sebungkus lokan;
Digitalisasi dalam perkhidmatan,
Melaka lestari, maju ke hadapan.
228 UNIT KERAJAAN TEMPATAN, JKMM
Mekar mengharum kuntum melati,
Tumbuh di laman merimbun putih;
Negeri maju, teknologi lestari,
Melakaku hijau, segar dan bersih.
229 UNIT KERAJAAN TEMPATAN, JKMM
Dari Lukut ke Tanjung Bidara,
Duduk berehat melepas penat;
Sejarah Melaka terus terpelihara,
Budaya unik, kebanggaan rakyat.
230 UNIT KERAJAAN TEMPATAN, JKMM
Dondang sayang warisan negeri,
Dinyanyi oleh baba dan nyonya;
Khidmat diberi penuh dedikasi,
Rakyat selesa hidup sejahtera.
231 UNIT KERAJAAN TEMPATAN, JKMM
Pokok Melaka tepian perigi,
Di atas dahan hinggap merpati;
Pemimpin komited menjaga negeri,
Rakyat selesa keutamaan kami.
232 UNIVERSITI MELAKA
Pahlawan Melaka lima bersaudara,
Sanggup berdarah tanda setia;
Pancang UNIMEL bagai perwira,
Mengemudi pertiwi seantero dunia.
233 UNIVERSITI MELAKA
Negeri Melaka Penuh Tradisi,
Tuah digelar bijak bestari;
Andai cita mahu direalisasi,
UNIMEL pilihan bina jatidiri.
234 UNIVERSITI MELAKA
Bijak laksana Tuah,
Berani laksana Jebat;
UNIMEL sungguh bertuah,
Keturunan legasi Hebat.
235 YAYASAN MELAKA
Bunga kesidang cantik berseri,
Pokok Melaka warisan negeri;
Indah negeri pemimpin bestari,
Yayasan Melaka teguh berbakti.
236 YAYASAN MELAKA
Kalau disebut Serani Peranakan,
Negeri Melaka ada orangnya;
Kalau disebut sumbangan pendidikan,
Yayasan Melaka ada rencananya.
237 JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN NEGERI MELAKA
Tanah pusaka di Kampung Tengkera,
Kini tersergam Klinik Desa;
Hasil diserah untuk negara,
Demi jiwa bangunkan bangsa.
238 JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN NEGERI MELAKA
Tumbuh melata pohon meranti,
Penyeri asli alam buana;
Uruskan harta sebelum mati,
Selesai di dunia akhirat sempurna.
239 BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BPSM), JKMM
Bangun pagi minum kopi jantan,
Badan sihat bertambah usia;
Kalau nak tahu pasal perkhidmatan,
Marilah rujuk sumber manusia.
240 BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BPSM), JKMM
Andai bumi kian membujur,
Berjuang bagai tiada penamat;
BPSM berkhidmat ikhlas dan jujur,
Tonggak 11 jadi azimat.
241 BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BPSM), JKMM
Usah mensia usia menyinggah,
Setiap masa menggenggam tinta;
Sumber manusia berdiri gagah,
Demi perkasa JKMM tercinta.
242 BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BPSM), JKMM
Didendang gagah namanya Tuah,
Dicoret indah sejarah Jebat;
JKMM pasak bumi bertuah,
Jabatan Melaka semua hebat.
243 BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BPSM), JKMM
Salam diberi tanda muhibah,
Negeri MADANI jauhi telingkah;
Ketua Menteri BIJAK bak Tuah,
Nian BERANI menyusun langkah.
244 BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BPSM), JKMM
Ke Sungai Melaka mendayung sampan,
Singgah sebentar di Inderagiri;
Kalungan kasih YB Datuk Wira, Datuk-Datuk, Datin, Tuan dan Puan,
Atas komitmen yang telah diberi.
245 BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BPSM), JKMM
Didendang gagah namanya Tuah,
Dicoret indah sejarah Jebat;
KPI tonggak bumi bertuah,
Perkasakan Melaka semakin hebat.
246 BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BPSM), JKMM
Dari tepian mudik ke muara,
Singgah bertapa di bumi gemilang;
Memerah keringat enggan berkira,
Menjamin JKMM terus cemerlang.
247 BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BPSM), JKMM
Indah sungguh negeri Melaka,
Menjadi tumpuan pelancong dunia;
2024 tahun melawat Melaka,
Marilah kita realisasikan bersama.
248 BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BPSM), JKMM
Aman sentosa negeri Melaka,
YAB CM peneraju utama;
Budinya indah baik belaka,
Menjadi pendoman rakyat jelata.
249 BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BPSM), JKMM
Istana Melaka bangunannya kukuh,
Raja yang hebat membawa bahtera;
Muafakat dan toleransi perpaduan diperkukuh,
Moga selalu Melaka sejahtera.
250 BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BPSM), JKMM
Bangun pagi minum kopi jantan,
Badan sihat bertambah usia;
Kalau nak tahu pasal perkhidmatan,
Marilah rujuk sumber manusia.
251 UNIT DEWAN DAN MMKN, JKMM
Keluhuran perlembagaan dijunjung tinggi,
Tempat gubalan dasar negeri;
Kelestarian anak watan didahului,
Pemimpin berintegriti tunjang demokrasi.
252 UNIT DEWAN DAN MMKN, JKMM
Luhurnya perlembagaan negeri,
Lahirnya dasar seia-sekata;
Wakil rakyat menjunjung demokrasi,
Demi kesejahteraan rakyat jelata.
253 UNIT DEWAN DAN MMKN, JKMM
Indah nian di pagi hari,
Lautan tenang Selat Melaka;
Lautan tenang Selat Melaka,
Kekal sejahtera rakyat Melaka.
254 UNIT DEWAN DAN MMKN, JKMM
Ira Kemuning tidaklah kasar ,
Diukir indah di Taming Sari;
JKMM pemacu dasar,
Tersergam megah di Seri Negeri.
255 UNIT DEWAN DAN MMKN, JKMM
Seri Negeri panggilan diberi,
Binaannya indah, seninya hebat;
Kata keramat pegangan diri,
Bijak laksana Tuah, Berani laksana Jebat .
256 UNIT DEWAN DAN MMKN, JKMM
Bijak laksana Tuah,
Berani laksana Jebat;
JKMM melakar sejarah,
Pemacu dasar cekap dan hebat.
257 TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA (TAPEM), JKMM
Bijak Tuah bukan kepalang,
Berani Jebat pembela terbilang;
Khidmat JKMM gigih cemerlang,
Negeri Melaka hebat terbilang.
258 TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA (TAPEM), JKMM
Bijak kita laksana Tuah,
Berani kita laksana jebat;
Negeri melaka Makmur bertuah,
JKMM pemangkin Melaka Hebat.
259 TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA (TAPEM), JKMM
Sorong papan tarik papan,
Buah melaka dlm perahu;
Kita berkumpul melunas kewajipan,
Menjunjung amanah tersandar dibahu.
260 TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA (TAPEM), JKMM
Tenang-tenang air dilaut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Andai patah dahan berpaut,
Jadikan TAPEM tempat berlindung.
261 PEJABAT PEMANTAUAN DAN PELAKSANAAN NEGERI MELAKA (MIMO), JKMM
Seri Negeri tegak berdiri,
Duduknya dekat Seri Bendahara;
Kami berkhidmat untuk negeri,
Demi agama, bangsa dan negara.
262 BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (BTMK), JKMM
Membelah lautan memukat tenggiri,
Lautan gelap tanpa cahaya;
JKMM pengubal dasar negeri,
Menuju Melakaku Maju Jaya.
263 BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (BTMK), JKMM
Minum petang dihidang pengat,
Rasanya enak sedap belaka;
Bekerja keras memerah keringat,
Demi kesejahteraan rakyat Melaka.
264 BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (BTMK), JKMM
Cincin emas hadiah diberi,
Sebagai pengikat pujaan hati;
Ketua Menteri peneraju negeri,
Idea dicetus dijadikan realiti.
265 BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (BTMK), JKMM
Burung murai di sebalik dahan,
Bertengek bersiul di atas tali;
Terima kasih kami ucapkan,
Di lain masa bertemu kembali.
266 BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (BTMK), JKMM
Pokok Melaka kecilnya buah,
Dibuat jus untuk pasaran;
Pembetangan KPI selesai sudah,
Pastikan perancangan capai sasaran.
267 BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (BTMK), JKMM
Kota Famosa teguh berdiri,
Bila malam disinar cahaya;
JKMM pengubal dasar negeri,
Membawa Melakaku Maju Jaya.
268 BAHAGIAN KORIDOR INFRASTRUKTUR DAN IMPAK SOSIAL (BKI), JKMM
Ke Hutan Percha memburu rusa,
Tersalah panah burung Tempua;
Tidak mengira usia dan bangsa,
Khidmat Kami untuk semua.
269 BAHAGIAN KORIDOR INFRASTRUKTUR DAN IMPAK SOSIAL (BKI), JKMM
Harum mewangi Bunga Kasturi,
Pohonnya rendang, daunnya lebat;
JKMM Tonggak Kerajaan Negeri,
Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat.
270 BAHAGIAN KORIDOR INFRASTRUKTUR DAN IMPAK SOSIAL (BKI), JKMM
Dari Rembia ke Serkam Pantai,
Singgah Di Gangsa parkir treler;
Destinasi cuti, makan-makan dan santai,
Jomlah kita, Mana lagi...Melaka Lerr.
271 BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT (BKK), JKMM
Sungguh cantik si bunga kembong,
Subur di taman indah sekali;
Mudah sahaja hubungi kami,
Talian ONCC tersedia sepanjang hari.
272 BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT (BKK), JKMM
Resmi padi semakin tunduk semakin berisi,
Resmi lalang makin tinggi makin menjulang;
Komunikasi Korporat beramanah penuh dedikasi,
Aduan selesai bukti pencapaian cemerlang.
273 BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT (BKK), JKMM
Jalan-Jalan ke Negeri Melaka,
Singgah Sebentar di Taman Rempah;
Janganlah Tuan/ Puan Gundah Gulana,
Sebarang Aduan Silalah ke SISPAA.
274 BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT (BKK), JKMM
Gandingan mantap Pengurusan dan Sokongan,
Memberi perkhidmatan Kelas Pertama;
Itula dia Dasar Kualiti,
Ke Arah Negeri Lestari 2035 .
275 BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (BKP), JKMM
Harum sungguh bunga kesidang,
Dipetik Dayang hiasan selendang;
Bersatu teguh jata dijulang,
JKMM cemerlang Melaka terbilang.
276 BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (BKP), JKMM
Bumi Melaka penuh sejarah dan adat,,
Pahlawan terkenal hebat belaka;
“Bijak Laksana Tuah berani Laksana Jebat”,
Slogan diilhamkan oleh Ketua Menteri Melaka.
277 BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (BKP), JKMM
Pohon Melaka di tepi kali,
Jalan lurus kudus sasaran;
Pejabat JKMM beralamat di Seri Negeri,
Selalu bertanggungjawab dalam tugasan.
278 BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (BKP), JKMM
Bunga kesidang bunga rasmi negeri,
Harum mewangi penuh harapan;
Unit Pusat Sumber nama diberi,
Khidmat perpustakaan, media dan penerbitan.
279 UNIT INTEGRITI, JKMM
Kenduri sekampung sama raikan,
Gulai kawah hidangan utama;
Apapun kerja kita lakukan,
Amanah dipegang integriti dijaga.
280 UNIT INTEGRITI, JKMM
Mempelai sejoli atas persada,
Uda dan dara berhias indah;
Nilai integriti sematkan di dada ,
Walau di mana kaki melangkah.
281 UNIT INTEGRITI, JKMM
Berkain songket cantik berdandan ,
Wajah berseri si gadis desa ;
Andai kejujuran jadi pakaian,
Ke mana pergi dipandang mata.
282 UNIT INTEGRITI, JKMM
Tetamu datang makan berhidang,
Sirap selasih si gulai kelah ;
Dompet dipulang hak milik orang ,
Terima kasih jujurmu terserlah.
283 UNIT INTEGRITI, JKMM
Sedap sungguh kerabu mangga ,
Makan bersama nasi beriani ;
Warga JKMM berasa bangga ,
Miliki kakitangan berjiwa murni.
284 JABATAN ALAM SEKITAR
Sungai Melaka diberi nama,
Mengalir tenang hingga ke muara;
Alam sekitar tanggungjawab bersama,
Tanda cinta pada negara.
285 JABATAN PERKHIDMATAN VATERINAR
Pedagang Siak mencari Gaharu,
Gaharu Idaman di Pulau Nangka;
Veterinar dan penternak berganding bahu,
Demi keterjaminan makanan rakyat Melaka.
286 LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA NEGERI MELAKA (LKIM)
Tubuhnya LKIM melaksanakan peranan,
Visinya utuh penuh bermakna;
Menjadi peneraju pembangunan nelayan,
Memacu industri perikanan negara.
287 JABATAN PENDIDIKAN MELAKA
Kitab lembaran naskah terbuka,
Dipamer cantik di atas peti;
Warga Jabatan Pendidikan Melaka,
Sehati mendidik penuh integriti.
288 JABATAN PENDIDIKAN MELAKA
Inang inang kuih warisan,
Elok dibeli di Lereh kelak;
Alang alang mendidik insan,
Biar menjadi bijak berakhlak.
289 POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
Negeri Melaka tanah berdaulat,
Tersohor sentiasa seantero dunia;
Polis Melaka bersedia berkhidmat,
Berkorban nyawa demi negara.
290 JABATAN PENYIARAN MELAKA
Kutip cekur di waktu petang,
Pokoknya subur tepian paya;
Melaka FM masyhur terbilang,
Radio pilihan orang Melaka.
291 PEJABAT MATEOROLOGI MELAKA
Hening pagi di kaki banjaran,
Berkabus sarat dingin berterusan;
Teras meteorologi cerap-unjur-amaran,
Bertunjang hasrat penyampaian berkesan.
292 PEJABAT MATEOROLOGI MELAKA
Ku jangka cerah sepanjang hari,
Rupanya hujan di awal pagi;
Cabaran digalas setiap hari,
Itulah kami Jabatan Meteorologi.
293 PEJABAT MATEOROLOGI MELAKA
Awan mendung kuat tidak terkata,
Cuaca yang indah tidak selalunya ada;
MyCuaca panduan untuk rakyat jelata,
Dimana-mana Meteorologi sentiasa ada.
294 JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Pengkalan Balak tepian segara,
Cantik pantai tidak berbatu;
Bomba tonggak penyelamatan negara,
Siap sedia setiap waktu.
295 JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Tumbuh Rendah Tepian Telaga,
Pohon Cemara Subur Di Tepi;
Wira Merah Siap Siaga,
Selamatkan Mangsa Padamkan Api.
296 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Dondang Sayang Kampong Limbongan,
Padang Pahlawan kota terbilang;
Menelusuri warisan menggembali kegemilangan,
Pemimpin harapan wawasan terbilang.
297 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Sirih Berlipat Junjungan Kurnia,
Tepak Berseri Menyusul Ke Kuala;
TMM 2024 Menggamit Dunia,
Maaanaaa Lagi…Melake Ler.