SENARAI 1 SEKOLAH 1 PANTUN


Bil Daerah Sekolah Jenis Tema Pantun Tindakan
1 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NYALAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Praja Melaka binaan perkasa,
Teratak dibina dipuja-puja;
Megah berdiri kota A Famosa,
Buruh derita didesak bekerja.
2 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NYALAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Kota Melaka suasananya hening,
Pendekar sungguh mulia akidah;
Dol Said gagah menaungi Naning,
Tewas tatkala Rembau berpaling tadah.
3 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NYALAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Tunku Abdul Rahman tepati waadah,
Watan berasa di syurgaloka;
Padang Pahlawan lokasi nan indah,
Tempat isytihar tarikh merdeka.
4 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NYALAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Petah pendeta ketika berhujah,
Bukti dikaji di senjakala;
Artifak dirampas tatkala dijajah,
Kini misi pengambilan semula.
5 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HANG KASTURI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Ditiup silir haluan menyerong,
Tiada terdaya melawan arah;
Bandar Hilir tumpuan pelancong,
Terhimpun budaya terpahat sejarah.
6 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HANG KASTURI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Di anjung rumah bersyair leka,
Alunan lagunya Selendang Merah;
Tun Fatimah Srikandi Melaka,
Tangkas langkahnya pantang menyerah.
7 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HANG KASTURI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Banjaran ditawan sempurna halangan,
Dihati tersemat kurnia Paduka;
Dataran Pahlawan bergema laungan,
Laungan keramat negara merdeka.
8 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HANG KASTURI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Petah pendeta ketika berhujah,
Bukti dikaji di senjakala;
Artifak dirampas tatkala dijajah,
Kini misi pengambilan semula.
9 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK MAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Taman beringin pelindung mentari,
Tumpang sahaya sebelum berlalu;
Nyaman angin Pantai Puteri,
Penenang jiwa laut membiru.
10 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK MAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Itik nila hilang kelmarin,
Berpecah sepetang entah ke mana;
Taktik gerila Dol Said pemimpin,
Penjajah ditentang bangsa dibina.
11 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK MAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Kemboja cempaka putih tersangat,
Anggun puteri semat di baju;
Usaha berganda jerih keringat,
Membangun negeri tersohor maju.
12 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK MAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Mencari nangka di kebun buah,
Berteman seumur tubuh setara;
Negeri Melaka pusaka bertuah,
Aman makmur rakyat sejahtera.
13 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NANING SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Pucuk pedada dimakan mentah,
Ambil segenggam pelengkap rasa;
Mercu tanda negeri bersejarah,
Kukuh tersergam Kota A Famosa.
14 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NANING SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Pohon dahlia tepian nyiur,
Elok dipangkas elakkan renta;
Peribadi mulia pahlawan masyhur,
Hang Tuah tangkas bermain senjata.
15 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NANING SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Pohon cempaka tepian semalu,
Suasana redup disulami Melati;
Sejarah Melaka dikenang selalu,
Nescaya hidup lebih bererti.
16 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NANING SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Enak juadah buah melaka,
Dibuat manisan si gadis ayu;
Hikayat Hang Tuah genre pusaka,
Karya warisan bangsa Melayu.
17 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAHMAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Petang hari mengupas manggis,
Bijinya disimpan untuk disemai;
Kota A’Famosa peninggalan Portugis,
Menarik minat orang ramai.
18 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAHMAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Pagi hari memetik delima,
Buat santapan jangan terleka;
Bendahara Tun Perak pembesar utama,
Tersohor di seluruh negeri Melaka.
19 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAHMAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Mencari umpan menangkap ikan,
Buat santapan orang berkelana;
Bandar Hilir tempat perhimpunan,
Menyambut Merdeka penuh bermakna.
20 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAHMAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Pergi memancing ikan gelama,
Singgah sebentar melihat padi;
Tetap teguh istana lama,
Walau dijajah tegak berdiri.
21 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ AL-QURAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Bertatah suasa riasan Cik Nyonya,
Menawan sujana nianlah padan;
Kota A’Famosa lestari hikayatnya,
Tumpuan persona mengukir tauladan.
22 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ AL-QURAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Tumbuh andani tepi cendana,
Rahsia Si Orkid tiadanya alah;
Tumbuh berani tantang durjana,
Satria Dol Said melakar silsilah.
23 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ AL-QURAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Anak paduka melalui singgahsana,
Mengalun seloka hingga ke muara;
Anak Melaka menelusuri buana,
Menggenggam merdeka sukma perwira.
24 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ AL-QURAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Panah Sang Adika mengena birah,
Cenderasari, Kedidi hinggap di rotan;
Tanah Melaka berlimpah Sejarah,
Lestari menjadi warisan watan.
25 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BARU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Datang Portugis kononnya berhubung,
Berdiri A’Famosa tanda agung;
Dulunya dibina jadi pelindung,
Kini menjadi tarikan pengunjung.
26 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BARU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Sopan si gadis duduk di para,
Bersiul indah si burung pekaka;
Megah namanya Datuk Bendahara,
Tokoh terbilang negeri Melaka.
27 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BARU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Gemersik indah bunyinya sitar,
Bharata natyam tari disembah;
Kaya sejarah negeri Melaka,
Semarak merdeka penjalin muhibah.
28 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BARU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Elok terbina bangunan Melaka,
Indah belaka jadi bualan;
Khazanah pusaka menjulang pedoman,
Khazanah pusaka menjulang pedoman.
29 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Pemandangan alam indah sentosa,
Menarik perhatian kehidupan di Sungai Melaka;
Beca-beca menyinari kota A’Famosa,
Menjadi tarikan pelancong ke negeri Melaka.
30 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Pak Abu menjala menaiki sampan,
Sampannya berdekatan selat yang terkenal;
Laksamana cerdik lagi tampan,
Menjadikan Melaka negeri terkenal.
31 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Sang kancil kecil bijak bestari,
Berjaya melawan haiwan yang besar;
Anak watan Melaka gagah sanubari,
Negeri Melaka dijulang dan diisytihar.
32 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Anak raja namanya Parameswara,
Tercatat sudah dalam Sulalatus Salatin;
Istana Melaka teguh samudera,
Terbuktilah Melaka negeri pemimpin.
33 ALOR GAJAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI SELANDAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Bunga kiambang jadi hiasan,
Gadis rupawan membawa dulang;
Pantai Klebang jadi tumpuan,
Mencuri perhatian setiap yang datang.
34 ALOR GAJAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI SELANDAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Burung merak indah rupanya,
Jadi boneka hingga terperangkap;
Tun Perak jua ada sejarahnya,
Di Melaka kisahnya tersingkap.
35 ALOR GAJAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI SELANDAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Pohon cemara kayu meranti,
Terus ditempa dibuat para;
Semangat merdeka tersemat di hati,
Agar tak lupa pada negara.
36 ALOR GAJAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI SELANDAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Pohon cemara kayu meranti,
Terus ditempa dibuat para;
Semangat merdeka tersemat di hati,
Agar tak lupa pada negara.
37 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAN SRI AZIZ TAPA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Sungguh cantik burung kenari,
Terbang sebentar mencari makan;
Sungguh cantik Taming Sari,
Terang berlitar lampu di pekan.
38 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAN SRI AZIZ TAPA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Sungai Melaka seindah Johor,
Lakaran bayang ikan sembilang;
Suku Melaka sudah tersohor,
Laksamana Hang Tuah pahlawan terbilang.
39 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAN SRI AZIZ TAPA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Bersyukur menjadi anak Melaka,
Negeri kediaman orang ramai;
Berlalu bersemadi malapetaka,
Negeri aman indah permai.
40 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAN SRI AZIZ TAPA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Bendang menayang padi berbaris,
Pekaka mencari buah kepaya;
Dondang sayang pusaka diwaris,
Melaka negeri penuh budaya.
41 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT KATIL SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Cincin suasa bertatah permata,
Permata Bugis beraneka warna;
Kota A’ Famosa empunya cerita,
Dibina Portugis penjarah durjana.
42 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT KATIL SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Orang Makasar memetik longan,
Longan lebat di hujung dahan;
Tun Perak pembesar tiada bandingan,
Bijak dan hebat negeri dipertahan.
43 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT KATIL SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Segak perjaka memakai serban,
Membawa dulang pisang sesikat;
Anak Melaka rela berkorban,
Merdeka dijulang maruah diangkat.
44 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT KATIL SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Bunga cempaka bunga raya,
Buat hiasan puteri berlima;
Negeri Melaka kaya budaya,
Khazanah warisan dijunjung sama.
45 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH SAINS ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Panas terik mencari manik,
Manik merah terlampau menyerlah;
Bangunan unik dan sangat ikonik,
Kota A Famosa tinggalan penjajah.
46 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH SAINS ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Kuat berusaha pasti berjaya,
Berjaya menjadi orang ternama;
Sultan Muzaffar Shah hebat orangnya,
Pemerintah kelima sultan pertama.
47 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH SAINS ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Dari Kudat ke Kuala Krai,
Singgah Kuantan membeli rambutan;
Program dibuat merdeka dirai,
Kukuhkan perpaduan meriahkan sambutan.
48 ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH SAINS ALOR GAJAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Bunga dahlia bunga kemboja,
Ditanam cantik di tepi surau;
Perigi Hang Lipo Perigi Raja,
Tidak kering meskipun kemarau.
49 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPUNG GELAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Keris Melayu tempanya berseni,
Disisip rapi pahlawan bangsa;
Menara Taming Sari indah berseni,
Dikunjung orang tak kira masa.
50 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPUNG GELAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Membawa buah ke Tanjung Jati,
Keladi bambang buah melaka;
Hang Tuah pahlawan sejati,
Menjadi lambang pembela Melaka.
51 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPUNG GELAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Hajat hendak ke Pantai Merdeka,
Pundak seguni buah pulasan;
Enam puluh enam tahun merdeka,
Anak madani penyambung warisan.
52 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPUNG GELAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Bunga seroja di atas para,
Harum semerbak kayu cendana;
Berbilang bangsa rakyat sejahtera,
Melaka masyhur menggamit dunia.
53 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN MANSOR SHAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Ke Jonker walk menaiki beca,
Singgah sebentar di perkampungan Chetti;
Pesona mata melawat Melaka,
Umpama teruna terlihat puteri.
54 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN MANSOR SHAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Laksamana bersaudara datang menyembah,
Hang Tuah, Hang Jebat pahlawan Melaka;
Sembah pendekar menjunjung amanah,
Amanah terjunjung Melaka Merdeka.
55 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN MANSOR SHAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Pendekar hebat lambang pusaka,
Lagenda Melaka bernama Hang Tuah;
Semarak merdeka anak Melaka,
Daulat berjunjung negeri bertuah.
56 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN MANSOR SHAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Negeri Melaka rebutan penjajah,
Tanah kecil tersimpan rahsia;
Setekad berjuang Melaka berwajah,
Khazanah dunia tersimpan berusia.
57 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH ARAB JAIM AL-ASHRAF SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Cantik belaka Pohon Meransi,
Buah ceri dimakan Dewi;
Sungai Melaka menjadi saksi,
Taming Sari tinggi menghiasi pertiwi.
58 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH ARAB JAIM AL-ASHRAF SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Burung kenari di Gunung Sutera,
Mawar angsoka di rumah pusaka;
Nama diberi Parameswara,
Pahlawan membuka Kota Melaka.
59 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH ARAB JAIM AL-ASHRAF SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Puteri Adinda berkain sari,
Memakai anting berbunga tanjung;
Anak muda megah berseri,
Megah menjulang Jalur Gemilang.
60 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH ARAB JAIM AL-ASHRAF SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Adat berkawan kerap ziarah,
Adat makmum imam ditaat;
Dataran pahlawan mencatat sejarah,
Tempat di umum tarikh keramat.
61 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN TUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Pencak silat aksi panglima,
Langkah dibuka menyambut sultan;
Masjid Selat tarikan utama,
Ke Pulau Melaka pulau buatan.
62 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN TUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Anak gembala berbaju kuning,
Duduk mengait di tepi jeti;
Taktik gerila pertahan Naning,
Penghulu Dol Said pahlawan sejati.
63 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN TUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Ulu Melaka tempat buangan,
Tuah berwalang Jebat menyanggah;
Kembara Merdeka erat perpaduan,
Jalur Gemilang diarak megah.
64 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN TUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Raja pemurah mengutus kurnia,
Budi dijulang mohon dirgahayu;
Melaka bersejarah warisan dunia,
Pusaka gemilang Kesultanan Melayu.
65 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GAJAH BERANG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Segara selebu menghempas pasir,
Pasir putih indah belaka;
Perang besar kayak petir,
Kota A’Famosa detik sejarah Melaka.
66 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GAJAH BERANG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Hujan terhenti kerana Jentayu,
Bianglala muncul selepas hujan;
Parameswara pengasas Kesultanan Melayu,
Melaka mashyur lambang perpaduan.
67 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GAJAH BERANG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Parameswara megah pabila beka,
Duduk bersandar pohon Melaka;
Memorial Pengisyhtiharaan semarak Merdeka,
Lambang kemegahan anak Melaka.
68 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GAJAH BERANG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Pawana ribut berserta kilat,
Rajawali enak memburu manjangan;
Ayuhlah kita menjunjung adat,
Keris Taming Sari khazanah warisan.
69 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ADI PUTRA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Chetty Peranakan duduk bersantai,
Bersenda gurau ramah mesra;
Hati tertawan hamparan pantai,
Indah memukau Tanjung Bidara.
70 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ADI PUTRA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Keris Majapahit keluknya lima,
Dilangir pahlawan di subuh hening;
Penghulu Dol Said wira ternama,
Inggeris dilawan pertahan Naning.
71 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ADI PUTRA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Gulai nangka hidangan Paduka,
Resepi nenda warisan sejati;
Semarak merdeka anak Melaka,
Menjunjung nusa teguh berbakti.
72 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ADI PUTRA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Walau berdarah cabaran menggugat,
Rakyat teguh tidak kan leka ;
Bandar bersejarah warisan sejagat ,
Diwarta UNESCO khazanah pusaka.
73 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI MAHKOTA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Sejuk terasa angin malam,
Dara menjahit teguh bertahan;
Kota A’Famosa sejarah silam,
Tugu pahit zaman penjajahan.
74 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI MAHKOTA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Kembang si Merak di kala zohor,
Singgah disumur gamit suasana;
Tun Perak bendahara tersohor,
Melaka makmur serata buana.
75 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI MAHKOTA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Burung Pekaka dijerat cermat,
Ditangkap segera sangkar dibuka;
Semarak merdeka laungan keramat,
Cipta negara waja merdeka.
76 MELAKA TENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI MAHKOTA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Ditiup bayu hatiku girang,
Duduk meleka menatap awan;
Kesultanan Melayu bukan sebarang,
Khazanah pusaka kajian sejarawan.
77 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Duduk selesa membaca sirah,
Banyak bersabar mengukuh iman;
Kota A’Famosa mencatat sejarah,
Jadi iktibar zaman berzaman.
78 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Memikat merak dapat kenyalang,
Tumbuh merata pohon rumbia;
Paduka Tun Perak pahlawan terbilang,
Sohor serata memahat dunia.
79 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Hidup subur pohon mengkuang,
Tumbuh merata Si Pohon Pekan ;
Takkan berkubur semangat berjuang,
Kerana cinta kami pertahankan.
80 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Leka bertanya memetik manggis,
Menjerat pekaka dilibas buaya;
Baba, Nyonya, Chetty, Portugis,
Khazanah pusaka pelengkap budaya.
81 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO HAJI TALIB KARIM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Berputar kincir cantik direka,
Dibina sahaya dikerah raga;
Bandar Hilir tarikan Melaka,
Adat budaya kekal terjaga.
82 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO HAJI TALIB KARIM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Dibawa dengannya penuh ria,
Memasang lukah si anak Bentan;
Masyhur namanya kerana setia,
Taat Hang Tuah kepada Sultan.
83 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO HAJI TALIB KARIM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Menebus dosa jangan dinanti,
Jiwa serabut hati berduka;
Semarak rasa berdebar hati,
Merdeka disambut anak Melaka.
84 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO HAJI TALIB KARIM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Andai merayu jangan dipuja,
Kelak celaka jiwa raganya;;
Tanah Melayu Tanah beraja,
Negeri Melaka asal mulanya.
85 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMBAI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Tinggi sungguh pohon kurma,
Hinggap pula si burung pucong;
Bandar Hilir diberi nama,
Tempat tumpuan para pelancong.
86 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMBAI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Sungguh cantik bunga cempaka,
Harum mewangi impian rerama;
Pahlawan gemilang negeri Melaka,
Itulah Hang Tuah diberi nama.
87 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMBAI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Adik terjatuh kakinya luka,
Sentiasa diingat akan bahaya;
Semarak merdeka anak Melaka,
Di persada dunia menjunjung budaya.
88 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMBAI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Pukat terjerat si ikan tuka,
Sedap dimasak lauk kari;
Negeri Melaka khazanah pusaka,
Kekal tersemat di sanubari.
89 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST.FRANCIS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Dayung perahu ke ranah suaka,
Keringat mencurah tidak tertahan;
Siapa mahu datang ke Melaka,
Bangunan Merah tempat pilihan.
90 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST.FRANCIS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Pokok buah dibubuh baja,
Buahnya lebat tak muat tangan;
Taat Hang Tuah kepada raja,
Setia Hang Jebat bukan bandingan.
91 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST.FRANCIS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Orang menuba di tengah paya,
Rehat seketika menyeka peluhnya;
Ogos tiba Melaka bercahaya,
Semarak merdeka tiap warganya.
92 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST.FRANCIS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Puteri Cempaka manis bermadah,
Arif fatanah payah berjumpa;
Negeri Melaka terkenal sudah,
Punya khazanah aneka rupa.
93 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK RAHMAN YAKOB SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Tajam lidah petah seloka,
Tajam keris menyilau berseri;
Tempat menarik negeri Melaka,
Antaranya Menara Taming Sari.
94 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK RAHMAN YAKOB SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Nama digeruni sejagat raya,
Menjadi pertahanan Melaka bertuah;
Peperangan termeterai dengan wijaya,
Itulah pahlawan lagenda Hang Tuah.
95 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK RAHMAN YAKOB SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Tanah bersejarah bertapak darah,
Bumi Melaka menjadi tertawan;
Anak jati berjuang gagah,
Negara Sejahtera penuh kenangan.
96 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK RAHMAN YAKOB SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Melaka negeri penuh budaya,
Khazanah pusaka tidak terkira;
Warisan dunia raih dijaya,
Sejarah bermula kebanggaan negara.
97 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ALAUDDIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Gadis sunti anak mak Besah,
Cantik molek, indah bergaya;
Istana Melaka Rumah Merah,
Terletak di Bandar Hilir Melaka.
98 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ALAUDDIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Sultan Alauddin mati diracun,
Diracun oleh Tun Senaja;
Begitulah nasib Sultan Alauddin,
Konspirasi tamak akan takhta.
99 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ALAUDDIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Gunung Datuk ke Tanjung Tuan,
Kaki Hang Tuah memijak tanah;
Menjaga adat satu amalan,
Terpelihara akal dari dijajah.
100 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ALAUDDIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Laut Melayu Selat Melaka,
Lingua Franca Bahasa Nusantara;
Kota A Famosa khazanah pusaka,
Menjadi wardah anak bangsa.
101 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GHAFAR BABA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Buah manggis enak dirasa,
Dahan pohonnya lebah bersarang;
Undur Portugis ditinggal A Famosa,
Tarikan Melaka di mata orang.
102 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GHAFAR BABA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Berdirinya tegak tiada kibriah,
Megah takhta sultan di medan;
Pahlawan segak bernama Hang Tuah,
Setia mahkota jadi tauladan.
103 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GHAFAR BABA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Jatuh keringat sakitnya luka,
Pelbagai duka usah disebut;
Marak semangat anak Melaka,
Detik merdeka bersama disambut.
104 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GHAFAR BABA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Laksamana gundah khabar sang puteri,
Menyusun diksi menyampai cemburu;
Khazanah indah imej negeri,
Pusaka tradisi segenap penjuru.
105 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN INFANT JESUS CONVENT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Tebang buluh lalang berpaut,
Rambah batang dibuat titi;
Termenung jauh pemandangan laut,
Pantai Klebang menjadi identiti.
106 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN INFANT JESUS CONVENT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Dari Temasek jauh berlayar,
Terbentang afara sambil seloka;
Namanya semarak seluruh empayar,
Parameswara pemerintah Melaka.
107 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN INFANT JESUS CONVENT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Laungan Merdeka posterior derita,
Rela bertarung bertumpah darah;
Di sini bermula mukadimah cerita,
Bandar Hilir padang mencipta sejarah.
108 JASIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN INFANT JESUS CONVENT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Lima sateria hebat orangnya,
Menentang musuh mencecah Melaka;
Sumur dibina banyak kegunaannya,
Perigi Hang Tuah khazanah pusaka.
109 ALOR GAJAH SJKC PAY CHEE SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Penat membaca pandangan jauh,
Nampak cantik tulisan khat;
Menara Taming Sari tersegam kukuh,
Panorama indah dapat dilihat.
110 ALOR GAJAH SJKC PAY CHEE SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Pantang dicabar hati diterjah,
Ramai pejuang telah mati;
Pahlawan Melayu menentang penjajah,
Hebatnya Raja Haji tersemat di hati.
111 ALOR GAJAH SJKC PAY CHEE SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Lukisan indah mari warnakan,
Sambil menyanyi menyapu gam;
Pertandingan patriotik pasti diadakan ,
Paling polupar pakaian beragam.
112 ALOR GAJAH SJKC PAY CHEE SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Unik ukiran tradisional ternama,
Binaan rumah serta halaman;
Tersimpan khazanah pusara lama,
Pulau Melaka perbendaharaan zaman.
113 ALOR GAJAH SJKC LENDU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Buah nagka buah delima,
Bawa balik untuk nenda;
Zoo Melaka tarikan utama,
Buat si cilik merehatkan minda.
114 ALOR GAJAH SJKC LENDU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Burung merak burung pekaka,
Mari cari di dalam hutan;
Bendahara Tun Perak tokoh Melaka,
Jati diri diteladan anak watan.
115 ALOR GAJAH SJKC LENDU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Burung pekaka paruhnya merah,
Jejak pekaka di hutan terbuka;
Memorial Melaka detik sejarah,
Semarak Merdeka rakyat Melaka .
116 ALOR GAJAH SJKC LENDU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Anak kapten jauh ke mari,
kalau suka singgah seketika;
Kampung Morten kekal lestari,
Khazanah pusaka negeri Melaka.
117 ALOR GAJAH SJKC SANN YUH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Mari melancong ke Negeri Melaka,
Ada pulau yang indah tempatnya;
Berada di sana terasa leka,
Pualu Besar Melaka itulah tempatnya.
118 ALOR GAJAH SJKC SANN YUH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Putera sulungnya bernama Ahmad Syah,
Permaisurinya pula bernama Tun Teja;
Inilah dia Sultan Mahmud Syah,
Tokoh terakhir Kesultanan Melaka.
119 ALOR GAJAH SJKC SANN YUH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Ada yang menang kampung tercantik,
Banyak bendera hiasan direka;
Bulan Kemerdekaan terasa asyik,
Cara anak Melaka sambut Merdeka.
120 ALOR GAJAH SJKC SANN YUH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Gerbang Santiago itulah dia,
Banyak sejarah suka dan dukanya;
Negeri Melaka Warisan Dunia,
UNESCO juga telah mengiktirafnya.
121 ALOR GAJAH SJKC PENG MIN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Indah sunggah alam ciptaan tuhan,
Mata air panas sumber semulajadi;
Kolam Cherana Putih menjadi tumpuan,
Air Panas Gadek pasti memikat hati.
122 ALOR GAJAH SJKC PENG MIN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Jajahan Naning wilayah merdeka,
Mahu direbut penjajah Inggeris;
Memeras cukai denganmemaksa,
Lawanya Dol Said menghunus keris.
123 ALOR GAJAH SJKC PENG MIN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Anak Melaka berjalan gagah,
Menentang musuh mahu menjajah;
Biar bumi dibasahi darah,
Tiada berundur mahupun menyerah.
124 ALOR GAJAH SJKC PENG MIN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Berpantun berpuisi dalam lagu,
Dalam jenaka cinta membara;
Berdondang sayang hiburan dahulu,
Menjadi warisan tidak ketara.
125 ALOR GAJAH SJKC CHABAU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Terangnya matahari si langit biru,
Masih teguhberdiri menarik hati;
Itulah A Famosa peninggalan dahulu,
Yang termasyhur penuh seni.
126 ALOR GAJAH SJKC CHABAU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Anjing ditendang si pelanduk putih,
Ketika berehat di pohon Melaka;
Keranna kagum Parameswara memilih,
Membuka Melaka meluaskan kuasa.
127 ALOR GAJAH SJKC CHABAU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Laungan bergema semangatnya Merah,
Berkobar jiwa semangat Merdeka;
Akan ku jaga tanah tumpahnya darah,
Kerana kau negaraku Malaysia.
128 ALOR GAJAH SJKC CHABAU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Bersinar cantik si Emas Kuning,
Menjadi pujaan dulu dan kini;
Sejarah Melaka teramatlah penting,
Sebagai khazanah yang diingati.
129 ALOR GAJAH SJKC MACHAP BARU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Gorengan samosa amat diminati,
Dipesan belaka rakan setaman;
Kota A Famosa wajib dilawati,
Warisan Melaka sepanjang zaman.
130 ALOR GAJAH SJKC MACHAP BARU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Mencari selera si buah nangka,
Tidaklah kelat manis bagai dikata;
Parameswara tokoh terkemuka,
Lambang daulat Melaka tercinta.
131 ALOR GAJAH SJKC MACHAP BARU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Sedia juadah menunya laksa,
lazat si bingka tidak tersangka;
Jauhi dadah dan bahan sentiasa,
Semarak merdeka anak Melaka.
132 ALOR GAJAH SJKC MACHAP BARU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Kota Melaka telah dibuka,
Ramai jejaka dapat di kesan;
Negeri Melaka khazanah pusaka,
Istana Melaka lambang warisan.
133 ALOR GAJAH SJKT ALOR GAJAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Tersohor sudah Negeri Melaka,
The tarik bergula merah;
Terkenal sudah A Famosa Melaka,
Unesco tertarik Melaka Bersejarah.
134 ALOR GAJAH SJKT ALOR GAJAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Jika langit mula beristighfar,
Petir menawan menggegar Melaka;
Jasamu melangi Tun Ghafar,
Kaulah negarawan terulung Melaka.
135 ALOR GAJAH SJKT ALOR GAJAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Pohon semarak api Melaka,
Bungamu merah mambara hati;
Bangun semarak anak Melaka,
Melaka bersejarah merdeka di hati.
136 ALOR GAJAH SJKT ALOR GAJAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Sungai Melaka pusaka terbilang,
Ratusan tahun menghimpun asmaraloka;
Gagahmu Melaka Malaysia terbilang,
Tanah Merdeka khazanah Melaka.
137 ALOR GAJAH SJKC ALOR GAJAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Rimbun hutan di tanah merdeka,
Anak ungka riuh tak keruan;
Aneka haiwan tempatnya indah,
Zoo Melaka menjadi tumpuan.
138 ALOR GAJAH SJKC ALOR GAJAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Majlis walimah berwarna-warni,
Datang merewang berseri-seri wajah;
Tun Fatimah seri kandi berani,
Hebat berjuang menentang penjajah.
139 ALOR GAJAH SJKC ALOR GAJAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Terbang helang di pinggir telaga,
Rimbun cempaka di pohon betik;
Jalur gemilang dikibar bangga,
Anak Melaka berjiwa patriotik.
140 ALOR GAJAH SJKC ALOR GAJAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Bunga lili diambil dayang,
Haruman melata menyebar astaka;
Manis sekali berdondang sayang,
Balada cinta khazanah pusaka.
141 ALOR GAJAH SJKC KHIAK YEW SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Masak sambal berulam petai,
Buah kerdas rasanya kelat;
Banda Hilir di tepi pantai,
Jemput singgah ke Masjid Selat.
142 ALOR GAJAH SJKC KHIAK YEW SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Anak sapi lincah berlari,
Terpijak bunga di tepi rumah;
Gadisnya cantik bijak bestari,
Srikandi bernama Tun Fatimah.
143 ALOR GAJAH SJKC KHIAK YEW SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Pagi lebaran menjamu rendang,
Dimakan bersama kuih keria;
Emas dikalung Negaraku didendang,
Semarak merdeka di mata dunia.
144 ALOR GAJAH SJKC KHIAK YEW SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Malaysia tercinta telah merdeka,
Bebas mengembara nikmati selesa;
Mendam Berahi warisan Melaka,
Lambang kebanggaan seluruh wangsa.
145 ALOR GAJAH SJKC KIOW MIN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Pengalaman hidup suka dan duka,
Umur yang panjang usah dipersia;
Kota A Famosa mercu tanda Melaka,
Tumpuan pelancong seluruh dunia.
146 ALOR GAJAH SJKC KIOW MIN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Hidup santai hati terleka,
Masa dibazir tidak terasa;
Dato' Dol Said tokoh berjasa,
Menentang penjajah penahan Melaka.
147 ALOR GAJAH SJKC KIOW MIN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Sangat besar jasa pendekar,
Rela berkorban jiwa dan raga;
Jalur Gemilang megah berkibar,
Semangat patriotik semarak merdeka.
148 ALOR GAJAH SJKC KIOW MIN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Malaysia merdeka negara berdaulat,
Beratus tahun pernah dijajah;
Negeri Melaka unik dan hebat,
Dipenuhi dengan peniggalan sejarah.
149 MELAKA TENGAH SJKC MALIM SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Askar bertempur tumpahnya darah,
Berkorban demi negara tercinta;
Kota A Famosa kubu bersejarah,
Menjadi tumpuan rakyat jelata.
150 MELAKA TENGAH SJKC MALIM SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Pagi-pagi mengait nangka,
Masak gulai dalam periuk besar;
Tun Perak bendahara terkemuka,
Jadikan Melaka empayar besar.
151 MELAKA TENGAH SJKC MALIM SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Jalur Gemilang kebanggaan kita,
Berkibar megah lambang merdeka;
Semangat patriotik budaya kita,
Menjadi tradisi anak Melaka.
152 MELAKA TENGAH SJKC MALIM SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Melaka pernah dijajah Belanda,
Dulunya musuh sekarang kawan;
Hikayat Hang Tuah kisah lagenda,
Dikaji oleh para sasterawan.
153 MELAKA TENGAH SJKC PAY HWA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Beli bunga di Pulau Mutiara,
Sungguh indah buat hiasan;
Mandi manda di Tanjung Bidara,
Pantai terkenal segenap lapisan.
154 MELAKA TENGAH SJKC PAY HWA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Cantik kembang si bunga telang,
Tembikar terletak di tepi sisi;
Parameswara pahlawan terbilang,
Pokok Melaka menjadi saksi.
155 MELAKA TENGAH SJKC PAY HWA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Cik Melati menggoreng bihun ,
Resepi istimewa dari Melaka;
31 Ogos menjelma saban tahun,
Kian bergema laungan merdeka.
156 MELAKA TENGAH SJKC PAY HWA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Pelabuhan Melaka tempat singgahan,
Barang dagangan bukan sedikit;
Perigi Hang Tuah perigi warisan,
Jernih airnya penyembuh penyakit.
157 MELAKA TENGAH SJKC PAY TECK SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Buah markisa buah pulasan,
Buat jualan bersama manggis;
Kota A Famosa jadi bualan,
Tempat peninggalan orang Portugis.
158 MELAKA TENGAH SJKC PAY TECK SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Burung dara terbang rendah,
Singgah sebentar di pekan paka;
Parameswara pemula semua sejarah,
Pengasas kepada Kesultanan Melaka.
159 MELAKA TENGAH SJKC PAY TECK SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Kuat perkasa anak penghulu,
Punya baka darah panglima;
Gagah perkasa pahlawan dahulu,
Negeri Melaka megah ternama.
160 MELAKA TENGAH SJKC PAY TECK SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Kembang kulat di atas tanah,
Tumbuh malar di tepi halia;
Negeri berdaulat penuh sejarah,
Melaka Bandar Warisan Dunia.
161 MELAKA TENGAH SJKC YU YING SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Memetik buah pagi ke petang,
Petani gigih galah tersepit;
Perigi Hang Tuah tidakkan kontang,
Airnya jernih penyembuh penyakit.
162 MELAKA TENGAH SJKC YU YING SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Subuh hening keluar bertani,
Hati luhur gigih belaka;
Dato' Naning pahlawan berani,
Pahlawan tersohor Negeri Melaka.
163 MELAKA TENGAH SJKC YU YING SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Anak dara mengerling jejaka,
Belah keranji di tengah halaman;
Semarak Merdeka anak Melaka,
Leluhur terpuji kenang berzaman.
164 MELAKA TENGAH SJKC YU YING SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Dikerling jejaka si gadis desa,
Pulang berburu sasa kurnia;
Negeri Melaka khazanah pusaka,
Terkenal seluruh pelosok dunia.
165 MELAKA TENGAH SJKC LIH JEN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Ke Banda Hilir waktu malam,
Naik pula beca berhias lampu;
Pati tidak sunyi dan tidak kelam,
Jika ke Melaka wajib dituju.
166 MELAKA TENGAH SJKC LIH JEN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Bermain riang di Inderapura,
Jatuh tersungkur kepala benjol;
Pahlawan Melaka lima bersaudara,
Hang Tuah gerangan paling menonjol.
167 MELAKA TENGAH SJKC LIH JEN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Rombongan London hasratnya merdeka,
Berunding sepakat bebas dijarah;
Sebelum ibu kota singgah Melaka,
Padang Banda Hilir tercipta sejarah.
168 MELAKA TENGAH SJKC LIH JEN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Nazam dan pantun indah seninya,
Tidak lupa dondang sayang;
Negeri melaka bemula segalanya,
Khazanah pusaka sama didendang.
169 MELAKA TENGAH SJKT KUBU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Di Jasin lahir taman tema terbuka,
Ramai melawat datang kerumuni;
Banda Hilir dan Sungai Melaka,
Tumpuan pelawat berkunjung ke sini.
170 MELAKA TENGAH SJKT KUBU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Keris permata aduka putera,
Corak berhulu kuning berwajah;
Hang Tuah beserta Parameswara,
Tokoh terdahulu zaman penjajah.
171 MELAKA TENGAH SJKT KUBU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Merangka pendekar di bumi Melaka,
Jebat membantu tanpa kompromi;
Melaka melakar semarak merdeka,
Berdaulat bersatu sumpah pribumi.
172 MELAKA TENGAH SJKT KUBU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Di tanah Melaka pahlawan berlima,
Pesanan tertera sumpah pribumi;
Khazanah pusaka dijaga bersama,
Warisan negara kebanggaan bersemi.
173 MELAKA TENGAH SJKC POH LAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Terlihat tenang jiwa Mak Utih,
Perabotnya antik berkayu jati;
Pantai Klebang pasirnya putih,
Pemandangannya cantik memikat hati.
174 MELAKA TENGAH SJKC POH LAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Awan mendung waktu senja,
Hujan lebat tangguh belayar;
Tun Perak sebagai penasihat raja,
Tokoh hebat peluas empayar.
175 MELAKA TENGAH SJKC POH LAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Lauk berkuah sudah dihangat,
Hidangan istimewa oleh Mak Dara;
Kisah Hang Tuah pembakar semangat,
Anak Melaka jiwanya membara.
176 MELAKA TENGAH SJKC POH LAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Buah nangka manis dihidang,
Datang berziarah salam di laman;
Tanah Melaka warisan moyang,
Menyimpan sejarah zaman berzaman.
177 MELAKA TENGAH SJKC KATHOLIK SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Mari kita ke tepi pantai,
Bawa bersama buah nangka;
Pantai Klebang sebuah pantai,
Terletak di negeri Melaka.
178 MELAKA TENGAH SJKC KATHOLIK SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Si gadis pakai kebaya,
Sopan-santun berbudi bahasa;
Parameswara tokoh Melaka,
Membangunkan negeri berbilang bangsa.
179 MELAKA TENGAH SJKC KATHOLIK SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Pelbagai bangsa satu negara,
Berikrar menghargai segala kurnia;
31 Ogos Hari Merdeka,
Semua rakyat menyambut meriah.
180 MELAKA TENGAH SJKC KATHOLIK SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Pokok rambutan banyak dalam kampung,
Semua penduduk amat suka;
Negeri Melaka banyak pelancong,
Penuh dengan khazanah pusaka.
181 MELAKA TENGAH SJKC PAY FONG 1 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Keris ditempuh bertakhta suasa,
Disemat penyair berbaju pirau;
Perigi Hang Li Po banyak berjasa,
Munculnya air di kala kemarau.
182 MELAKA TENGAH SJKC PAY FONG 1 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Cokmar diarak berkayu tengguli,
Diukir kohor dibawa belayar;
Nama Tun Perak masyhur sekali,
Bendahara tersohor pembina empayar.
183 MELAKA TENGAH SJKC PAY FONG 1 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Laungan keramat semarak merdeka,
Ayuh tahankan selagi berusia;
Berjiwa semangat anak Melaka,
Megah kibarkan bendera Malaysia.
184 MELAKA TENGAH SJKC PAY FONG 1 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Ikal mayang disanggul berkebaya,
Baba dan nyonya berpantun mesra;
Dondang sayang warisan budaya,
Khazanah bangsanya harus pelihara.
185 JASIN SJKC PAY CHUIN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Berakhir laluan di pelabuhan,
Destinasi kedua di Pulau Pandan;
Air terjun jernih di Pekan Asahan,
Lokasi menarik menyegarkan badan.
186 JASIN SJKC PAY CHUIN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Asyura dijamah untuk berbuka,
Juadah enak menjadi hidangan ;
Parameswara pengasas Melaka,
Sudah termasyhur tiada tandingan.
187 JASIN SJKC PAY CHUIN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Sakura mekar tinggi menjulang,
Berderak-derak pohon berangan;
Kembara Merdeka Jalur Gemilang,
Semarak sambutan Bulan Kebangsaan.
188 JASIN SJKC PAY CHUIN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Permata nilam batu beraneka,
Hendak dibikin rantai idaman;
Kereta lembu khazanah pusaka,
Tidak akan pupus di telan zaman.
189 JASIN SJKC SIMPANG BEKOH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Negeri Melaka negerinya kaya,
Tersohor merata seluruh buana;
Kampung Morten kampung budaya,
Tarikan Melaka pelancong terpana.
190 JASIN SJKC SIMPANG BEKOH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Pelabuhan Melaka dalam kenangan,
Tumpuan pedagang datang berlayar;
Bendahara Tun Perak bendahara kesayangan,
Menjajah negeri luaskan empayar.
191 JASIN SJKC SIMPANG BEKOH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Dari Kuala Linggi ke Sungai Rambai,
Berbatik sarung bersemangat jitu;
Semarak merdeka datang berderai,
Melaka maju rakyatnya bersatu.
192 JASIN SJKC SIMPANG BEKOH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Dondang sayang lunak bicara,
Baba dan Nyonya mengait raga;
Khazanah Melaka kebanggaan negara,
Warisan dunia sama dijaga.
193 JASIN SJKC SHUH YEN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Kayu Jati di rumah Sasa,
Bunga raya di atman berkembang;
Kayuh bexa di A Famosa,
Budak lari di Pantai Klebang.
194 JASIN SJKC SHUH YEN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Tunduk hormat budaya cemerlang,
Jabat tangan amalan rakyat;
Tun Perak bendahara terbilang,
Jasa dikenang sepanjang hayat.
195 JASIN SJKC SHUH YEN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Kemboja berbunga warnanya berbilang,
Tanaman hiasan keliling pusara;
Kembara merdeka Jalur Gemilang,
Tabur semangat cinta negara.
196 JASIN SJKC SHUH YEN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Ketipak ketipung lagu Sumatera,
Sering didendang masyarakat dahulu;
Keris Melayu harus dipelihara,
Sejarah Melaka dikenang selalu.
197 JASIN SJKT JASIN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Kapal dagang dari seberang,
Dibawa untuk membeli buah;
Sejarah lama harus dikenang,
Lalu singgah perigi Hang Tuah.
198 JASIN SJKT JASIN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Pergi ke Johor panas terasa,
Makan pengat enak sekali;
Tokoh tersohor pengasas Melaka,
Jasa Parameswara sangat dihargai.
199 JASIN SJKT JASIN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Meredah hujan untuk kembara,
Rehat sebentar menjamu juadah;
Hargai merdeka yang kita rasa,
Hilang ia sesal tak sudah.
200 JASIN SJKT JASIN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Si bunga seroja si bunga cempaka,
Dipakai oleh nak dara jelita;
Melaka negeri penuh budaya,
Khazanah pusaka tidak terkira.
201 JASIN SJKC PARIT KELILING SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Merdu suara burung siri-siri,
Murai riuh mencari makan;
Tempat menarik dalam negeri,
Pulau Besar menjadi pilihan.
202 JASIN SJKC PARIT KELILING SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Laksamana Hang tuah bersaudara-mara,
Pesilat terbilang negeri Melaka;
Bendahara Tun Perak Pembesar utama,
Terkenal Melaka di Nusantara.
203 JASIN SJKC PARIT KELILING SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Bunga raya bunga kebangsaan,
Warna merah cantik menawan;
31 Ogos Hari Kemerdekaan,
Rakyat Malaysia laung kebanggaan.
204 JASIN SJKC PARIT KELILING SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Negeri melaka banyak budaya,
Khazanah kaum tidak terkira;
Sejarah Melaka kemegahan negara,
Warisan dunia sekali dijaga.
205 JASIN SJKC TOON HUA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Menara Taming Sari gurat angkasa,
Sinaran kota kilaluan mempesona;
Kubu A Famosa danggah megah raksa,
Gemintang jaya Melaka gah terpana.
206 JASIN SJKC TOON HUA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Gagah nakhoda melabuh layar,
Tujuh benua penuh luka;
Tanah emas menjadi empayar,
Teguh Melaka bak lestaka.
207 JASIN SJKC TOON HUA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Belayar Nadim di Selat Melaka,
Perairan ulung megah empayar;
Lumur darah pertahan pusaka,
Dijulang pelancongan laba bermilyar.
208 JASIN SJKC TOON HUA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Baba Nonya menongkah hilir,
Menuju kota mencari teman;
Dondang sayang mainan bibir,
Warisan Melaka zaman berzaman.
209 JASIN SJKC PAY HSIEN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Negeri Melaka sejarah berputik,
Rantau termasyhur memekar maju;
Syurga teroka barangan antik,
Jonker Street tempat wajib dituju.
210 JASIN SJKC PAY HSIEN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Kalau cangkul tidak berbaji,
Jangan mencebak tanah berkapur;
Kalau mengamuk Sang Raja Haji,
Gempar Belanda gentar bertempur.
211 JASIN SJKC PAY HSIEN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Bersilang tangan meniup bangsi,
Sambil ditiup dipalu lengkara;
Dewan Meng Seng menjadi saksi,
Emas dan wang tiada berkira.
212 JASIN SJKC PAY HSIEN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Adat berkumpul suka seloka,
Senyum tersimpul jadi idaman;
Ada berpadu warisan Melaka,
Sentiasa dikenang zaman berzaman.
213 JASIN SJKC KIOW NAM SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Ramai pengunjung masa cuti,
Pelbagai haiwan dipeliharanya;
Tempat Melaka beridentiti,
Zoo Melaka nama tempatnya.
214 JASIN SJKC KIOW NAM SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Berani meneroka dan berkembara,
Kejayaan tidak disangka;
Nama tokoh Parameswara,
Pengasas Kesultanan Melayu Melaka.
215 JASIN SJKC KIOW NAM SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Pelbagai budaya di Melaka,
Makanan enak-enak belaka;
Tradisi beca sekitar Melaka,
Saya bangga jadi anak Melaka.
216 JASIN SJKC KIOW NAM SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Muzium Melaka penuh sejarah,
Kota A Famosa identiti Melaka;
Negeri yang paling bersejarah,
Negeri Melaka khazanah pusaka.
217 JASIN SJKC CHUNG HWA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Petang hari ke Hutan Suasa,
Hendak memikat burung pucong;
Negeri Melaka terkenal sentiasa,
Banda Hilir tumpuan pelancong.
218 JASIN SJKC CHUNG HWA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Subuh hari ke sawah sana,
Hendak menanam padi huma;
Tiada gentar musuh durjana,
Pahlawan Hang Tuah diberi nama.
219 JASIN SJKC CHUNG HWA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Pergi ke kedai membeli cuka,
Hnedak membuat jeruk kurma;
Semarak merdeka anak Melaka,
Memacu negara membina nama.
220 JASIN SJKC CHUNG HWA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Harum mewangi bunga cempaka,
Kembang mekar tidak terperi;
Negeri Melaka khazanah pusaka,
Kekal tersemat di sanubari.
221 ALOR GAJAH SK DEMANNG TAHA SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Mencari manggis bulan puasa,
Pandangan mata nampak berbalam;
Warisan Portugis Kota A Famosa,
Bukit kota tinggalan silam.
222 ALOR GAJAH SK DEMANNG TAHA SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Lebat berbuah pohon nangka,
Jangan tangguh marilah rasa;
Hang Tuah Tokoh Melaka,
Berdiri teguh pertahan Nusa.
223 ALOR GAJAH SK DEMANNG TAHA SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Semangat mereka kian membara,
Tiada alasan mengundur diri;
Larian Merdeka Tanjung Bidara,
Idea cetus Ketua Menteri.
224 ALOR GAJAH SK DEMANNG TAHA SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Anak Cheti bermain layang,
Bersama teman sehingga leka;
Khazanah diingat,
Warisan berzaman negeri Melaka.
225 ALOR GAJAH SK TAMBY CHIK KARIM SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Pergi ke kota membeli nangka,
Singgah memetik pokok widuri;
Sungai dicinta Sungai Melaka,
Indah dan cantik tidak terperi.
226 ALOR GAJAH SK TAMBY CHIK KARIM SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Burung merak terbang sendiri,
Terbangnya sinar membelah buana;
Bijak Tun Perak menangkis iri,
Siam durjana membawa bencana.
227 ALOR GAJAH SK TAMBY CHIK KARIM SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Tumpang berteduh si pengembara,
Di bawah sarang burung merbah;
Tidak bertangguh sayangkan negara,
Sultan dijulang merafak sembah.
228 ALOR GAJAH SK TAMBY CHIK KARIM SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Pohon meranti di tepi bendang,
Anak sembilang di tapak tangan ;
Khazanah negeri pusaka terbilang,
Martabat dijulang sepanjang zaman.
229 ALOR GAJAH SK DATUK NANING SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Negeri Melaka tersohor sudah,
Pantai dan pulau sangat menawan;
Kota A Famosa tersergam indah,
Sejarah pertiwi pernah ditawan.
230 ALOR GAJAH SK DATUK NANING SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Pahlawan Tuah lima bersaudara,
Patuh nyawa setia titah sultan;
Berkorban nyawa demi negara,
Jasa dan perjuangan terpahat di ingatan.
231 ALOR GAJAH SK DATUK NANING SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Buah durian dimakan kera,
Tinggal sebiji di atas dahan;
Rakyat Melaka kibarkan bendera,
Kibarkan bendera lambang kemegahan.
232 ALOR GAJAH SK DATUK NANING SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Hari raya berbaju kebaya,
Kebaya nyonya cantik sulaman;
Negeri Melaka kaya budaya,
Khazanah pusaka sepanjang zaman.
233 ALOR GAJAH SK SUNGAI BULOH SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Membuat bingka bukannya mudah,
Tradisi desa masih disanjung;
Sungai Melaka bersih dan indah,
Setiap masa ramai pengunjung.
234 ALOR GAJAH SK SUNGAI BULOH SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Besi Kursani hebat dan sakti,
Bumi bertuah rakyatnya aman;
Gagah berani pahlawan sejati,
Laksamana Tuah dikenang berzaman .
235 ALOR GAJAH SK SUNGAI BULOH SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Pohon cempaka pohon meranti,
Dibawa belayar dari seberang;
Anak Melaka bersatu hati,
Gagaj mengibar Jalur Gemilang.
236 ALOR GAJAH SK SUNGAI BULOH SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Pahlawan Melaka hebat terbilang,
Lincah bertarung tidak terperi;
Khazanah pusaka kami julang,
Keris dihunus di Taming Dari.
237 ALOR GAJAH SK KG TENGAH SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Anak serati pandai meniti,
Di tepi paya ke sana sini;
Jonker Walk pasti menggoda hati,
Seni dan budaya setia temani.
238 ALOR GAJAH SK KG TENGAH SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Penglipur lara berpimpin sambil menari,
Irama sekola jadi dendangan;
Parameswara pemimpin tegur berdiri,
Dibangun Melaka penuh keagungan.
239 ALOR GAJAH SK KG TENGAH SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Terbang sekawan dari Selatan,
Terbang belaka burung Pekakak;
Dataran Pahlawan saksi kekuatan,
Semangat merdeka anak Melaka.
240 ALOR GAJAH SK KG TENGAH SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Berbaju senteng kain semata,
Gembira rasa riang menyapa;
Sebalik benteng oenuh cerita,
Kota A' Famosa takkan dilupa.
241 ALOR GAJAH SK PADANG SEBANG SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Membeli sari di tengah pekan,
Pekan lama jadi tumpuan;
Taming Sari menara tarikan,
Selat Melaka jadi hamparan.
242 ALOR GAJAH SK PADANG SEBANG SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Bunga meluar dalam jambangan,
Di tepi kolam jadi hiasan;
Do Said pejuang kemerdekaan,
jasa dan baktu dalam ingatan.
243 ALOR GAJAH SK PADANG SEBANG SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Buah nangka, buah semangka,
Buah betuk berangkai empat;
Anak Melaka berjiwa merdeka,
Semarak patriotik indah tersemat.
244 ALOR GAJAH SK PADANG SEBANG SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Merpati terbang ke pohon rumbia,
Hinggap sebentar di dahan sena;
Melaka bandar warisan dunia,
Pelbagai budaya dan seni bina.
245 ALOR GAJAH SK SRI LAKSAMANA SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Kain songket tenunan Pak Badar,
Selesa dipakai lelaki dan perempuan;
Kepingan melihat keindahan bandar,
Menara Taming Sari jadi tumpuan.
246 ALOR GAJAH SK SRI LAKSAMANA SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Tersungkur roboh kota Melaka,
Berbondong pendekar menunjuk belang;
Masyhur terkenal pejuang merdeka,
Laksamana Hang Tuah antara yang terbilang.
247 ALOR GAJAH SK SRI LAKSAMANA SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Memerah keringat tanpa lupa,
Penat dan lelah tidak terbilang;
Beca dihias secantik rupa,
Sambil mengibarkan Jalur Gemilang.
248 ALOR GAJAH SK SRI LAKSAMANA SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Runtuhnya tamadun Kota Melaka,
Berabad kurun dalam sanjungan;
A'Famosa khazanah pusaka,
Tinggalan penjajah menjadi kenangan.
249 ALOR GAJAH SK KEM TERENDAK 2 SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Pantai Bidara airnya tohor,
Negeri bertuah pahlawan terbilang;
Bumi sejahtera megah tersohor,
Perigi Hang Tuah warisan dikenang.
250 ALOR GAJAH SK KEM TERENDAK 2 SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Besi Kursani hebat dan sakti,
Bumi bertuah rakyatnya aman;
Gagah berani pahlawan sejati,
Laksamana Tuah dikenang berzaman.
251 ALOR GAJAH SK KEM TERENDAK 2 SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Pohon cempaka pohon meranti,
Dibawa belayar dari seberang;
Anak Melaka bersatu hati,
Gagah mengibar Jalur Gemilang.
252 ALOR GAJAH SK KEM TERENDAK 2 SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Pahlawan Melaka hebat terbilang,
Lincah bertarung tidak terperi;
Khazanah pusaka kami julang,
Keris dihunus di Taming Sari.
253 ALOR GAJAH SR AGAMA JAIM AL FALAH SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Dari seberang barang didagang,
Datang berhajat membeli rempah;
Tidak sewenang sejarah dikarang,
Mari melawat pergi Hang Tuah.
254 ALOR GAJAH SR AGAMA JAIM AL FALAH SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Gula sira di atas para,
Enak dimakan bersama ubi;
Parameswara pembuka bicara,
Melaka dinamakan unik sekali.
255 ALOR GAJAH SR AGAMA JAIM AL FALAH SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Tersergam megah Istana Melaka,
Amalan datang penggerak hiasan;
Semangat gagah anak Melaka,
Tinggalan moyang tonggak warisan.
256 ALOR GAJAH SR AGAMA JAIM AL FALAH SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Masjid Tengkera indah sentosa,
Tempat beribadat jangan abaikan;
Tidak terkira sejarah bangsa,
Tetap terpahat jadi warisan.
257 JASIN SK SRI LANANG SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Memanggang itik gunakan arang,
Membakar arang sambil berdiri;
Dipandang cantik pantai seberang,
Canti lagi Pantai Puteri.
258 JASIN SK SRI LANANG SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Guruh berdentum hujan pun lebat,
Padi huma di kata suasa;
Lekiu Tuah Lekir Kasturi Jebat,
Pahlawan ternama membela bangsa.
259 JASIN SK SRI LANANG SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
31 Ogos tanggal bersejarah,
Dataran Pahlawan menjadi saksi;
Anak Melaka berani bersumpah,
Negeri Melaka sentiasa dihati.
260 JASIN SK SRI LANANG SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Anak ungka di atas astaka,
Leka melihat si anak buaya;
Negeri Melaka khazanah pusaka,
Kaya dengan adat dan budaya.
261 JASIN SK ASAHAN SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Bandaraya Bersejarah anugerah diberi,
Terkenal dengan pantun sekola;
Megah berdiri Menara Taming Sari,
Mercu kebanggaan Negeri Melaka.
262 JASIN SK ASAHAN SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Pasang lukah tangkap sembilang,
Lukah mengena si ikan toman;
Hang Tuah tokoh terbilang,
Pahlawan Melaka sepanjang zaman.
263 JASIN SK ASAHAN SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
31 Ogos Malaysia merdeka,
Jalur Gemilang berkibar megah;
Semarak merdeka anak Melaka,
Sambut dengan jiwa yang gagah.
264 JASIN SK ASAHAN SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Pergi melancong naik keretapi,
Untuk menghibur hati yang luka;
Keris Taming Sari dijaga rapi,
Khazanah pusaka dari Melaka.
265 JASIN SR AGAMA JAIM SELANDAR SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Teguh membara semangat pahlawan,
Itulah sari perbaikki diri;
Teguh menara menggamin awan,
Itulah Menara Taming Sari.
266 JASIN SR AGAMA JAIM SELANDAR SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Cincin perak berbatu delima,
Hantaran menyunting si anak dara;
Tun Perak bendahara berkarisma,
Tokoh penting mentadbir negara.
267 JASIN SR AGAMA JAIM SELANDAR SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Menyusun tutur indah tawa,
Kacaknya putera lengkap bertanjak;
Jangan luntur semangat dijiwa ,
Maruah negara jangan dianjak.
268 JASIN SR AGAMA JAIM SELANDAR SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Menggnggam lestaka bertarung nyawa,
Takkan terleka menjaga kurnia;
Negeri Melaka penuh peristiwa,
Khazanah pusaka diiktiraf dunia.
269 JASIN SK PULAI SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Ratna Benggala gelaran diberi,
Serikandi Melaka Puteri bendahara;
Gagah jelita tidak terperi,
Kampung Sempang di semadi pusara.
270 JASIN SK PULAI SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Dol Said suku semelenggong,
Berpantang mati sebelum ajal;
Gagah pantas dalam gelanggang,
Takkan undur walaupun terjal.
271 JASIN SK PULAI SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Sebelum petang ke Tanjung Bidara,
Berurut ijuk di ikat-ikat;
Anak Melayu semangat perwira,
Ampuhnya sepakat membawa berkat.
272 JASIN SK PULAI SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Kayu titi batangnya leban,
Dibalut ular pohon cempaka;
Khazanah pusaka Melaka sembahkan,
Perintis tempat semangat merdeka.
273 JASIN SK BUKIT TEMBAKAU SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Dari Selandar ke Bukit Kuda,
Terasa megah indah seketika;
Zoo ada, Taman Buara pun ada,
Jemputlah singgah datang ke Melaka.
274 JASIN SK BUKIT TEMBAKAU SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Kapal belayar warisan pusaka,
Musuh mendekati tidak ditakuti;
Tun Ghaffar Baba tokoh Melaka,
Jasa dan bakti tersemat dihati.
275 JASIN SK BUKIT TEMBAKAU SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Pantun seloka seindah mastika,
Tak lapuk dek hujan sentiasa dialunkan;
Cinta Melaka jagalah Melaka,
Kekal kemerdekaan pelihara kesejahteraan.
276 JASIN SK BUKIT TEMBAKAU SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Gadis jelita berkebaya Nyonya,
Berwarna merah berbunga cempaka;
Negeri tercinta Melaka namanya,
Tinggalan Sejarah khazanah pusaka.
277 JASIN SK FELDA BUKIT SENGGEH SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Dingin semilir berbau wangi,
Haruman larik mawar merah;
Banda Hilir pelancong kunjungi,
Tempat menarik banyak sejarah.
278 JASIN SK FELDA BUKIT SENGGEH SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Burung tempua makan bidara,
Buah bidara di atas dulang;
Parameswara payungi Melaka,
Pelanduk putih membawa gemilang.
279 JASIN SK FELDA BUKIT SENGGEH SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Pokok durian si pokok senduduk,
Hidup subur ditepi telaga;
Kekalkan perpaduan antara penduduk,
Masyarakat makmur dalam Melaka.
280 JASIN SK FELDA BUKIT SENGGEH SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Pandan diserah pada si Lijah,
Jadi anyaman lalu digunakan;
Banyak sejarah peninggalan penjajah,
Menjadi pedoman masa hadapan.
281 JASIN SK MERLIMAU 1 SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Kalau abang hendak ke ladang,
Ambilkan Sara ubi sekati;
Pantai Klebang saujana memandang,
Tanjung Bidara memikat hati.
282 JASIN SK MERLIMAU 1 SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Dari utara singgah di Paka,
Hujan lebat sampai ke Petang;
Parameswara pengasas Melaka,
Lima sahabat memusnah petualang.
283 JASIN SK MERLIMAU 1 SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Rantai pusaka bentuknya lebar,
D dalam peti kilau berseri;
Anak Melaka pantang dicabar,
Sanggup mati membela negeri.
284 JASIN SK MERLIMAU 1 SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Ikan tuka dipancing Pak Lurah,
Untuk hiasan di Taman Eco;
Bandaraya Melaka Bandaraya Bersejarah,
Tapak warisan Dunia UNESCO.
285 JASIN SK MERLIMAU 2 SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Hening disinari cahaya rahmat,
Bersila di anjung setia aduka;
Taming Sari mercu keramat,
Menara agung Kota Melaka.
286 JASIN SK MERLIMAU 2 SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Angsana berbuah di laman Serani,
Di awan pekakak terbang menjulang;
Laksamana Hang Tuah tangkas berani,
Pahlawan Melaka masyhur terbilang.
287 JASIN SK MERLIMAU 2 SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Sutera pusaka halus vemerlang,
Asli diacu puteri diraja;
Kembara merdeka didendang gilang,
Misi dipacu semangat waja.
288 JASIN SK MERLIMAU 2 SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Sedang dayang tuju ke kota,
Seguni kerisi jemur dirumah;
Dondang sayang balada cinta,
Seni tradisi warisan berhikmah.
289 JASIN SR AGAMA JAIM MERLIMAU PASIR SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Lakaran corak di pasir berseri,
Hilang di sapa ombak di desa;
Pengkalan Balak Pantai Puteri,
Menjulang bersama budaya bangsa.
290 JASIN SR AGAMA JAIM MERLIMAU PASIR SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Gerak berarak mengutus naskah,
Berita dijunjung laksana pusaka;
Bijak Tun Perak mengatur Langkah,
Bendahara ulung masyurkan Melaka.
291 JASIN SR AGAMA JAIM MERLIMAU PASIR SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Teman berkawan ukhwah serasi,
Simpul ikatan suka dan duka;
Dataran Pahlawan menjadi saksi,
Berkumpul watan di ambang merdeka.
292 JASIN SR AGAMA JAIM MERLIMAU PASIR SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Megah kurnia usah terleka,
Pengorbanan di sanjung tanda ihsan;
Sejarah dunia lakar di Melaka,
Warisan agung rujuka insan.
293 JASIN SK SERKAM DARAT SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Harum semerbak kelabet ditumis,
Hidangan istana dihias cempaka;
Dagangan semarah rempah berlapis,
Jejak bersama selusuri Melaka.
294 JASIN SK SERKAM DARAT SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Emas, perak dan rempah ratus,
Jadi rebutan pedagang bergaya;
Bendahara Tun Perak sangat berhalus,
Jadi ikutan pentadiran berjaya.
295 JASIN SK SERKAM DARAT SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) SEMARAK MERDEKA ANAK MELAKA
Pokok Melaka terkenal di dunia,
Keberanian pelanduk membuta mata;
Padang Merdeka tempat mulia,
Berkibar sepanduk demi cinta.
296 JASIN SK SERKAM DARAT SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) NEGERI MELAKA KHAZANAH PUSAKA
Kebaya Nyonya pendek dan jarang,
Kain batik dari kepulauan Jawa;
Warisan sepunya Dondang Sayang,
Jari diketik penghibur jiwa.
297 MELAKA TENGAH SK PAYA RUMPUT SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TEMPAT MENARIK NEGERI MELAKA
Ikan patin dimasak Pak Bohor,
Nama jolokan hiburan belaka;
Kampung Morten muzium tersohor,
Menjadi tarikan negeri Melaka.
298 MELAKA TENGAH SK PAYA RUMPUT SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) TOKOH TERDAHULU NEGERI MELAKA
Dari Palembang bakti dicurah,
Musuh ditangani hingga pedaka;
Tuah lambang warisan sejarah,
Tokoh disegani rakyat Melaka.
299 MELAKA TENGAH SK PAYA RUMPUT SEKOLAH KEBANGSAAN (SK)