SENARAI 1 KAMPUNG 1 PANTUN


Bil Daerah Dun Kampung Pantun Tindakan
1 ALOR GAJAH AYER LIMAU TAMAN SERI PAYA RUMPUT
Berolak sungai damai suasana,
Airnya tempias menyapa kiambang;
Tamanku permai lagi mempersona,
Laman berhias bunga nan kembang.
2 ALOR GAJAH AYER LIMAU KG. SUNGAI JERNEH
Masjid Tanah permata buana,
Pelbagai juadah resipi tradisi;
Asalnya tanah masjid dibina,
Lestari indah mari disaksi.
3 ALOR GAJAH AYER LIMAU KG. TENGAH MASJID TANAH
Asam pedas di dalam mangkuk,
Buat hidangan berbuka puasa;
Indah dan bersih Kampung Lekok,
Penduduknya ramai berbilang bangsa.
4 ALOR GAJAH AYER LIMAU KG TELOK BEREMBANG
Telok Berembang ramai petani,
Penduduk hidup aman sejahtera;
Udang galah membiak di sini,
Menggamit pemancing seluruh negara.
5 ALOR GAJAH DURIAN TUNGGAL KG. BUKIT TAMBUN
Titisan embun di pagi hari,
Udaranya segar, tenang dan nyaman;
Bukit Tambun nama diberi,
Indah tegar sepanjang zaman.
6 ALOR GAJAH GADEK KG. PULAU SEBANG
Gigih pendekar iringi kelasi,
Meredah lautan purnama mengambang;
Kuih bakar ramuan tradisi,
Juadah warisan di Pulau Sebang.
7 ALOR GAJAH GADEK KG. TANJUNG RIMAU
Melati kembang cantik belaka,
Disanggul puteri pandang tak jemu;
Pulau Sebang gerbang Melaka,
Di hulu negeri mengalu tamu.
8 ALOR GAJAH GADEK TAMAN BUKIT NANGKA
Darah menitis berjuang pahlawan,
Lindungi negara dari dijajah;
Replika keris tengah bulatan,
Mercu tanda di Alor Gajah.
9 ALOR GAJAH GADEK KG. TANJUNG RIMAU DALAM
Tanjung Rimau Dalam diberi nama,
Penduduknya ramai tidak terbilang;
Hidup muafakat tradisi utama,
Adat dijunjung budaya dijulang.
10 ALOR GAJAH GADEK KG. PEGOH
Sayang kumbang mencari makanan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga sejahtera direstu Ilahi.
11 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. PERMATANG
Jatuh butang di atas jerami,
Jarum peniti di tapak tangan;
Selamat datang ke kampung kami,
Pulang nanti bawalah kenangan.
12 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. BARU
Kebaya biru untuk isteri,
Hadiah suami di hari bahagia;
Kampung Baru nama diberi,
Penduduknya ramai hidup ceria.
13 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. PERMATANG DARAT
Kampung Permatang indah berseri,
Warganya baik berbudi bahasa;
Marilah singgah ke kampung kami,
Chaletnya banyak sungguh selesa.
14 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. AYER MOLEK
Anak dara berkain batik,
Berkain batik berbaju kebaya;
Selamat datang ke Kampung Ayer Molek,
Kampungnya indah lagi berbudaya.
15 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. TELOK GONG
Turun ke pantai mencari beliung,
Singgah sebentar di tepi jeti;
Telok Gong diberi nama,
Penduduknya pintar berbudi pekerti.
16 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. TANJUNG DAHAN
Tanjung Dahan syurga makanan,
Pasti dapat layanan cepat;
Jika tuan inginkan kelainan,
Sambal ketat pasti terangkat.
17 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. KUALA LINGGI
Durian kampung pokoknya tinggi,
Enak dimasak bubur dan pengat;
Seharian berkampung di Kuala Linggi,
Tidur tak nyenyak teringat-ingat.
18 ALOR GAJAH LENDU KG. SERI TANJUNG
Kalau tatang sirih junjung,
Mestilah bawa tepak suasa;
Kalau datang Seri Tanjung,
Belilah juga barangan desa.
19 ALOR GAJAH MACHAP JAYA KG. AYER PASIR
Kicau burung air berdesir,
Indah pandangan tenangkan minda;
Selamat datang ke Air Pasir,
Kami raikan kehadiran anda.
20 ALOR GAJAH MACHAP JAYA KG. MELAYU PERMAI MACHAP UMBOO
Tuntut ilmu buat pegangan,
Kembali pulang bila berjaya;
Jangan jemu janganlah segan,
Jemputlah datang ke Macap Jaya.
21 ALOR GAJAH REMBIA KG. KELEMAK
Keli lemak menu utama,
Pembuka selera majlis sambutan;
Asal Kelemak diberi nama,
Seantero negeri jadi sebutan.
22 ALOR GAJAH REMBIA KG. SUNGAI PETAI
Gelanggang perang di Sungai Petai,
Zaman Tok Naning menentang penjajah;
Kini tenang permai melambai,
Menggamit hening ke Alor Gajah.
23 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. PERLING
Bukit Penyalang tempat riadah,
Aksi pendaki tidak terperi;
Seekor tebuan menjadi sejarah,
Taboh Naning nama diberi.
24 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. SUNGAI BULOH
Sungai Buloh kampung warisan,
Menang tersohor anugerah desa;
Menternak berladang jana pendapatan,
Kekal lestari anugerah Yang Esa.
25 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. MELEKEK LUAR
Beralih tahun bertambah umur,
Jadi insan matang dewasa;
Melekek Luar warganya makmur,
Berdiri teguh membangun desa.
26 ALOR GAJAH TANJUNG BIDARA KG. PADANG KEMUNTING
Ikan talang ikan pelaling,
Masak diolah bersama petai;
Kalau datang Padang Kemunting,
Santai berkelah di tepi pantai.
27 ALOR GAJAH TANJUNG BIDARA KG. LONDANG
Tanah berbidang rezeki berpepat,
Penuh dengan tanaman padi;
Kampung Londang tanah beradat,
Penuh dengan jasa dan budi.
28 ALOR GAJAH TANJUNG BIDARA KG. LUBUK REDAN
Pohon redan tumbuh melata,
Asal usul nama diberi;
Lubok Redan kampung tercinta,
Penduduknya ramah berbudi pekerti.
29 ALOR GAJAH TANJUNG BIDARA KG. PENGKALAN BALAK
Kompang dipalu ikut irama,
Kemuncak merai raja sehari;
Pantai indah penuh panorama,
Pengkalan Balak jadi destinasi.
30 ALOR GAJAH TANJUNG BIDARA KG. LONDANG
Kalung bukan sebarang kalung,
Kalung bertatah batu permata;
Tanjung bukan sebarang tanjung,
Tanjung Bidara pesona mata.
31 ALOR GAJAH TANJUNG BIDARA KG. PULAU MASJID TANAH
Duduk bersantai sesama saudara,
Tikar dibentang riang bercanda;
Tenangnya Pantai Tanjung Bidara,
Jemputlah datang rehatkan minda.
32 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. AIR PUNGGAI
Pergi mengail di tepi hutan,
Dapat rezeki si udang galah;
Ayer Punggai nama sebutan,
Kampung cantik di Masjid Tanah.
33 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. AIR TANAI
Mencari denai memburu rusa,
Siang menanti hingga ke malam;
Di Ayer Tanai hening sentosa,
Penghuni sebati bersama alam.
34 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. PEKAN AYER PA'ABAS
Makan ulam kerabu betik,
Minum air si labu sayong;
Ayer Pa'abas kampungnya cantik,
Berkat budaya bergoyong-royong.
35 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. GEDANG
Tabuh gendang bunyi bertalu,
Mari dipalu ragam irama;
Desa Gedang aman selalu,
Teguh bersatu nikmat bersama.
36 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. GEDANG LANJUT MANIS
Limau manis pohon berduri,
Batang selasih permainan anak;
Gedang Lanjut Manis kini pelopori,
Bidang agro tani dan juga ternak.
37 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. KATI
Bukit Pandan menarik di mata,
Bukit Apit juga menawan hati;
Hidup berjiran tiada sengketa,
Jadi budaya di Kampung Kati.
38 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. LANJUT MANIS
Pisang tanduk rasanya manis,
Dibuat kerepek selera kudapan;
Bicara masyarakat lanjut manis ,
Mulut manis bahasa bersopan.
39 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. LELONG
Pohon meranti pohon cemara,
Tempat berteduh tetamu bertandang;
Penduduk harmoni aman sejahtera,
Kampung Lelong cantik dipandang.
40 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. MASJID SAGA
Pagi Selasa padi disemai,
Bekal nasi si ikan sepat;
Masjid Saga penduduk tak ramai,
Hubungan serasi bertambah rapat.
41 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. PADANG BESAR
Ikan selar disambar pekaka,
Lapar menanti di hujung tanjung;
Padang Besar kampung di Melaka,
Adab berbudi tetap dijunjung.
42 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. PADANG LALANG
Tidak cinta sebelum mengenali,
Pantang larang jadi pedoman;
Dihias indah binaan asli,
Padang Lalang tenteram dan aman.
43 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. PEKAN AYER PA'ABAS
Berenang deras celahan batu,
Anak seluang di air tenang;
Ayer Pa’abas hidup bersatu,
Masyarakat riang hati senang.
44 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. RANTAU PANJANG
Warganya tenang tiada serabut,
Tanda bahagia sentiasa cakna;
Rantau Panjang nama disebut,
Kampung lama cantik suasana.
45 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. SOLOK AIR CHANTIK
Pisang betik dimakan kera,
Masak separa di rumah petani;
Solok Air Cantik damai sejahtera,
Penduduk meriah tinggal di sini.
46 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. SOLOK AIR PA'ABAS
Jalan pantas mengintai kancil,
Pagi hari memasang jerat;
Solok Air Pa’abas keluarga kecil,
Hidup mandiri hubungan erat.
47 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. SOLOK DURIAN TERONG
Makan sireh berulam pinang,
Bungkus seikat dibawa pulang;
Solok Durian Terong tetap tenang,
Walau banyak yang lalu Lalang.
48 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. KATI
Tumbuh di sisi pohon rumbia,
Ditebang orang kerana sagunya;
Kampung tradisi kini bergaya,
Solok Kati baik penduduknya.
49 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. SOLOK KILANG
Alunan gemersik buluh bernada,
Dilindung awan pohon melang;
Kampung cantik jadi penanda,
Tibanya kalian di Solok Kilang.
50 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. SOLOK LELONG
Buah manggis masak diperam,
Dimakan burung tengah laman;
Hidup harmonis aman tenteram,
Solok Lelong kampung idaman.
51 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. SOLOK MASJID SAGA
Pokok mangga di kaki bukit ,
Dahan dikerat lindung pandangan ;
Solok Masjid Saga penduduk sedikit ,
Hubungannya erat tiada bandingan .
52 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. SOLOK PAYA
Berburu di hutan di tepi paya,
Mendapat rusa berbelang kaki;
Cantik nian Kampung Solok Paya,
Penduduk berusaha demi rezeki.
53 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. SOLOK TANAH LIAT
Segar dilihat keladi di taman ,
Bungan Kiambang nak petik sayang ;
Solok Tanah Liat hidup aman ,
Warganya tenang hati tak goyang .
54 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. SOLOK ULU RANTAU PANJANG
Kuih bahulu anak mak anjang ,
Turun temurun tiada saingan ;
Solok Ulu Rantau Panjang ,
Makin masyhur dalam perladangan .
55 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. SUNGAI RAGOK
Gaul lauk gunalah senduk ,
Telinga kuali buatan besi ;
Sungai Ragok ramai penduduk ,
Rukun harmoni hidup serasi .
56 ALOR GAJAH DURIAN TUNGGAL KG. BELIMBING DALAM
Ke hulu berdua mencari nangka ,
Berperahu sehala waktu malam ;
Masjid tertua di negeri Melaka ,
Terletaknya pula di Belimbing Dalam .
57 ALOR GAJAH DURIAN TUNGGAL KG. PANCHOR
Bagaikan hancur hati mama,
Apabila bah melimpah tebing ;
Bagaimana Panchor mendapat nama ,
Pancuran darah kala bersaing .
58 ALOR GAJAH DURIAN TUNGGAL KG. BERINGIN
Aroma makanan jiran terdekat ,
Hilang lapar menjamu angin ;
Peka amalan hidup bermasyarakat ,
Indah khabar Kampung Baringin .
59 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. BRISU
Merbah berkicau di hujung padang ,
Bersahut merdu mencari teman ;
Suasana hijau sejauh memandang ,
Kampung Brisu tenang dan nyaman .
60 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. SOLOK MINCHING
Buah delima beli di kota ,
Minum penting hidangan puteri ;
Orang lama empunya cerita ,
Solok Minching nama lestari .
61 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. SOLOK TUMPAK
Makan ulam beramai-ramai ,
Di atas pangkin pondok di dusun ;
Masyarakat hidup rukun dan damai ,
Solok Tumpak cantik tersusun .
62 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. SOLOK ULU BRISU
Pagi hari menahan pukat,
Anak kelah lekat di jaring ;
Hidup berdikari membawa berkat ,
Solok Ulu Brisu seiring .
63 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. ULU BRISU
Daun kunyit dibelah-belah,
Penyedap rasa rendang di kuali ;
Ulu Brisu desanya terserlah ,
Ikatan keluarga rapat sekali .
64 ALOR GAJAH DURIAN TUNGGAL KG. BARU BUKIT BALAI
Ikan tengas jala di ulu,
Siang dahulu baru disalai ;
Warga ramah mesra selalu ,
Menjadi amalan warga Bukit Balai .
65 ALOR GAJAH DURIAN TUNGGAL KG. SRI BUKIT TAMBUN
Pasang Unggun di tenagh hutan ,
Siang berpanas malam berembun ;
Mesra dan ramah jadi sebutan ,
Itu budaya Seri Bukit Tambun.
66 ALOR GAJAH DURIAN TUNGGAL KG. PULAU
Rahin sedekah amal jariah ,
Kuat iman jadi penanda;
Kampung Pulau sentiasa meriah ,
Desanya luas warga bercanda.
67 ALOR GAJAH DURIAN TUNGGAL KG. GANGSA
Sotong besar senang dicandar ,
Masa berlalu tiada terasa;
Masjid Ihsanuddin tempat ibadat ,
Tanda kebesaran Kampung Gangsa .
68 ALOR GAJAH GADEK KG. AMPANG
Anak muda mengail gelama ,
Dapat parang sukalah hati ;
Walau jauh merantau lama ,
Kampung Ampang tetap menanti.
69 ALOR GAJAH GADEK KG. BINJAI
Sekawan tiung riang berkicau ,
Duduk bertenggek di atas dahan ;
Kalau cenderung desa nan hijau ,
Kampung Binjai tempat singgahan .
70 ALOR GAJAH GADEK KG. ORANG ASLI BUKIT SEBANG
Menembak rusa jatuh di lubang ,
Masak gulai di tepi pagar;
Kampung kita Bukit Sebang ,
Suasanya tenteram udara segar .
71 ALOR GAJAH GADEK KG. BULOH CINA
Pokok angsana asal di hutan ,
Pokok saga banyak di desa;
Buloh Cina menjadi ikutan ,
Adat terjaga berbudi bahasa.
72 ALOR GAJAH GADEK KG. DALONG
Laut bersaksi merenung masa ,
Seronok mengail di atas kelong ;
Kekalkan tradisi budaya bangsa ,
Moga berhasil kampung Dalong .
73 ALOR GAJAH GADEK KG. GADEK
Adik beradik beramai -ramai ,
Peraga batik lambang setia;
Kampung Gadek aman dan damai ,
Latarnya cantik pemandangan ceria .
74 ALOR GAJAH GADEK KG. GADEK DALAM
Pengantin bersalam merah bibirnya ,
Merah menawan bak biji saga ;
Gadek dalam sederhana kampungnya ,
Terserlah amalan sopan dijaga.
75 ALOR GAJAH GADEK KG. GANUN
Mari ditenun dengan tekunnya ,
Corak berseni dara pingitan ;
Kampung Ganun ceria warganya ,
Hidup harmoni tanda kekuatan .
76 ALOR GAJAH REMBIA KG. AIR LANJUT
Pokok lanjut sudah berbuah ,
Buah ditatang berikan rakan;
Air Lanjut tanah bertuah ,
Tetamu datang meriah raikan.
77 ALOR GAJAH REMBIA KG. BARU AIR MANGGIS
Buah markisa seda rasanya ,
Dihidang oleh si dara Bugis ;
Mari rasa nyaman suasananya ,
Ke Kampung Baru Air Manggis .
78 ALOR GAJAH REMBIA KG. KELEMAK DALAM
Burung nuri terbang ke hutan ,
Hari gelap tanda nak malam ;
Sanjung budi si anak watan ,
Ciri tetap warga Kelamak Dalam .
79 ALOR GAJAH REMBIA KG. KELEMAK JAYA
Awan berarak hujan tak jadi ,
Kodok bernyanyi di tepi paya;
Masyarakat suka menabur budi ,
Lambang tanda Kelamak Jaya .
80 ALOR GAJAH REMBIA KG. KELEMAK LUAR
Panjat ikhtiar menaiki tangga ,
Lintas berpakat gunalah titi;
Kelemak Luar boleh berbangga ,
Tersergam dekat sebuah Universiti .
81 ALOR GAJAH REMBIA KG. KELEMAK SIMPANG
Perahu penambang perahu pusaka ,
Agak menarik penyambung rezeki ;
Kelemak Simpang kampung di Melaka ,
Penduduknya baik tidak berdengki .
82 ALOR GAJAH REMBIA KG. KELEMAK TENGAH
Guruh berdentum awan pun gelap ,
Angkat kain tanpa berlengah ;
Berbudaya sopan jangan tersilap ,
Aman sejahtera Kelemak Tengah .
83 ALOR GAJAH REMBIA KG. PAKU
Pucuk paku pinggiran semak ,
Jenis sayuran pilihan hati ;
Kampung Paku Mukim Kelemak ,
Desa nyaman sedia menanti.
84 ALOR GAJAH REMBIA KG. TEBAT
Tahan pukat di pantau berbatu ,
Dapat kepiting di hujung tanjung ;
Kampung Tebat hidup bersatu ,
Ringan dijinjing berat dijunjung .
85 ALOR GAJAH REMBIA KG. PENGKALAN
Puyuh berlarian dikejar sawa ,
Kebun lada tempat sembunyi ;
Kampung Pengkalan nama dibawa ,
Tenteram suasana senyap dan sunyi .
86 ALOR GAJAH REMBIA KG. JELATANG
Petik mempelam di waktu petang ,
Potong melintang sama bahagi ;
Pasar malam Kampung Jelatang ,
Sekali datang pasti hendak lagi .
87 ALOR GAJAH REMBIA KG. BUKIT TAMPOI
Tampoi bukan sebarang tampoi ,
Penuh berisi di dalam guni ;
Satu tarikan Bukit Tampi ,
Terkenal dengan hasil tani.
88 ALOR GAJAH REMBIA KG. BARU ALOR GAJAH
Bawa nyiru lambat-lambat ,
Jangan nanti tumpah di jalan ;
Kampung Baru masjidnya hebat ,
Di sana sini menjadi bualan .
89 ALOR GAJAH REMBIA KG. JAWA
Mari dibawa buah mangga ,
Sedap berbagi sama merasa;
Kampung Jawa ramai peniaga ,
Sumber rezeki berbilang bangsa .
90 ALOR GAJAH REMBIA KG. SOLOK KARIA
Gula melaka dibuat keria,
Hidangan juadah majlis pertunangan ;
Gahnya Desa Solok Karia ,
Rumahnya indah fikiran tenang .
91 ALOR GAJAH REMBIA KG. SERI PENGKALAN
Pantai terpencil nyaman terasa ,
Pantai tumpuan putih pasirnya ;
Kampung kecik makmur selesa ,
Seri Pengkalan ramah warganya .
92 ALOR GAJAH MACHAP JAYA FELDA TUN GHAFAR HUTAN PERCHA
Merdu terdengar suara kenari ,
Berkicau ria bunyi bernada ;
Felda Tun Ghafar senang dicari ,
Laman Cahaya sebuah mercu tanda .
93 ALOR GAJAH MACHAP JAYA KG. ORANG ASLI HUTAN PERCHA
Air perigi jernih berkaca ,
Riang terasa mandi beramai ;
Orang asli Hutan Percha ,
Dingin rasa desanya permai .
94 ALOR GAJAH MACHAP JAYA KG. KEMUNING
Rambutan gading warnanya kuning ,
Masak setangkai dihujung dahan ;
Tanda tibanya di Kampung Kemuning ,
Nampaklah masjid di tepi jalan .
95 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. BAGAN CHE AMAR
Pisang tanduk masak di tandan,
Limau nipis bulat buahnya;
Kampung elok nama sepadan,
Bagan Che Amar beradat budaya.
96 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. BUKIT BERUANG
Manis riang memakan beri,
Dimakan bersama pujaan dinda;
Bukit Beruang nama diberi,
Bukit utama bermercu tanda.
97 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. PERMATANG INDAH
Enak juadah makan bersama,
Bunga selasih berwarna-warni;
Permatang Indah diberi nama,
Bersemi kasih kita di sini.
98 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. BUKIT DARAT
Jumpa butang sudah berkarat,
Jarum peniti di tapak tangan;
Selamat datang ke Bukit Darat,
Pulang nanti bawalah kenangan.
99 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. BUKIT SUPAI
Bukit Supai di hujung tanjung,
Jauh terapung merentas dunia;
Sepakat dicapai agama dijunjung,
Aman sekampung hidup bahagia.
100 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. NELAYAN
Dalam tempayan penuh berisi,
Ada kapas berbungkus kain;
Kampung Nelayan desa tradisi,
Laut lepas tempat bermain.
101 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. SEBERANG PARIT
Jambu dikait isinya merah,
Rasa bersagu ibarat kentang;
Seberang Parit semakin meriah,
Hujung minggu pelancong datang.
102 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. MERIAM PATAH
Batang getah dipotong abah,
Bunganya putih penuh seraga;
Meriam Patah ada sejarah,
Pantai bersih tumpuan warga.
103 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. TANJONG SERAI
Tikar kelarai berjahit benang,
Mengkuang layu sudah dicelur;
Tanjong Serai pantainya tenang,
Tempat penyu datang bertelur.
104 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. TELOK
Jalan berkelok bersimpang satu,
Leka berjalan terlanggar kucing;
Kampung Telok pantainya berbatu,
Menjadi tumpuan si kaki pancing.
105 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. TANJUNG DAHAN
Lukah ditahan lepas riadah,
Duduk berpaut sehelai guni;
Tanjung Dahan terkenal sudah,
Akademi Laut terletak di sini.
106 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. PANTAI
Pokok petai dahannya sekah,
Pokok halia tidak berdaun;
Kampung Pantai cipta sejarah,
Masjidnya berusia seratus tahun.
107 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. PANTAI KUALA
Asam keping kelapa kotai,
Nampak bersepah di celah batu;
Ada beting di muara sungai,
Banyak kepah ada di situ.
108 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. GUAN
Singgang haruan makan di bilik,
Sepinggan nasi kering disagai;
Kampung Guan namanya pelik,
Kampung tradisi di tepi sungai.
109 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. TELOK BELANGA
Cahaya berkilau di kebun bunga,
Bunga empunya dicarik monyet;
Ada pulau di Telok Belanga,
Tersohor namanya Pulau Konet.
110 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. HILIR KUALA SUNGAI BARU
Duduk berzikir lepas riadah,
Bercukur kumis pergi ke majlis;
Kampung Hilir pantainya indah,
Banyaknya remis pabila dikais.
111 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. TELOK GONG
Pokok kuini ditumbang gajah,
Buah dimakan habis berguni;
Telok Gong kini bertukar wajah,
Ada pembangunan rancak di sini.
112 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. BARU
Peniti tersemat di baju biru,
Bajunya tercarik terkena dian;
Tanjung Keramat di Kampung Baru,
Pemandangan menarik indah nian.
113 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. LADANG
Pergi bendang anak dikelek,
Cuaca redup awan berseni;
Kampung Ladang kecil molek,
Penduduk hidup dengan bertani.
114 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. BARU KUALA SUNGAI BARU
Waktu petang unggun jerami,
Sambil mengisi seberkas kurma;
Selamat datang ke kampung kami,
Kuih tradisi santapan bersama.
115 ALOR GAJAH LENDU KG. PEKAN LENDU
Ambil madu jauh di lembah,
Berjalan laju keluar kawasan;
Pekan Lendu sudah berubah,
Kampung maju jaya wawasan.
116 ALOR GAJAH LENDU KG. LENDU DALAM
Waktu malam balik ke rumah,
Bawakan seraut lidi berikat;
Lendu Dalam penduduknya ramah,
Sudah bertaut dalam muafakat.
117 ALOR GAJAH LENDU KG. LENDU AIR HITAM
Sarang kelulut di bawah titi,
Madu bersari lekat di lidah;
Tapai pulut menjadi identiti,
Serata negeri terkenal sudah.
118 ALOR GAJAH LENDU KG. LENDU HILIR
Kerabu cumi sepinggan nasi,
Makan di anjung dengan pengunjung;
Kampung kami kampung tradisi,
Agama dijunjung adat disanjung.
119 ALOR GAJAH LENDU KG. BARU LENDU
Angkat sauh waktu petang,
Awan berkabut camar bersuara;
Darilah jauh saudara datang,
Kami menyambut dengan gembira.
120 ALOR GAJAH MACHAP JAYA FELDA BUKIT BULAT
Sebalik batu tambatan perahu,
Ramai nelayan duduk menyirat;
Komuniti bersatu berganding bahu,
Itu wawasan Felda Bukit Bulat.
121 ALOR GAJAH MACHAP JAYA KG. ORANG ASLI BUKIT BESAR
Kerabu mangga tidak berkuah,
Rasanya pedas terlebih lada;
Kami berbangga di bumi bertuah,
Kemudahan asas semuanya ada.
122 ALOR GAJAH MACHAP JAYA KG. MENGGONG
Pokok pauh tumbuh sejajar,
Ditanam dekat pokok cermai;
Biarpun jauh daripada bandar,
Kami sepakat aman damai.
123 ALOR GAJAH MACHAP JAYA KG. BARU PERMAI
Bakar jerami di tepi bangsal,
Sudah dimaklum oleh petani;
Kampung kami sudah terkenal,
Berbilang kaum hidup harmoni.
124 ALOR GAJAH MACHAP JAYA KG. MELAYU MACHAP BARU
Semat peniti kalau berani,
Pakai sampin jangan di dada;
Kami majoriti golongan petani,
Rakyat pemimpin berpisah tiada.
125 ALOR GAJAH MACHAP JAYA KG. SIMPANG GADING
Duduk bersanding nampak berseri,
Cantik madah pengantin terpaku;
Simpang Gading jolokan diberi,
Begitu indah nama kampungku.
126 ALOR GAJAH MACHAP JAYA KG. MACHAP LAMA
Mengail gelama dapat kerisi,
Digoreng tepung beralas sirih;
Machap Lama desa tradisi,
Adat berkampung tidak disisih.
127 ALOR GAJAH MACHAP JAYA KG. MASJID LAMA MACHAP
Pergi klinik hidung berdarah,
Hidung dipegang tidaklah kasar;
Masjid unik cukup bersejarah,
Dibina pedagang dari Makasar.
128 ALOR GAJAH MACHAP JAYA KG. BARU MACHAP BARU
Rosak nyiru ditimpa angsana,
Pohon ara tumbang sebelah;
Kampung baru masyarakat Cina,
Terletak di antara dua daerah.
129 ALOR GAJAH LENDU KG. BUKIT BERINGIN
Berhembus angin berlalu pergi,
Murai sekawan bersiulan riuh;
Bukit Beringin tanahnya tinggi,
Nampak menawan dari jauh.
130 ALOR GAJAH LENDU KG. MASJID TANAH
Penyu karah semakin punah,
Burung tempua sarang berduri;
Ada sejarah di Masjid Tanah,
Masjid tertua megah berdiri.
131 ALOR GAJAH AYER LIMAU KG. TENGAH MASJID TANAH
Cantik pulau penuh pelampung,
Duduk bercanda di atas pangkin;
Landskap hijau sekeliling kampung,
Di sini ada Masjid Al-Muttaqin.
132 ALOR GAJAH AYER LIMAU KG. LEKOK
Buah berangan di dalam guni,
Untuk dijamu makan di tanjung;
Rumah tumpangan banyak di sini,
Tunggu tetamu datang berkunjung.
133 ALOR GAJAH AYER LIMAU KG. BUKIT APIT
Kuih kapit digulung kecil,
Ditambah keju semasa makan;
Bukit Apit kampung terpencil,
Tetap maju tidak ketinggalan.
134 ALOR GAJAH LENDU KG. SERI TERUBUK
Kunyit serbuk diminta mama,
Bakar kerisi mengguna bara;
Seri Terubuk seindah nama,
Rumah tradisi kekal dipelihara.
135 ALOR GAJAH AYER LIMAU KG. PINANG
Belajar berenang jangan serik,
Penat beraksi bersama rakan;
Kampung Pinang amat menarik,
Kampung tradisi di dalam pekan.
136 ALOR GAJAH MACHAP JAYA KG. BALAI
Pergi ke dusun memungut serai,
Makanan dijamah buat santapan;
Cantik tersusun di Kampung Balai,
Penduduk ramah santun bersopan.
137 ALOR GAJAH MACHAP JAYA KG. ULU MELAKA PINDAH
Pergi ke hulu berpindah randah,
Kawasan terpencil jauh sekolah;
Kampung Ulu Melaka Pindah,
Walaupun kecil cantik terserlah.
138 ALOR GAJAH MACHAP JAYA KG. MELAKA PINDAH
Rangkap pantun bersulam madah,
Indah berkata menyimpul rasa;
Kampung Tersusun Melaka Pindah,
Cantik di mata terkenang sentiasa.
139 ALOR GAJAH MACHAP JAYA KG. SOLOK BALIK HUTAN
Jangan dijolok sarang tebuan,
Memang pantang takut disengat;
Kampung Solok Balik Hutan,
Sekali datang pasti teringat.
140 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. TENGAH
Nafas mengah selepas bersiar,
Jantung laju umpama menari;
Kampung Tengah Melekek Luar,
Bertambah maju kampung bistari.
141 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. MELEKEK DALAM
Buah durian dibungkus empat,
Adunan kek dibahagi lima;
Asal kejadian pokok melekat,
Kampung Melekek empunya nama.
142 ALOR GAJAH GADEK KG. EMPANG BATU
Gulai ketutu bersama keledek,
Tambah jemuju jenama ratu;
Empang Batu di Mukim Gadek,
Semakin maju penduduk bersatu.
143 ALOR GAJAH GADEK KG. PADANG SEBANG
Ambil pensel berbalut lampin,
Pensel dilayur setiap hari;
Desa kecil bersempadan Tampin,
Terkenal masyhur seantero negeri.
144 ALOR GAJAH GADEK KG. PUNGGOR
Dari Selangor ke Inderagiri,
Pergi ke timur melawat kawasan;
Kampung Punggor kampung lestari,
Terus makmur dengan wawasan.
145 ALOR GAJAH DURIAN TUNGGAL KG. PANTAI BELIMBING
Daging kambing untuk sedekah,
Niat terzahir bukan berpura;
Pantai Belimbing ternama sudah,
Tempat lahir sasterawan negara.
146 ALOR GAJAH DURIAN TUNGGAL KG. PARIT MELANA
Pergi berkelana hingga ke Johor,
Mengikut teman duduk bersama;
Parit Melana kampung tersohor,
Masjid Ar-Rahman masjid utama.
147 ALOR GAJAH GADEK KG. ULU PEGOH
Berbaju kurung memakai dokoh,
Duduk berlagu mengenang hiba;
Hotel di Kampung Ulu Pegoh,
Sedia menunggu pelancong tiba.
148 ALOR GAJAH GADEK KG. PAYA DATUK
Burung belatuk bulunya anggun,
Walaupun kusam tidak berhabuk;
Paya Datuk sudah membangun,
Siang ke malam jalannya sibuk.
149 ALOR GAJAH GADEK KG. SOLOK SINDA
Pergi berkuda ke pentas utama,
Kain dilampir berwarna kuning;
Solok Sinda diberikan nama,
Lokasinya hampir dengan Naning.
150 ALOR GAJAH GADEK KG. PEKAN ALOR GAJAH
Daun lemuni di tepi sawah,
Dicelup tepung goreng sebentar;
Alor Gajah bertukar wajah,
Bermula kampung menjadi bandar.
151 ALOR GAJAH GADEK KG. SOLOK KEPONG
Ada kepompong di dahan jati,
Gugur ke tanah di tepi lombong;
Solok Kepong bertahkta di hati,
Penduduk ramah tidak sombong.
152 ALOR GAJAH GADEK KG. ARONGAN
Buah berangan beralas sampin,
Bawa ke rumah untuk dijamu;
Kampung Arongan di Mukim Tampin,
Penduduk ramah sambut tetamu.
153 ALOR GAJAH GADEK KG. KUALA INA
Indah terlakar kampung ternama ,
Jadi kenangan seluruh pawana;
Kuih Bakar menambah pesona,
Tiada tandungan di Kuala Ina.
154 ALOR GAJAH GADEK KG. GADEK
Orang dahulunya cerdik ,
Sudah cerdik rajin pula;
Sepohon kayu bergudak gadek ,
Kampung Gadek nama bermula .
155 ALOR GAJAH GADEK KG. PULAU SEBANG
Daerah utara pesat berkembang ,
Kisah bertaut hebat berubah ;
Penuh Ceritera di Pulau Sebang ,
Bukan di laut tapi di lembah .
156 ALOR GAJAH GADEK KG. PULAU SEBANG SELATAN
Bukan sembang sebarang sembang ,
Sembang Sakat kisah dilakar;
Pulau Sebang Selatan berkembang ,
Juadah lazat dilupakan sukar.
157 ALOR GAJAH GADEK KG. PULAU SEBANG UTARA
Kaum berbilang pelbagai agama ,
Saling menyantun teguh berdiri ;
Pulau Sebang Utara dinama ,
Desa tersusun gerbang negeri .
158 ALOR GAJAH AYER LIMAU KG. RAMUAN CHINA BESAR
Ramu Gajah saudagar kaya,
Sejarah penemuan hebat mendasar;
Adat dimegah dua budaya,
Kampung Ramuan China Besar.
159 ALOR GAJAH AYER LIMAU KG. RAMUAN CHINA KECHIL
Pilih ramuan ilmu ditampil,
Ramuan dijemur rempahnya mashyur;
Kisah Ramuan Cina Kecil,
Jumpa seekor gajah tersohor.
160 ALOR GAJAH AYER LIMAU KG. LADANG SUNGAI BARU
Seladang diburu bersama-sama,
Lalu terpaku tersua gajah;
Ladang Baru demikian nama,
Kampung Maju di Alor Gajah.
161 ALOR GAJAH AYER LIMAU KG. PAYA LEBAR
Luma Bintang cantik gambar,
Gambar santai suadana kampung;
Menyusur sungai tarikan pelancong,
Silalah datang ke Paya Lebar.
162 ALOR GAJAH AYER LIMAU KG. LUBUK CHINA
Indah tanjung telah terbina ,
Bagaikan taman tempat ziarah;
Nama Kampung Lubuk Cina,
Tempatnya nyaman tersurat sejarah.
163 ALOR GAJAH AYER LIMAU KG. SOLOK LIMAU NIPIS
Anak Tahfiz telah terbina,
Pertahan upaya cintai Quran;
Solok Limau nipis kampung tradiri,
Agama budaya sumber kekuatan.
164 ALOR GAJAH REMBIA KG. BANGSAL BAWAH
Nasi kawah disukai pengunjung ,
Ramai sekali datang menunggu ;
Bangsal Bawah nama kampung ,
Telah dikenali sejak dahulu .
165 ALOR GAJAH REMBIA KG. BATU HANTU
Hidup bermutu lestari seorang ,
Bantu membantu ipar lamai;
Nama diberi bukan sebarang ,
Batu Hantu kampung permai.
166 ALOR GAJAH REMBIA KG. SOLOK JERAM
Saling memberi sama merasa ,
Muafakat cermat tiada meragam;
Indah berdiri sebuah desa,
Nama tersemat Solok Jeram .
167 ALOR GAJAH REMBIA KG. SOLOK TENGAH
Hidup makmur rukun sentiasa,
Saling membantu tanpa berlengah ;
Berkunjung petang sebuah desa,
Kampung bernama Solok Tengah .
168 ALOR GAJAH REMBIA KG. BARUH BANGSAL
Baruh Bangsal kampung asli,
Tok Batin pemimpin utama ;
Warganya baik saling peduli,
Susah senang sentiasa bersama .
169 ALOR GAJAH REMBIA KG. REMBIA
Kuih jenderam kuih keria ,
Jamu bersama kole kacang ;
Hebat tersergam Kampung Rembia ,
Maju ternama desa terancang .
170 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. AYER MOLEK
Nama cantik kisah Tok Kendok ,
Perigi dan sungai airnya jernih;
Ayer Molek kampung terbentuk,
Ikatan saudara tiada tersisih.
171 ALOR GAJAH TANJUNG BIDARA KG. LUBUK REDAN
Subur pandan tumbuh melata,
Penahan tebing paya dan jeram;
Lubok Redan nama terpeta,
Warganya seiring melunas azam.
172 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. SUNGAI TUANG
Paruh burung bernama kuang,
Mencari makan bawah teratai;
Indahnya Kampung Sungai Tuang,
Pengunjung raikan di tepu pantai.
173 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. BARU PAYA MENGKUANG
Ikan puyu ikan seluang,
Ikan jenahak ikan gelama;
Kampung Baru Paya Mengkuang,
Industri ternak komodoti utama.
174 ALOR GAJAH TANJUNG BIDARA KG. SERI JERAM
Kuih jenderam sudah termasyhur,
Dibeli pengunjung asyik teringat;
Seri Jeram desanya tersohor,
Maju kampung ramai peminat.
175 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. MAN LOK
Ayam serama jalan berbelok,
Itik serati kakinya tempang;
Kampung dinama Kampung Man Lok,
Bertani ladang luas terbentang.
176 ALOR GAJAH TANJUNG BIDARA KG. PULAU MASJID TANAH
Buah zaitun buah senduduk,
Bunga talang daun cincau;
Seratus tahun usuanya beduk,
Sejarah gemilang di Kampung Pulau.
177 ALOR GAJAH TANJUNG BIDARA KG. UJONG PADANG
Sekolah sekitar siap dibina,
Gerbang terbaik agama disandang;
Cendol Mokhtar menu persona,
Daya penarik ke Ujong Padang.
178 ALOR GAJAH LENDU KG. DURIAN DAUN
Jejak senohong sisik berkilau,
Pokok setambun menahan gelama ;
Rojak sotong di Warung Hijau ,
Durian Daun kampung ternama .
179 ALOR GAJAH LENDU KG. JALAN HAJI RAHMAN YAAKOB
Terbang sekawan burung tempua ,
Sebendang huma mencari makan ;
Jalan Haji Rahman Yaakob nama ditempa,
Masjid madrasahnya jadi tumpuan .
180 ALOR GAJAH LENDU KG. JALAN SOLOK AIR SALAMAH
Warganya elok baik dan ramah,
Tawa bersantai tak kering gusi ;
Jalan Solok Air Salamah ,
Tenteram damai kampung tradisi .
181 ALOR GAJAH LENDU KG. PULAU SEMUT
Ikan sepatung memakan lumut ,
Ikan kerisi semakin memakan umpun ;
Tersebut Kampung Pulau Semut ,
Rumah tradisi Melayu serumpun .
182 ALOR GAJAH LENDU KG. SOLOK AIR BATU
Bijak bicara Si Tiong Batu ,
Kembang mendada bersiul mendayu ;
Terkenal Kampung Soloj Batu ,
Villa Bonda bak istana Melayu.
183 ALOR GAJAH LENDU KG. SOLOK DUKU
Sorok bukan sebarang sorok ,
Sorok pedati bersimpan kuku ;
Elok bukan sebarang elok ,
Elok sejati Solok Duku .
184 ALOR GAJAH LENDU KG. SERI TANJUNG
Sirih berlipat sirih junjung ,
Lawannya pinang berkerat tiga ;
Gemilang Kampung Seri Tanjung ,
Orangnya tenang sungguh geliga .
185 ALOR GAJAH LENDU KG. SOLOK PINANG
Suluh keladi di atas jenang ,
Buah belimbingdi atas gelegar;
Tertib berbudi Solok Pinang ,
Bijak berunding tidak bertengkar.
186 ALOR GAJAH TANJUNG BIDARA KG. BALIK BATU
Jering muda masak gulai,
Petai pula dibuat ulam;
Balik Batu orangya pandai,
Santunnya tinggi suka bersalam.
187 ALOR GAJAH TANJUNG BIDARA KG. HAILAM
Diam-diam menggoreng cempedak,
Dimakan empat bertambah enam;
Kampung Hailam manakan tidak,
Banyak terdapat kedai kopitiam.
188 ALOR GAJAH TANJUNG BIDARA KG. LONDANG
Padi dibanting sebelah bendang,
Guni berisi beras berjenama;
Betapa penting Kampung Londang,
Kolej Matrikulasi terkait nama.
189 ALOR GAJAH TANJUNG BIDARA KG. PENGKALAN BALAK
Gelang perak emasnya rantai,
Cincin intan permata berlian;
Pengkalan Balak namanya Pantai,
Pusat jualan hasil nelayan.
190 ALOR GAJAH TANJUNG BIDARA KG. SOLOK KEMANG
Pisang setandan pisang sesisir,
Keladi keledek di atas meja;
Solok Kemang kampung pesisir,
Orangnya cerdik pandai menjaja.
191 ALOR GAJAH TANJUNG BIDARA KG. SOLOK PENGKALAN BALAK
Mari menjolok buah salak,
Jamah merasa cecah sira;
Kampung Solok Pengkalan Balak,
Peramah sentiasa mesra bersua.
192 ALOR GAJAH TANJUNG BIDARA KG. SUNGAI KERTAH
Tanak pulut biar tak mentah,
Berlauk dengan gulai sembilang;
Ringan mulut Sungai Kertah,
Pandai bergaul mesra tak hilang.
193 ALOR GAJAH TANJUNG BIDARA KG. TANJUNG BIDARA
Duduk bersimpuh tiga saudara,
Sambil mengunyah sirih pinang;
Hebat sungguh Tanjung Bidara,
Kampung indah warganya tenang.
194 ALOR GAJAH TANJUNG BIDARA KG. PADANG KEMUNTING
Main ketinting tradisi Melayu,
Batu seremban di tengah anjung;
Padang Kemunting tempatnya penyu,
Pusat hidupan laut dilindung.
195 ALOR GAJAH TANJUNG BIDARA KG. AIR HITAM DARAT
Emas berkarat cincin di jari,
Dipakai selesa Puteri Sulaiman;
Air Hitam Darat desa bestari,
Inap desa Agro jadi idaman.
196 ALOR GAJAH AYER LIMAU KG. PAYA RUMPUT
Gaya lembut gelang suasa,
Loket emas pura kencana;
Paya Rumput kampung sentosa,
Rumah limas menjadi cantik seni bina.
197 ALOR GAJAH TANJUNG BIDARA KG. AIR HITAM PANTAI
Nenek pandai menempa tembaga,
Buat panah busur merah;
Air Hitam Pantai nama terjaga,
Masjid Nur Jannah Masyhur sejarah.
198 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. PADANG KAMBING
Masyarakat mulia budi terbimbing ,
Insan pemurah suka berukhuwah;
Tersohor megah Padang Kambing ,
Durian murah rasanya mewah .
199 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. SUNGAI BULOH
Hidup teguh damai bersama ,
Sehati sejiwa sama muafakat ;
Sungai Buloh kampung lama ,
Sebelum tiba di Simpang Empat .
200 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. ULU SUNGAI BULOH
Sungai di hulu gelap bersuluh ,
Orang kampung memasang jerat ;
Kampung Ulu Sungai Buloh ,
Senang menolong tak perlu syarat .
201 ALOR GAJAH REMBIA KG. AIR MENTAGOR 1
Tak Sempat dijolok sudah gugur ,
masak ranum manisnya tentu ;
Sungguh elok Air Mentagor,
Susah merundum sentiasa bersatu .
202 ALOR GAJAH REMBIA KG. AIR MENTAGOR 2
Jolok satu gugurnya dua,
Perah bersungguh dapat secawan ;
Budaya Air Mentagor dua ,
Kampung tegur sukar ditawan .
203 ALOR GAJAH REMBIA KG. AYER PUTIH
Anak rusa jalan bertatih ,
Jalan sama anak berbiri ;
Aman sentiasa Ayer Putih,
Bijak berniaga ekonomi mandiri .
204 ALOR GAJAH REMBIA KG. AYER UDANG
Sungguh disanjung si Datuk Sidang ,
Kenduri kendara jadi amalan ;
Cucur Kampung Ayer Udang ,
Desa bitara jadi bualan .
205 ALOR GAJAH REMBIA KG. BUKIT KUAU
Lemak pekat si ikan kurau,
Makan bersama ulan raja ;
Sungguh hebat Bukit Kuau ,
Penduduk berusaha rajn bekerja .
206 ALOR GAJAH REMBIA KG. GAJAH MATI
Orangnya baik mulia hati,
Hulur tangan senyum sentiasa ;
Canti Kampung Gajah Mati ,
Indah kenangan damainya desa .
207 ALOR GAJAH MACHAP JAYA KG. KUALA SUNGGA
Pergi niaga ke hujung Desa ,
Jual peria di dalam guni ;
Kuala Sungga makmur sentosa ,
Hidup sejahtera ke hari ini .
208 ALOR GAJAH MACHAP JAYA KG. TEBONG DALAM
Malam kelam jatuh terduduk ,
Jatuh di titi rumah ulama;
Tebong Dalam ramai penduduk ,
Bersatu hati senang bersama .
209 ALOR GAJAH MACHAP JAYA KG. TEBONG STATION
Sarung bantal biru berenda ,
Dijahit menjadi hiasan rumah ;
Kampung Tebong Station terpelihara ,
Alam semula jadi begitu indah .
210 ALOR GAJAH MACHAP JAYA KG. TEBONG
Gulai rebung dimasak kari ,
Ulam seikat tambah selera;
Kampung Tebong nama diberi ,
Damai sepakat juga sejahtera .
211 ALOR GAJAH MACHAP JAYA KG. ORANG ASLI TEBONG STATION
Bagai bintang cantik bersemi ,
Gelang bertali peraga fesyen ;
Mari datang ke Kampung kami ,
Kampung Orang Asli Tebong Station .
212 ALOR GAJAH MACHAP JAYA KG. ORANG ASLI KUBANG BADAK
Bunga melati dibuat bedak ,
Petua dikongsi oleh penghulu ;
Di Kampung Orang Asli Kubang Badak ,
Banyak tradisi diamal selalu .
213 ALOR GAJAH LENDU KG. PEKAN MASJID TANAH
Main panah sampai terkepung ,
Tidak menyerah sampai ke Zuhur ;
Pekan Masjid Tanah nama Kampung ,
Banyak sejarah semakin masyhur .
214 ALOR GAJAH DURIAN TUNGGAL KG. PEKAN DURIAN TUNGGAL
Membeli lokan habis tak tinggal ,
Bersama teman jalan bertuntun ;
Singgah ke Pekan Durian Tunggal ,
Kampungnya aman penduduk santun .
215 ALOR GAJAH KUALA LINGGI KG. PEKAN KUALA SUNGAI BARU
Makan ikan sambal cencaru,
Di tepi sumur memasang unggun;
Jalan di Pelan Kuala Sungai Baru,
Kampungnya makmur makin membangun.
216 ALOR GAJAH REMBIA KG. PEKAN REMBIA
Menjemur tepung bawah suria ,
Habis dipunggah gagak merata ;
Jalan di Kampung Pekan Rembia ,
Silalah singgha mencuci mata .
217 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. BARU TABOH NANING
Payung baharu warna kuning ,
Dibeli tiga buatan bermutu ;
Kampung Baru Taboh Naning ,
Setiap warga saling membantu .
218 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. ORANG ASLI BUKIT PAYUNG
Kerang dibeli bersama mayong ,
Di tempat redup amat selesa;
Orang Asli Bukit Payung ,
Di sini hidup aman dan sentosa.
219 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. KEMUS
Dalam kamus ertianya sama ,
Tiap makna lebihnya satu ;
Kampung Kemas demikian nama ,
Setiap warga saling membantu .
220 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. PERELING
Ayam berlanda lari keliling ,
Melihat gajah dekat dengannya ;
Kita berada di Kampung Pereling ,
Alor Gajah namanya daerah .
221 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. RIZAB MELAYU KEMUS
Gadis serani berleher jenjang ,
Gadis ayu mengepit kamus ;
Kampung ini namanya Panjang ,
Rizab Melayu di Kampung Kemus .
222 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. SIMPANG AMPAT
Ikat sepat tangkapan lama ,
Murah betul belinya esok ;
Simpang Ampat terkenal lama ,
Adanya tol keluar dan masuk .
223 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. TABOH NANING JAYA
Warna Kuning kulitnya duku ,
Bunga senduduk warna ceria ;
Tabong Naning Jaya desaku ,
Di sini penduduk berpadu setia.
224 ALOR GAJAH TABOH NANING KG. CHERANA PUTEH
Minum teh dan makan mi ,
Nikmati juadah harga murah ;
Cerana Puteh kampung kami ,
Alor Gajah namanya daerah .
225 ALOR GAJAH GADEK KG. BUKIT MERCHAT
Sawah di Tanjung ada pacat ,
Tenaga dikerah sanak saudara;
Nama kampung Bukit Merchat ,
Dalam sejarah sudah tertera .
226 ALOR GAJAH GADEK KG. SERI TANJUNG
Sirih dijunjung gadis rupawan ,
Asal gersik tinggi berbudi ;
Seri Tanjung indah menawan ,
Nama klasik dikenang abadi .
227 ALOR GAJAH GADEK KG. TANJUNG RIMAU
Nama binatang itulah harimau ,
Sangat berani nama terperi ;
Selamat datang ke Tanjung Rimau,
Kampung kami indah berseri .
228 ALOR GAJAH GADEK KG. TANJUNG RIMAU DALAM
Berlari ke anjung lalu ke dalam ,
Sambil berebut barang dibeli ;
Datanglah ke Tanjung Rimau Dalam ,
Kami sambut riang sekali .
229 ALOR GAJAH GADEK KG. TANJUNG RIMAU LUAR
Berlari ke anjung terus keluar,
Sambil menyambut barang dibeli ;
Datanglah ke Tanjung Rimau Luar,
Kami sambut riang sekali .
230 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. BUKIT NIBONG
Kuih kemohong bersalut tepung,
Dibawa dengan mangkuk tingkat;
Gotong-royong amalan kampung,
Hidup muafakat membawa berkat.
231 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. KANDANG
Mengutip seludang di pohon turi,
Dibuat unggun sambil berseloka;
Kampung Kandang nama diberi,
Penduduk santun berbudi belaka.
232 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. PENGKALAN RENGGAM
Pelbagai ragam budaya berseni,
Berlainan tempat berbeza harkat;
Pengkalan Renggam desa harmoni,
Hidup sepakat melimpah berkat.
233 MELAKA TENGAH AYER MOLEK TAMAN BUKIT LINTANG INDAH
Padi menguning luas terbentang,
Belalang tumpang rezeki petani;
Suasana hening di Bukit Lintang,
Berbilang kaum hidup harmoni.
234 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. BALIK BUKIT
Kuih bangkit di dalam loyang,
Sudah terhidang silakan jamah;
Balik Bukit kampungku sayang,
Indah terbilang penduduk ramah.
235 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. SURAU BATU
Alun cak lempong sungguh memikat,
Melenyapkan sugul segala runsing;
Penduduk kampung saling sepakat,
Perpaduan unggul diambil pusing.
236 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. TENGAH PAYA DALAM
Jidur bergema malam kondangan,
Nasi ambang hidangan bertalam;
Warisan pusaka dilupakan jangan,
Adat terbilang takkan tenggelam.
237 MELAKA TENGAH KESIDANG TAMAN MERDEKA
Rendang cempaka bunga berseni,
Rimbunan redup damai memikat;
Taman Merdeka sungguh harmoni,
Amalan hidup saling muafakat.
238 MELAKA TENGAH KESIDANG TAMAN MERDEKA
Berdahan rendah pohon kesidang,
Harumnya bunga letak disanggul;
Tamanku indah cantik dipandang,
Hidup bersama sepakatnya unggul.
239 MELAKA TENGAH KESIDANG MELAKA BARU
Kelihatan ungu buah markisa,
Masak ranum di seberang titi;
Melaka Baru kampung sentosa,
Berbilang kaum bersatu hati.
240 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. GEDONG LALANG
Sedap dipanggang ikan sembilang,
Lemak melekat hidangan terkini;
Selamat datang ke Gedong Lalang,
Penduduk sepakat lagi harmoni.
241 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. BAHGIA
Bakar kemenyan di dalam dupa,
Letakkan dupa di tengah laman;
Petani dan nelayan tidak dilupa,
Industri desa menerobos zaman.
242 MELAKA TENGAH KLEBANG TAMAN BUKIT RAMBAI
Sungguh terliur lemak berlada,
Pembuka selera ikan pekasam;
Saling menegur berlapang dada,
Jalinan mesra menjadi resam.
243 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. KLEBANG BESAR
Ramai beriadah alun berdendang,
Tempatnya gilang layar perahu;
Pantainya indah asyik dipandang,
Pantai Klebang semua tahu.
244 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. PERSIARAN BALIK BULUH
Cencaluk udang enak dimakan,
Jangan dilupa bersama ulam;
Selamat datang kami ucapkan,
Kalau berjumpa berilah salam.
245 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. PERSIARAN BALIK BULUH
Kapal selam di Pantai Klebang,
Tempat nelayan menjaring ikan;
Marilah teman, adik dan abang,
Asyik berjalan mencari makan.
246 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. BATANG TIGA
Ulam pegaga mudah disemai,
Penuh seguni ditimbang diikat;
Batang Tiga kampungnya permai,
Hidup harmoni saling muafakat.
247 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. SOLOK MANGGIS
Ke hujung tanjung terbang pekaka,
Hinggap menerpa dahan berembang;
Kalau berkunjung ke negeri Melaka,
Janganlah dilupakan Pantai Klebang.
248 MELAKA TENGAH PANTAI KUNDOR KG. PANTAI ROMBANG
Badai gelombang petang hari,
Haluan ke tanjung tepian laut;
Pantai Rombang Pantai Puteri,
Tumpuan pengunjung hati terpaut.
249 MELAKA TENGAH PANTAI KUNDOR KG. BUKIT SALLEH
Bukit Saleh empunya nama,
Dalam kariah Tangga Batu;
Beramal soleh tuntutan agama,
Madani rahmah hidup bersatu.
250 MELAKA TENGAH PANTAI KUNDOR KG. LEREH
Berjalan-jalan mencari nangka,
Sambil berjalan memakan sirih;
Kalau tuan ke negeri Melaka,
Marilah singgah ke Kampung Lereh.
251 MELAKA TENGAH PENGKALAN BATU SARANG HELANG
Sayang lalang melambai-lambai,
Senduduk cantik banyak di titi;
Sarang Helang aman dan damai,
Penduduk baik bersatu hati.
252 MELAKA TENGAH PENGKALAN BATU KG. BUKIT PIATU
Harum berseri bunga angsana,
Jatuh bertaburan di atas batu;
Kampung kami memang ternama,
Itulah panggilan Kampung Bukit Piatu.
253 MELAKA TENGAH PENGKALAN BATU TAMAN WIDURI
Ke rimba belantara memburu napuh,
Napuh diburu rusa yang melekat;
Damai mesra Kampung Baruh,
Hidup bersatu serta bermuafakat.
254 MELAKA TENGAH PENGKALAN BATU KG. MUSAI
Burung murai riuh berbunyi,
Kakak tua pandai berkata;
Kampung Musai tidaklah sunyi,
Muda dan tua hidup sekata.
255 MELAKA TENGAH PENGKALAN BATU KG. BUKIT PALAH
Tekun berkayuh bantu-membantu,
Sarat bermuat buluh penggalah;
Walaupun jauh beribu batu,
Kuat teringat ke Kampung Bukit Palah.
256 MELAKA TENGAH PENGKALAN BATU KG. BACHANG
Buah bacang himpun seguni,
Buah yang cantik letak di loyang;
Penduduk Bachang hidup harmoni,
Berbaik-baik dan berkasih sayang.
257 MELAKA TENGAH PENGKALAN BATU KG. PENGKALAN BATU
Rumah pusaka warisan berseni,
Tinggalan waktu segar kenangan;
Datang ke Melaka menginap di sini,
Pengkalan Batu dilupakan jangan.
258 MELAKA TENGAH PAYA RUMPUT KG. PAYA RUMPUT
Sungguh lembut daging salai,
Makan berukhuwah cara hidangan;
Paya Rumput desa nan gemalai,
Tempat bertuah pemimpin sanjungan.
259 MELAKA TENGAH PAYA RUMPUT KG. BUKIT DATOK A
Nasi dagang dari Kelantan,
Dibawa datuk resipi yang asli;
Kami riang berikan sambutan,
Desa Bukit Datuk indah sekali.
260 MELAKA TENGAH PAYA RUMPUT KG. KRUBONG
Pergi ke hulu petik kecubung,
Kecubung dipetik bawa ke pekan;
Dari dahulu Kampung Krubong,
Tempat terbaik menangkap ikan.
261 MELAKA TENGAH PAYA RUMPUT KG. CHENG
Ahad petang pergi memancing,
Berkemeja merah diiring teman;
Selamat datang ke Kampung Cheng,
Warga pemurah kaya senyuman.
262 MELAKA TENGAH PAYA RUMPUT HUJUNG PADANG
Bernyanyi boria begitu candi,
Ceria teramat lagu didendang;
Kami setia menabur budi,
Mulia berkhidmat di Hujung Padang.
263 MELAKA TENGAH PAYA RUMPUT KG. LADANG
Hutan bertuah bagai berbudi,
Balak ditebang hutan diterang;
Ditanam getah dan juga padi,
Kampung Ladang nama sekarang.
264 MELAKA TENGAH PAYA RUMPUT KG. TAMPOI
Leka bercanda riang memandang,
Anginlah petang bertiup sepoi;
Kepada anda kami mengundang,
Sudilah datang ke Kampung Tampoi.
265 MELAKA TENGAH PAYA RUMPUT KG. TANJUNG MINYAK
Sempat menanak nasi minyak,
Beriani gam persediaan tahlil;
Tempat terletak Kampung Tanjung Minyak,
Di situ tersergam Masjid Tun Khalil.
266 MELAKA TENGAH DUYONG TAMAN SERI DUYONG
Bukang gayung sebarang gayung,
Gayung terbaik buatan tangan;
Bukan Duyong sebarang Duyong,
Duyong cantik indah pandangan.
267 MELAKA TENGAH DUYONG KG.LADANG
Anjung pandang tempat ramai,
Redup dilihat pandangan sisi;
Kampung Ladang indah dan permai,
Hidup sepakat sedia bertoleransi.
268 MELAKA TENGAH DUYONG KG. BUKIT GODEK
Ikan di kolam si air tawar,
Nampak cetek berenang haruan;
Semabok Dalam Semabok Luar,
Bukit Godek terletaknya haluan.
269 MELAKA TENGAH DUYONG KG. PERIGI HANG TUAH
Pergi berziarah memupuk ukhuwah,
Tempatnya redup nampak ceria;
Perigi Hang Tuah kampung bertuah,
Rakyatnya hidup aman bahagia.
270 MELAKA TENGAH DUYONG KG. SEMABOK
Buangkan habuk berhati-hati,
Cuma dikhuatiri terjangkit kuman;
Herdikan si mabuk tidak berhenti,
Nama diabadikan sepanjang zaman.
271 MELAKA TENGAH DUYONG KG. JAMBATAN DUYONG
Duduk mendayung perahu ke muara,
Menyusur tepian elak pelanggaran;
Penduduk Duyong hidup sejahtera,
Menyubur sopan menghormati jiran.
272 MELAKA TENGAH DUYONG KG. DURIAN DAUN DALAM
Daun mempelam diambil puteri,
Dengan jerami hendak dilukis;
Durian Daun Dalam kampung bestari,
Kesetiaan kami tidak terhakis.
273 MELAKA TENGAH SUNGAI UDANG KG. PAYA RUMPUT
Riang dipantau berhari-hari,
Senyuman teruna berbaur tawa;
Ramai perantau suka ke mari,
Taman Peruna tempat istimewa.
274 MELAKA TENGAH SUNGAI UDANG KG. SUNGAI UDANG JAYA
Dari bendang hendak ke kali,
Cuacanya panas terasa membara;
DUN Sungai Udang sangat dikenali,
Adanya Petronas, Tentera dan Penjara.
275 MELAKA TENGAH SUNGAI UDANG KG. PAYA RUMPUT JAYA
Duduk memesan air selasih,
Waktu mengunjung rakan sebaya;
Seluruh kawasan tampak bersih,
Inilah Kampung Paya Rumput Jaya.
276 MELAKA TENGAH SUNGAI UDANG TAMAN TERENDAK PERMAI
Pokok senduduk keliling telaga,
Tempat berlindung mandi beramai;
Muafakat penduduk sama terjaga,
Selamat berkunjung ke Terendak Permai.
277 MELAKA TENGAH SUNGAI UDANG SERI BERTAM
Hari Selasa memakan ketam,
Makan tekun dek sendirian;
Berbudi bahasa orang Seri Bertam,
Sopan santun amalan harian.
278 MELAKA TENGAH BUKIT KATIL KG. BUKIT KATIL
Ditemu batil emas di puncak,
Dibawa demang kampung dituju;
Bukit Katil semakin rancak,
Lokasi memang meningkat maju.
279 MELAKA TENGAH BUKIT KATIL KG. BUKIT BAYAN
Sungguh merdu suara merbah,
Di bumbung rumah bagai menanti;
Melakaku maju kian berubah,
Rakyatnya peramah baiknya hati.
280 MELAKA TENGAH BUKIT KATIL KG. BUKIT BARU DALAM
Dari Penerok pergi ke Selama,
Mencari abang bakal suami;
Kampung Telok seindah nama,
Asalnya datang keturunan kami.
281 MELAKA TENGAH BUKIT KATIL KG. TELOK
Burung tekukur di tapak semaian,
Kemudian ke tasik sebelah utara;
Acar tersohor di Bukit Bayan,
Hidangan klasik tiadalah tara.
282 MELAKA TENGAH BANDAR HILIR KG. AYER LEREH
Ketika moreh bulan puasa,
Bertiga setaman riang menemani;
Ayer Lereh dalam hati sentiasa,
Semoga aman kekal harmoni.
283 MELAKA TENGAH BANDAR HILIR UJONG PASIR PANTAI
Duduk menyisir terjalin kasih,
Terdengar tangis menjelang raya;
Ujong Pasir Pantai begitu bersih,
Kampung Portugis warisan budaya.
284 MELAKA TENGAH AYER KEROH KG. BARU AYER KEROH
Laman di baruh menghadap paya,
Jadi laluan hendak ke tanjung;
Taman Ayer Keroh tempat saya,
Jadi tumpuan para pengunjung.
285 MELAKA TENGAH KOTA LAKSAMANA KG. MATA KUCING
Bunga Kemuning putih murni,
Warna ceria kesukaan ratu;
Mata Kuching kampung harmoni,
Warga bahagia hidup bersatu.
286 MELAKA TENGAH KOTA LAKSAMANA KG. PENGKALAN RAMA TENGAH
Juadah pecal susun berseni,
Disusun rapat lalu dihidangkan;
Sudah terkenal kampung kuhuni,
Inang-inang dan tat kuih dipasarkan.
287 MELAKA TENGAH KOTA LAKSAMANA KG. TENGKERA PANTAI 1
Pokok tanjung di seberang padang,
Pokok petai di seberang titi;
Puas kutenung puas kupandang,
Tengkera Pantai berkenan di hati.
288 MELAKA TENGAH KOTA LAKSAMANA KG. MORTEN
Ikan patin kesukaan besan,
Dijadikan hidangan waktu berbuka;
Kampung Morten kampung warisan,
Kampung pelancongan Negeri Melaka.
289 MELAKA TENGAH KOTA LAKSAMANA KG. SEMBILAN
Kunjung taulan sahabat lama,
Rapat ikatan jauh di seberang;
Kampung Sembilan ramai ulama,
Dapat sambutan di tempat orang.
290 MELAKA TENGAH TELOK MAS KG. TELOK MAS
Meraut lidi rapi dan kemas,
Dibawa teruna segak bersampin;
Terpaut hati warga Telok Mas,
Bitara cakna bijak pemimpin.
291 MELAKA TENGAH TELOK MAS KG. BUKIT META
Tikar mengkuang anyaman kemas,
Dipandang mata terpaut ke hati;
Marilah datang ke Telok Mas,
Orang Bukit Meta sedia menanti.
292 MELAKA TENGAH TELOK MAS KG. PADANG TEMU
Berseri cempaka hiasan baju,
Riang bertamu bergaya sopan;
Negeri Melaka semakin maju,
Padang Temu sudah ke hadapan.
293 MELAKA TENGAH TELOK MAS KG. PERMATANG PASIR
Bersenang-senang duduk menyisir,
Ketika mentari terlindung awan;
Sungai tenang di Permatang Pasir,
Indah menyinari para wisatawan.
294 MELAKA TENGAH TELOK MAS KG. TAMBAK BUGIS
Berenang di pantai tuan dan puan,
Nampak manis terjaga ikatan;
Simpang Alai menjadi tumpuan,
Tambak Bugis desa berdekatan.
295 MELAKA TENGAH TELOK MAS KG. BUKIT PUNGGOR
Sedikit anggur dibuat bekalan,
Makan ketika dalam kembara;
Bukit Punggur menjadi bualan,
Ikan bakarnya memikat selera.
296 MELAKA TENGAH TELOK MAS KG. PENGKALAN JAJAR
Keindahan fajar tepian tanjung,
Laut terbentang nampak muara;
Pengkalan Jajar ramai pengunjung,
Jemput datang menjamu selera.
297 MELAKA TENGAH TELOK MAS KG. ALAI
Pisang salai masak di hujung,
Sedap dirasa terbuka selera;
Baruh Alai menggamit pelancong,
Inap desa layanannya mesra.
298 MELAKA TENGAH TELOK MAS TAMAN SERI TELOK EMAS
Laut lepas laluan bahtera,
Kendaliannya elok teratur masa;
Seri Telok Mas tamannya sejahtera,
Kemajuannya untuk semua bangsa.
299 MELAKA TENGAH TELOK MAS KG. BUKIT PEGOH
Talam dibuat orang yang yakin,
Makanlah teliti nikmati sungguh;
Menyulam adat ilmu dicerakin,
Demikianlah kami di Bukit Pegoh.
300 MELAKA TENGAH TELOK MAS KG. UJONG PASIR
Begitu nikmat si buah manggis,
Ketika makan hindari langsir;
Hendak melihat warisan Portugis,
Masa diluangkan ke Ujong Pasir.
301 MELAKA TENGAH TELOK MAS KG. DARAT PULAU
Kerbau balau dibuat penarik,
Ditarik santai keliling taman;
Darat Pulau namanya menarik,
Tiada pantai kampungnya aman.
302 MELAKA TENGAH TELOK MAS KG. BARUH ALAI
Burung murai memakan pinang,
Makan bertiga di sebalik batu;
Baruh Alai kampungnya tenang,
Seluruh warga bantu-membantu.
303 MELAKA TENGAH TELOK MAS KG. PARIT ALAI
Daging salai makan berdamai,
Di tengah-tengah letak hidangan;
Parit Alai kampungnya permai,
Melaka Tengah daerah naungan.
304 MELAKA TENGAH TELOK MAS KG. TAMBAK SEBELONG
Hidup gemilang tolong-menolong,
Lemah lembut tutur bicara;
Jika datang ke Tambak Sebelong,
Kami sambut dengan gembira.
305 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. AYER MOLEK
Banyaknya baju hendak disidai,
Baju cantik pelbagai jenama;
Pekannya maju berpuluh kedai,
Ayer Molek demikianlah nama.
306 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. BARU TIANG DUA
Jangan terburu berdua-dua,
Dapat berteman terhibur juga;
Kampung Baru Tiang Dua,
Tempat nyaman disukai warga.
307 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. PENGKALAN MINYAK
Cakna berteman sifat mahmudah,
Jauhkan tamak kemajuan dipacu;
Saidina Uthman masjid yang indah,
Pengkalan Minyak empunya mercu.
308 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. PAYA BARU
Irama lagunya nama diseru,
Seluruh ayat susunan berseni;
Nama kampungnya Paya Baru,
Seluruh rakyat hidup harmoni.
309 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. SEBERANG ANAK AYER
Minum air amalan yang utama,
Dapat mengawal fikiran tenang;
Seberang Anak Ayer terasas lama,
Generasi terawal jasa dikenang.
310 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. SOLOK JENUANG
Banyak golok antara golok,
Golok berkarat jangan dibuang;
Banyak solok antara solok,
Solok sepakat Solok Jenuang.
311 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. TAMBAK PAYA
Irama narasi lenggok bergaya,
Seni dihafal jelas dan terang;
Nama tradisi Tambak Paya,
Penghuni asal dari seberang.
312 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. TAMBAK
Laut berombak sepanjang tanjung,
Tempat orang riang berteman;
Kampung Tambak nama dijunjung,
Nama terkarang sejak berzaman.
313 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. SOLOK JALAN SHUKUR
Sekawan tekukur terbang belok,
Usai belok hinggap di jambangan;
Jalan Shukur kampungnya elok,
Nama solok menjadi kenangan.
314 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. BARU BUKIT KAJANG
Kurung biru lengan panjang,
Warna harmoni kemasnya jahitan;
Kampung Baru Bukit Kajang,
Nama yang murni dalam ingatan.
315 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. JALAN PITCHEY
Jangan menceceh atau mengata,
Jika mengata dosa terhimpun;
Jalan Pitchey penempatan kita,
Tiada sengketa hidup serumpun.
316 MELAKA TENGAH PENGKALAN BATU KG. BACHANG DARAT
Cermat ditatang sedaya kudrat,
Doa disantuni pelindung diri;
Selamat datang ke Bachang Darat,
Kampung kami indah lestari.
317 MELAKA TENGAH PENGKALAN BATU KG. PASIR PUTEH
Makan bertih dengan teman,
Bersama menuju tempat berkelah;
Pasir Puteh kampungnya aman,
Bersama maju kampung sebelah.
318 MELAKA TENGAH PENGKALAN BATU KG. SARANG
Tumbuhnya lalang usah ditarah,
Diracun sahaja lebih berkesan;
Kampung Sarang ada sejarah,
Anggun warga jayakan wawasan.
319 MELAKA TENGAH KESIDANG KG. BAKAR BATU
Mekar bermutu tanaman jiran,
Tanaman sekata rajin diolah;
Bakar Batu kampung pinggiran,
Pinggiran kota nama terserlah.
320 MELAKA TENGAH KESIDANG KG. PADANG PANTAI
Riang santai santun bersemi,
Hasrat terluah dipendam lama;
Padang Pantai kampung kami,
Tempat bertuah maju bersama.
321 MELAKA TENGAH KESIDANG KG. SOLOK TAMBAK BALAI PANJANG
Teluk berombak jauh memanjang,
Tangga dibina memintas dekat;
Solok Tambak Balai Panjang,
Warganya cakna hidup sepakat.
322 MELAKA TENGAH KESIDANG KG. POKOK MANGGA
Pilih laluan lengkap bertangga,
Tenaga dikerah kudrat sendiri;
Kalau kalian ke Pokok Mangga,
Teroka sejarah nama yang diberi.
323 MELAKA TENGAH KESIDANG KG. BULUH
Buah-buahan tak semuanya sama,
Dalam sepuluh berbeza sungguh;
Asal tumbuhan diabadikan nama,
Kampung Buluh muafakatnya teguh.
324 MELAKA TENGAH KESIDANG KG. BALAI PANJANG
Sanjung umi kalimat sekajang,
Sedikit dibaca doa penyembuh;
Kampung kami Balai Panjang,
Masjid Al-Huda di pinggir lebuh.
325 MELAKA TENGAH KESIDANG KG. PANDAN MALIM
Kecindan mualim otaknya geliga,
Berteka-teki di bayangan redup;
Pandan Malim terhimpun peniaga,
Mencari rezeki menyambung hidup.
326 MELAKA TENGAH KESIDANG KG. BAROH
Daun luruh anginnya kencang,
Sekejaplah amat sekelip mata;
Kampung Baroh di Mukim Bachang,
Dekatlah sangat di pinggir kota.
327 MELAKA TENGAH AYER KEROH KG. PULAU SAMAK
Kalau emak menderhaka jangan,
Akur larangan elakkan dendam;
Pulau Samak depannya lapangan,
Sohor lapangan Batu Berendam.
328 MELAKA TENGAH BUKIT KATIL KG. BATU BERENDAM
Irama canggung bukan gurindam,
Ghazal sama kesukaan teman;
Nama kampung Batu Berendam,
Terkenal lama zaman-berzaman.
329 MELAKA TENGAH AYER KEROH KG. SUNGAI PUTAT
Pandai sangat masak juadah,
Pelawat suka singgahlah makan;
Sungai Putat tersohor sudah,
Loghat Melaka telah ditularkan.
330 MELAKA TENGAH KESIDANG KG. SOLOK KERETAPI
Tepung pelita kuih yang lama,
Rasanya sedap mudah dipesan;
Kampung kita peliknya nama,
Buktinya dicerap pada landasan.
331 MELAKA TENGAH KESIDANG KG. SOLOK BANGSAL
Elok menyesal hindari dosa,
Hidup sebaiknya gilang-gemilang;
Solok Bangsal tenangnya desa,
Rumah-rumahnya dapat dibilang.
332 MELAKA TENGAH PAYA RUMPUT KG. BERTAM MALIM
Diam mualim sentiasa bersetuju,
Rajin berkarya ilmu meningkat;
Bertam Malim kawasannya maju,
Malim Jaya kawasan terdekat.
333 MELAKA TENGAH PAYA RUMPUT KG. CHENG PERDANA
Kucing terlena tompoknya hitam,
Memakan remah tidak terburu;
Cheng Perdana di Mukim Bertam,
Berderetan rumah zaman baharu.
334 MELAKA TENGAH PAYA RUMPUT KG. CHENG PANTAI
Rantai loceng mengiring mamai,
Mamai adik tidaklah lama;
Pantai Cheng kampungnya permai,
Damai cantik tersohornya nama.
335 MELAKA TENGAH BUKIT KATIL KG. BUKIT BARU KAMPUNGKU SAYANG
Berakit ke hulu dilindung bayang,
Panas yang terik di laluan sebelah;
Bukit Baru Kampungku Sayang,
Desa menarik keindahan terserlah.
336 MELAKA TENGAH BUKIT KATIL KG. BUKIT BERUANG JAYA
Bukanlah wang sebarang wang,
Wang si kaya bukan sedikit;
Bukanlah beruang sebarang beruang,
Beruang Jaya di kawasan berbukit.
337 MELAKA TENGAH BUKIT KATIL KG. PAYA IKAN
Irama keroncong kita putarkan,
Rasa terkesan jiwa terharu;
Nama kampung Paya Ikan,
Dalam kawasan Bukit Baru.
338 MELAKA TENGAH BUKIT KATIL KG. BUKIT SAGA
Kuih seraga tinggal setengah,
Hidang tetamu mengambil berkat;
Bukit Saga di Melaka Tengah,
Padang Jambu kampung terdekat.
339 MELAKA TENGAH BUKIT KATIL KG. BARU BUKIT BERUANG
Anjung baharu ditambah ruang,
Diubah nama ruangnya nampak;
Kampung Baru Bukit Beruang,
Sudah lama sejarahnya bertapak.
340 MELAKA TENGAH BUKIT KATIL KG. PADANG JAMBU
Petang-petang memakan tebu,
Hampasnya pula disepah jangan;
Selamat datang ke Padang Jambu,
Kolej Antarabangsa nun di lapangan.
341 MELAKA TENGAH BUKIT KATIL KG. BUKIT BERUANG
Lima sepakat riang berkawan,
Sedikit wang berjimat belanja;
Nama tempat bersempena haiwan,
Bukit Beruang nama yang teruja.
342 MELAKA TENGAH AYER KEROH KG. AYER KEROH
Menghafal lama bacaan bitara,
Tanpa disuruh dibaca bersopan;
Terkenal nama di seluruh negara,
Ayer Keroh kemajuannya di depan.
343 MELAKA TENGAH AYER KEROH KG. TUN RAZAK
Anjung di dusun sudahlah fitrah,
Dijaga prihatin berehat selesa;
Kampung tersusun terkait sejarah,
Nama pemimpin disanjung bangsa.
344 MELAKA TENGAH AYER KEROH KG. TUN RAZAK 2
Cak lempong di Minangkabau,
Iramanya anggun lagu didendang;
Nama kampung sejarah diimbau,
Rumah tersusun selesa dipandang.
345 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. BATU PUTIH
Adat Temenggong bukan Perpatih,
Berbeza nama dihurai panjang;
Tersurat kampung namanya Batu Putih,
Sejarah lama ceritanya berkajang.
346 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. BUKIT GADONG
Cermat datang riang berbondong,
Berbasa basi menyusun bicara;
Selamat datang ke Bukit Gadong,
Desa tradisi warganya sejahtera.
347 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. BUKIT LINTANG
Pagi ke petang tidaklah mungkir,
Aturannya sama sudah tersurat;
Bukit Lintang sejarahnya terukir,
Kampung lama perpaduannya erat.
348 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. BUKIT NIBONG
Orang Tebong ke Parit Lampung,
Bergerak pagi sampainya petang;
Bukit Nibong namanya kampung,
Mukim menaungi Bukit Lintang.
349 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. PADANG
Silau jadinya tatkala memandang,
Memandang lama terkesan mata;
Kalau berada di Kampung Padang,
Nama yang sama tersebar merata.
350 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. PAYA DALAM
Upaya menyelam biar berteman,
Dilarang berani terburu-buru;
Paya Dalam kampung berzaman,
Sekarang dihuni generasi baharu.
351 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. PAYA REDAN
Daun pandan segar sepetang,
Diguna lagi janganlah dibuang;
Paya Redan di Bukit Lintang,
Majunya terbukti di segenap ruang.
352 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. SOLOK GAUNG
Juadah utama si ikan baung,
Juadah dijual masakan teman;
Indahnya nama Solok Gaung,
Sudah terkenal merentas zaman.
353 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. SURAU BATU
Pulau berbatu jauh setentang,
Hendak pergi jangan seorang;
Surau Batu di Bukit Lintang,
Namanya abadi hingga sekarang.
354 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. TANJUNG MAK MIDAH
Hujung lidah kalimat bersemi,
Madah diulang berdikit-dikit;
Tanjong Mak Midah desa kami,
Mudah dibilang rumahnya sedikit.
355 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. TENGAH PAYA DALAM
Terputarnya irama kenangan silam,
Teringat semula sayu menjengah;
Terasasnya lama di Paya Dalam,
Kalimat bermula Kampung Tengah.
356 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. BUKIT KECHIL
Anak kecil duduk meninjau,
Atas titi disuap nasi;
Bukit Kechil landskapnya hijau,
Binaan berseni kekal tradisi.
357 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. PAYA MERANTI
Rakyat menanti pemimpin bermadah,
Sambil duduk mendengar hasrat;
Paya Meranti kampungnya indah,
Ukhuwah penduduk terjalin mesra.
358 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. PENDAMAR
Burung camar burung merpati,
Mencari makan di atas perdu;
Kampung Pendamar kampung sejati,
Penduduknya sopan bersatu padu.
359 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. BAROH
Daun luruh dari rantingnya,
Disapu sudah waktu petang;
Kampung Baroh seunik namanya,
Tersergam indah di Bukit Lintang.
360 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. SOLOK HAJI AMIN
Sebelah petang doa diamin,
Berbayu batuk bersih menarik;
Jemputlah datang ke Solok Haji Amin,
Kampung cantik semua tertarik.
361 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. SERI MAWAR
Air dijampi buat penawar,
Badan lemah tidak terasa;
Nama diberi Kampung Seri Mawar,
Warga peramah berbudi bahasa.
362 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. PAYA TANJUNG
Datang pengunjung punca melambai,
Rezeki meningkat mampan sentiasa;
Paya Tanjung jajahan Umbai,
Ceria muafakat pelbagai bangsa.
363 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. BUKIT SERI
Burung helang di pohon turi,
Bebas berdiri di tengah halaman;
Jemputlah datang ke Bukit Seri,
Warganya berseri kaya senyuman.
364 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. BUKIT DURIAN
Masuk hutan memasang jerat,
Jerat dawai menjadi pilihan;
Bukit Durian nama terpahat,
Kampung permai kaya keindahan.
365 MELAKA TENGAH PENGKALAN BATU KG. SOLOK BUKIT PIATU
Parasnya elok buat menantu,
Molek dihiasi pemerah pipi;
Jemputlah ke Solok Bukit Piatu,
Moden tradisi lengkap-melengkapi.
366 MELAKA TENGAH PENGKALAN BATU KG. SOLOK MUSAI
Ke kota Masai ke rumah besan,
Jalan berbatu bukan kepalang;
Solok Musai kampung wawasan,
Warga bersatu hidup gemilang.
367 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. BUKIT KECHIL
Minyak ditatang bekasnya kecil,
Bekas lama kukuh buatan;
Selamat datang ke Bukit Kechil,
Semarak agama jadi anutan.
368 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. SEBERANG GAJAH
Dipetik hajah bunga melati,
Tersusun rapi di dalam dulang;
Seberang Gajah terpahat di hati,
Hidup melengkapi agama dijulang.
369 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. PINANG HARAPAN
Tanam halia kebun di depan,
Tanpa jemu membanting tulang;
Amalan mulia Pinang Harapan,
Menuntut ilmu tradisi terbilang.
370 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. TENGAH BUKIT RAMBAI
Faktor alami usah diabai,
Aura penarik kekal disanjung;
Kampung Tengah Bukit Rambai,
Desa menarik gamit pengunjung.
371 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. LORONG SATU DAN DUA
Ceria gagah hingga ke tua,
Usah disisih biarlah berteman;
Singgahlah ke Kampung Lorong Satu Dua,
Kampung bersih udara nyaman.
372 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. SETULANG DAING
Pahlawan gagah bermain lembing,
Pusaka arwah dari mangkubumi;
Andai singgah ke Setulang Daing,
Kehijauan sawah kekal alami.
373 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. PINANG A
Pokok pinang di tengah halaman,
Buat lingkungan susunan batu;
Kampung Pinang A udaranya nyaman,
Luas pandangan meredupkan mata.
374 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. PINANG B
Ada pemenang adalah hadiah,
Bakat disemai mengikut masa;
Ke Kampung Pinang B jomlah singgah,
Indah permai kedamaian terasa.
375 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. PAYA MENGKUANG 1
Ikan sembilang kail di bendang,
Rezeki petani melepas rindu;
Ke Paya Mengkuang 1 mari bertandang,
Di sini harmoni bersatu padu.
376 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. PAYA MENGKUANG 2
Lampu kalimantang dipasang dua,
Dalam dusun duduk berbincang;
Sila datang ke Paya Mengkuang Dua,
Kampung tersusun bagai dirancang.
377 MELAKA TENGAH PAYA RUMPUT KG. AYER HITAM A
Susana tenang majlis berkhatam,
Merdu nian bacaan dialunkan;
Selamat datang ke Ayer Hitam,
Kunjungan kalian kami alu-alukan.
378 MELAKA TENGAH PAYA RUMPUT KG. SOLOK SOYA
Memetik gitar di majlis rasmi,
Penuh gaya merdu bunyinya;
Singgah sebentar di kampung kami,
Solok Soya seunik namanya.
379 MELAKA TENGAH PAYA RUMPUT KG. PULAU GADONG
Bawa bekal juga pelampung,
Mendulang timah pergi berlima;
Pulau Gadong kekal rasa kampung,
Warga peramah mencintai agama.
380 MELAKA TENGAH DUYONG KG. DUYONG
Memetik buah bergotong-royong,
Galah rencong tahan menahun;
Perigi Hang Tuah di Kampung Duyong,
Menggamit pelancong sepanjang tahun.
381 MELAKA TENGAH DUYONG KG. BUKIT RANTING
Terbang rerama hinggap di ranting,
Dalam taman cantik menggoda;
Kampung bernama Bukit Ranting,
Desa nyaman tua dan muda.
382 MELAKA TENGAH DUYONG KG. DUYONG TENGAH
Balik menjengah tanah dusun,
Jiwa menggeletik azan kumandang;
Kampung Duyong Tengah kampung tersusun,
Nampak cantik mata memandang.
383 MELAKA TENGAH DUYONG KG. JAMBATAN DUYONG
Guna payung hujan rintik,
Janji bertemu duduk di tangga;
Jambatan Duyong kampungnya cantik,
Masyarakat berilmu berpadu tenaga.
384 MELAKA TENGAH DUYONG KG. PERMATANG
Emas mewah disukat gantang,
Untuk hadiah tanda ingatan;
Jemputlah singgah ke Kampung Permatang,
Nostalgia indah jadi kenangan.
385 MELAKA TENGAH DUYONG KG. PERMATANG DUYONG
Simbol gayung gambaran adat,
Jadi asbab nilai kemanusiaan;
Permata Duyong penduduknya padat,
Masjid Al-Wahab syiar ketakwaan.
386 MELAKA TENGAH DUYONG KG. SOLOK BUKIT BARU
Elok menyeru berbasa basi,
Baik fahami serlah peranan;
Solok Bukit Baru kampung tradisi,
Utuh bersemi semangat kejiranan.
387 MELAKA TENGAH DUYONG KG. BUKIT DUYONG
Silat gayung berlatih pagi,
Didik masyarakat tingkat muafakat;
Bukit Duyong tanahnya tinggi,
Muafakat sepakat membawa berkat.
388 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. SOLOK BAKAR BATU
Ambil restu ikutlah adat,
Agar kukuh hidup berpaksi;
Solok Bakar Batu ternyata padat,
Kekal teguh hubungan serasi.
389 MELAKA TENGAH AYER MOLEK KG. KANDANG TENGAH
Panggilan angah sudah serasi,
Rela mengabdi umpama kolam;
Kandang Tengah kampung tradisi,
Menyerlah budi zaman silam.
390 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. TENGAH
Pagi hari menjengah pasar,
Membeli cermai dijeruk laju;
Kampung Tengah di Klebang Besar,
Penduduk ramai hidupnya maju.
391 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. PULAU GEDONG
Gadis bertudung tampil anggun,
Matanya redup manis bahasa;
Pulau Gedong pesat membangun,
Warganya hidup berbilang bangsa.
392 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. PERMATANG
Tetamu datang tikar dibentang,
Hulurkan tangan lalu bersalam;
Kampung Permatang indah terbentang,
Menggamit kenangan masa silam.
393 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. LIMBONGAN
Dalam tempayan tanam teratai,
Teratai ungu mekar di hujung;
Kampung Limbongan di tepi pantai,
Hujung minggu ramai pengunjung.
394 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. KOLAM
Waktu malam pergi memikat,
Pergi memikat si ayam hutan;
Kampung Kolam namanya singkat,
Mudah diingat senang sebutan.
395 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. KLEBANG KECIL
Kampung terpencil udaranya nyaman,
Duduk santai menghirup setanggi;
Ke Klebang Kecil singgahlah teman,
Elok pantai sedia dikunjungi.
396 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. PADANG POKOK MANGGA
Rumah bertangga seni utama,
Perabot rotan jadi hiasan;
Padang Pokok Mangga gabungan nama,
Terserlah gerakan desa wawasan.
397 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. BATAK
Bawa kotak penuh isinya,
Dalam sampan terlihat rusa;
Kampung Batak unik namanya,
Warganya sopan berbudi bahasa.
398 MELAKA TENGAH PAYA RUMPUT KG. SUNGAI BADAU
Bersiar petang menaiki landau,
Nampak petani pegang belati;
Selamat datang ke Sungai Badau,
Kami di sini setia menanti.
399 MELAKA TENGAH PAYA RUMPUT KG. TANAH MERAH
Ikut arah tanda setuju,
Gambar pegun buat padanan;
Tanah merah semakin maju,
Pesat membangun kira dan kanan.
400 MELAKA TENGAH PAYA RUMPUT KG. LANJUT MANIS
Banyak jenis bijak bestari,
Pandai bernyanyi ramai terpegun;
Lanjut Manis nama diberi,
Dahulu sunyi sekarang membangun.
401 MELAKA TENGAH DUYONG KG. AYER LELEH
Ketika menoleh ke atas gerobok,
Nampak keju di dalam gelas;
Ayer Leleh di Padang Semabok,
Semakin maju, cantik dan luas.
402 MELAKA TENGAH TELOK MAS KG. PANTAI NEKMAT
Ucap selamat usahlah jemu,
Perkara mudah selalu dihindar;
Kampung Pantai Nekmat di Padang Temu,
Kampung indah suasana bandar.
403 MELAKA TENGAH PAYA RUMPUT KG. SOLOK HILIR
Dodol cair pemberian teman,
Enak dijamah seawal waktu;
Kampung Solok Hilir segar dan nyaman,
Warganya peramah saling membantu.
404 MELAKA TENGAH PENGKALAN BATU KG. BATU HAMPAR
Sesaknya lalulintas sukar dijangka,
Waktu puncak uji kewarasan;
Batu Hampar direntas Sungai Melaka,
Penduduknya bijak punya wawasan.
405 MELAKA TENGAH PENGKALAN BATU KG. PERINGGIT
Anjung beranggit di rumah lama,
Tinggal berdua menahan sayu;
Kampung Peringgit sudah ternama,
Masjid tua seni binaan Melayu.
406 MELAKA TENGAH PENGKALAN BATU KG. PULAU KELAPA
Amalan menyapa mulia rupanya,
Kikis kesombongan sukar ditampung;
Pulau Kelapa seindah namanya,
Itulah kehamonian hidup di kampung.
407 MELAKA TENGAH TELOK MAS KG. BUKIT LARANG
Sikap berang mesti diatasi,
Fikir terbuka atasi kelemahan;
Bukit Larang kampung tadisi,
Rumah Melaka kekal bertahan.
408 MELAKA TENGAH TELOK MAS KG. BUKIT PEGOH
Kerja bertangguh jadi kacau,
Beransur-ansur tingkat peduli;
Bukit Pegoh indah menghijau,
Seimbang unsur moden dan asli.
409 MELAKA TENGAH TELOK MAS KG. KETAPANG
Orang berhuma di tanah lapang,
Tepi pengkalan semua dikaut;
Diberi nama Kampung Ketapang,
Depannya jalan belakangnya laut.
410 MELAKA TENGAH TELOK MAS KG. PERNU
Sangat merdu bunyi gamelan,
Bunyi canang di bawah rumah;
Kampung Pernu sepanjang jalan,
Kiri kanan orangnya ramah.
411 MELAKA TENGAH TELOK MAS KG. PERNU TENGAH
Tepi khemah manggisnya lebat,
Ciku rambai juga cermai;
Pernu Tengah tak kurang hebat,
Penduduk ramai rukun damai.
412 MELAKA TENGAH TELOK MAS KG. PENGKALAN UMBAI
Siap punggah bakul rambai,
Letak di tikar tuju ke titi;
Sila singgah Pengkalan Umbai,
Ikan bakar sedia menanti.
413 MELAKA TENGAH TELOK MAS KG. BUKIT KECHIL
Ikan duri beli di pasar,
Ikan kecil di dalam kolam;
Kalau dari jalan besar,
Bukit Kecil masuk ke dalam.
414 MELAKA TENGAH DUYONG KG. PADANG SEMABOK
Turun ke lubuk umpan segantang,
Helang sewah banyak terbang;
Padang Semabok luas terbentang,
Dulunya sawah tempat berkubang.
415 MELAKA TENGAH DUYONG KG. SEMABOK DALAM
Tepi kolam cahaya bulan,
Waktu senja nampak berbalam;
Semabok Dalam di tepi jalan,
Mudah belanja di pasar malam.
416 MELAKA TENGAH SUNGAI UDANG KG. ANAK AYER
Pagar diredah halaukan pegar,
Baling pasir pohon bergoyang;
Nyaman indah udara segar,
Anak Ayer kampungku tersayang.
417 MELAKA TENGAH SUNGAI UDANG KG. PAYA RUMPUT JAYA
Bunga raya di Gunung Raya,
Para peniaga sambutnya meriah;
Paya Rumput Jaya sudah berjaya,
Hebat dan bangga anak kariah.
418 MELAKA TENGAH SUNGAI UDANG KG. SUNGAI UDANG
Dari ladang turun ke bendang,
Di pohon berangan menumpang lalu;
Sungai Udang banyaklah udang,
Nama kenangan orang dahulu.
419 MELAKA TENGAH SUNGAI UDANG KG. SOLOK HILIR
Mencari bilis terkena sengat,
Dibuat umai miskin kaya;
Telah tertulis wajib diingat,
Desa permai Sungai Udang Jaya.
420 MELAKA TENGAH SUNGAI UDANG KG. BUKIT MENTANGAU
Jaring bergalah melanggai geragau,
Benang berkait guni dibawa;
Kampungku gagah Bukit Mentangau,
Orangnya baik senyum ketawa.
421 MELAKA TENGAH PANTAI KUNDOR KG. TANAH MERAH JAYA
Sabit jerami di tepi paya,
Tiadalah bahaya pegang di hulu;
Kampung kami indah bergaya,
Tanah Merah Jaya ingat selalu.
422 MELAKA TENGAH PANTAI KUNDOR KG. TANGGA BATU
Anak butbut di tepi pintu,
Tebing tanah sarang pekaka;
Apabila sebut Tangga Batu,
Tangga rumah orang Melaka.
423 MELAKA TENGAH PANTAI KUNDOR KG. PANTAI KUNDOR
Petik batang ulam beremi,
Akar disisih tidak mengendur;
Jemput datang ke kampung kami,
Pantainya bersih Pantai Kundur.
424 MELAKA TENGAH PANTAI KUNDOR KG. PAYA LABOH
Tebalnya kabus tiadalah upaya,
Batang jerami terasa berduri;
Paya Laboh bukanlah paya,
Kampung kami indah Lestari.
425 MELAKA TENGAH PANTAI KUNDOR KG. TANGGA BATU KECIL
Tidaklah lama menjerat kancil,
Di tanah rata di pangkal meranti;
Terukir nama Tangga Batu Kecil,
Kecil di mata besar di hati.
426 MELAKA TENGAH PANTAI KUNDOR KG. SOLOK TANGGA BATU
Anak betutu mudah dimakan,
Hidangan sahur ulamnya laka;
Solok Tangga Batu nama jolokan,
Tumpang masyhur tangga Melaka.
427 MELAKA TENGAH PANTAI KUNDOR KG. TANGGA BATU PEKAN
Umpan kelkatu kutip di sarang,
Celah jerami banyaknya ikan;
Tangga Batu bukan sebarang,
Tangga kami ada di pekan.
428 MELAKA TENGAH PANTAI KUNDOR KG. BUKIT GEDONG
Batu ladung ikan menyambar,
Waktu pagi tidak tersedar;
Bukit Gedong dua berkembar,
Sebuah lagi di tepi bandar.
429 MELAKA TENGAH PANTAI KUNDOR KG. PENGKALAN PERIGI
Pasir dikaut hasil tinggalan,
Baldi dan rantai bertimbang kati;
Tepian laut ada pengkalan,
Perigi Pantai sentiasa menanti.
430 MELAKA TENGAH PANTAI KUNDOR KG. GELAM
Waktu malam berbayang dahan,
Desa pingitan gelap gelita;
Kampung Gelam nama pilihan,
Tanda ingatan gelam melata.
431 MELAKA TENGAH PANTAI KUNDOR KG. BUKIT DARAT
Ubi dikerat dibuat tepung,
Adun di piring biarlah cair;
Bukit Darat namanya kampung,
Tidak mungkin bukit di air.
432 MELAKA TENGAH PANTAI KUNDOR KG. LORONG CIKU
Cabut paku bertarung nyawa,
Bola tenis pelbagai jenis;
Kampung Ciku sangat istimewa,
Disebut manis dimakanpun manis.
433 MELAKA TENGAH PANTAI KUNDOR KG. TANJUNG KLING
Duduk menjeling dara di bangsal,
Senyum bersulam tiadalah marah;
Tanjung Kling nama yang asal,
Tercatat di dalam buku sejarah.
434 MELAKA TENGAH PANTAI KUNDOR KG. PINANG BATANG TIGA
Kunang-kunang di dalam raga,
Mencari makan di waktu petang;
Kampung Pinang Batang Tiga,
Kami alu-alukan jemputlah datang.
435 MELAKA TENGAH PANTAI KUNDOR KG. SERI TANJUNG
Pohon cermai tanam-tanaman,
Tepi anjung petiknya ramai;
Indah permai kampung halaman,
Seri Tanjung aman dan damai.
436 MELAKA TENGAH PANTAI KUNDOR KG. KELONGKONG
Melata di bumi onak dan ranjau,
Lopak bertakung bukan terusan;
Kampung kami indah menghijau,
Kampungn Kelongkong tanah warisan.
437 MELAKA TENGAH PANTAI KUNDOR KG. GHAFFAR BABA
Manis delima tiadalah tara,
Putu halba di dalam balang;
Kampung nama pembesar negara,
Ghafar Baba negarawan terbilang.
438 MELAKA TENGAH PANTAI KUNDOR KG. SOLOK BIAK
Patah seyap bercengkam kuku,
Bunyi nobat bersiap siaga;
Solok Biak nama kampungku,
Orangnya hebat gagah bertenaga.
439 MELAKA TENGAH PAYA RUMPUT KG. ALOR JAYA
Bunyi talun dalam majlis,
Di Bukit Raya bergema halaman;
Indah beralun nama ditulis,
Alor Jaya warisan berzaman.
440 MELAKA TENGAH SUNGAI UDANG KG. BERTAM ULU
Sarang baulu alat buatnya,
Jangan tercalar ukir yang itu;
Bertam Ulu nama kampungnya,
Dulu digelar Bukit Hantu.
441 MELAKA TENGAH SUNGAI UDANG KG. SOLOK AIR SUPAI
Tinggi lampai pohon kuini,
Ada yang rendah tidak berdahan;
Solok Air Supai kampungku ini,
Kampungnya indah hijau tumbuhan.
442 MELAKA TENGAH PAYA RUMPUT KG. BUKIT DATOK A
Jangan ketuk mangkuk kedua,
Banyak guna diisi kuini;
Bukit Datuk terbahagi dua,
Satu di sana dan satu di sini.
443 MELAKA TENGAH PAYA RUMPUT KG. BUKIT DATOK B
Beluru diketuk uratnya indah,
Asam jawa letak di para;
Kampung Bukit Datuk terkenal sudah,
Kembarnya dua tetap bersaudara.
444 MELAKA TENGAH PAYA RUMPUT KG. BARU TANJUNG MINYAK
Pohon gaharu tumbuh tak banyak,
Di hutan terpencil hidupnya lama;
Kampung Baru Tanjung Minyak,
Walaupun kecil kami ternama.
445 MELAKA TENGAH PAYA RUMPUT KG. TANJUNG MINYAK JAYA
Jalan ke paya letaklah sabut,
Darilah laman tuju seberang;
Tanjung Minyak Jaya disebut-sebut,
Kampung idaman banyak orang.
446 MELAKA TENGAH TELOK MAS KG. TERSUSUN BUKIT LARANG
Batu lesung ditumbuk orang,
Tambah sedikit habuk seludang;
Kampung Tersusun Bukit Larang,
Di atas bukit mudah dipandang.
447 MELAKA TENGAH TELOK MAS KG. GELAM
Kutip lokan bawa pelampung,
Supaya mudah diikat rotan;
Gelam bukan sebarang kampung ,
Tempat indah menjadi rebutan.
448 MELAKA TENGAH PENGKALAN BATU KG. SOLOK BUKIT BARU DALAM
Sirap bandung bawa ke bendang,
Tampi nyiru tepian halaman;
Solok terlindung kurang dipandang,
Bukit Baru kampung idaman.
449 MELAKA TENGAH PENGKALAN BATU KG. SOLOK BUKIT PERINGGIT
Orang menugal berhari-hari,
Upah membuat bukan seringgit;
Tempat tinggal pembesar negeri,
Sejarah tercatat di Bukit Peringgit.
450 MELAKA TENGAH PENGKALAN BATU KG. SOLOK BALIK BUKIT
Budak berakit bekalannya mi,
Basah melekit buang ke jeram;
Di sebalik bukit soloknya kami,
Balik Bukit damai tenteram.
451 MELAKA TENGAH BANDAR HILIR KG. BANDA KABA
Untung laba mencari harta,
Meletak harga ikut kadar;
Banda Kaba kampung kita,
Tempat niaga dalam bandar.
452 MELAKA TENGAH BANDAR HILIR KG. BANDAR HILIR
Patah kandar letak bersandar,
Patah kandar letak bersandar;
Di dalam bandar ada bandar,
Banda Hilir ada kampung.
453 MELAKA TENGAH BANDAR HILIR KG. BUKIT CINA
Buat pelana kayu ditarah,
Kayu rapuh batangnya teja;
Bukit Cina ada sejarah,
Puteri Li Poh dan Perigi Raja.
454 MELAKA TENGAH BANDAR HILIR KG. BUKIT SENJUANG
Anak beruang tepian biara,
Kaki tersepit pembakar arang;
Bukit Senjuang ibarat menara,
Bukit Pipit disebutlah orang.
455 MELAKA TENGAH BANDAR HILIR KG. DURIAN DAUN
Turun ke kebun membawa guni,
Elak terkena selut dan lumpur;
Durian Daun kampung harmoni,
Melayu Cina India bercampur.
456 MELAKA TENGAH BANDAR HILIR KG. DURIAN DAUN DALAM
Dalam kolam itik berkejar,
Berenang mencelah belalang diburu;
Durian Daun Dalam tempat belajar,
Banyak sekolah dan maktab guru.
457 MELAKA TENGAH KOTA LAKSAMANA KG. EMPAT
Sarang kepompong di ranting ceri,
Daun terlipat di bawah dahan;
Banyak kampung boleh dicari,
Kampung Empat jadi pilihan.
458 MELAKA TENGAH KOTA LAKSAMANA KG. HULU
Pohon dedalu berbunga merah,
Hinggap tempua dengan cermat;
Kampung Hulu tinggalan sejarah,
Masjid tua tempatnya keramat.
459 MELAKA TENGAH BANDAR HILIR KG. JAWA
Asam jawa kering disangai,
Mudah dibawa semuanya suka;
Kampung Jawa di tepi sungai,
Orang Jawa yang mula teroka.
460 MELAKA TENGAH KOTA LAKSAMANA KG. KULI
Ikat tali di pelepah kurma,
Biar rapat buahnya lebat;
Kampung Kuli kampung lama,
Di sini tempat Makam Hang Jebat.
461 MELAKA TENGAH KOTA LAKSAMANA KG. KETEK
Sungguh cantik bermata bundar,
Usiknya ramah ketika mencelah;
Kampung Ketek di Tengah bandar,
Di situ rumah Munshi Abdullah.
462 MELAKA TENGAH BANDAR HILIR KG. ATAP
Lipat ketat janganlah bangun,
Gulung dan ikat satu per satu;
Kampung Atap pesat membangun,
Rumah bertingkat daripada batu.
463 MELAKA TENGAH KOTA LAKSAMANA KG. KLING
Rempah digiling biar berkadar,
Nasi wajik putu berlada;
Kampung Kling di tengah bandar,
Tinggal masjid sebagai tanda.
464 MELAKA TENGAH KOTA LAKSAMANA KG. LAPAN
Kira lima kurang ditampung,
Campur semua tigalah angka;
Lapan nama sebuah kampung,
Nombor istimewa semuanya suka.
465 MELAKA TENGAH KOTA LAKSAMANA KG. LAPAN TENGKERA
Membuat huma padi dikandar,
Pelbagai cara benih dikaut;
Satu di sini kembar di bandar,
Lapan Tengkera jalan ke laut.
466 MELAKA TENGAH KOTA LAKSAMANA KG. SATU
Hidup dilambung oleh cabaran,
Diiring waktu bagai irama;
Tiga kampung hidup berjiran,
Kampung Satu serasi bersama.
467 MELAKA TENGAH KOTA LAKSAMANA KG. TENGKERA
Berkumpul dara bergurau senda,
Bekal dibawa ke tempat bertemu;
Sejarah Tengkera benteng Belanda,
Masjid tertua menyebar ilmu.
468 MELAKA TENGAH KOTA LAKSAMANA KG. TENGKERA BELAKANG MASJID
Dambakan syurga menyuci dosa,
Sayup suara mengalun wirid;
Hidup warga aman sentosa,
Kampung Tengkera Belakang Masjid.
469 MELAKA TENGAH KOTA LAKSAMANA KG. TENGKERA PANTAI 2
Tangkas mara mendaki gua,
Cermat naik liku berbatu;
Kampung Tengkera Pantai Dua,
Penduduk baik rajin membantu.
470 MELAKA TENGAH BANDAR HILIR KG. BUKIT CINA DALAM
Pokok sena tumbuhnya tinggi,
Menjelang petang terasa suram;
Bukit Cina terkenal perigi,
Puteri datang untuk bersiram.
471 MELAKA TENGAH KOTA LAKSAMANA KG. KUBU
Buah jambu buah cermai,
Enak nikmati rasanya tuan;
Kampung Kubu penduduknya ramai,
Bersatu hati erat perpaduan.
472 MELAKA TENGAH KOTA LAKSAMANA KG. DUA
Akidah ditatang ke hari tua,
Menjaga lidah kerana iman;
Selamat datang ke Kampung Dua,
Desa nan indah warganya aman.
473 MELAKA TENGAH KOTA LAKSAMANA KG. TIGA
Penuh raga di pagi lebaran,
Kayuh perahu ke tempat dituju;
Kampung Tiga berapit jiran,
Berganding bahu seiring maju.
474 MELAKA TENGAH BANDAR HILIR KG. BUKIT GEDONG
Tersentuh atma dada berkocak,
Berpisah pergi ibu mengandung;
Makam panglima di atas puncak,
Aman bersemadi di Bukit Gedong.
475 MELAKA TENGAH BANDAR HILIR KG. PORTUGIS
Putih manggis kuning kuini,
Manis dan masam gemar dimakan;
Kampung Portugis berbangsa Serani,
Rumah hitam daya tarikan.
476 MELAKA TENGAH KOTA LAKSAMANA KG. LAPAN BACHANG
Buluh disambung dibuat pancang,
Lari sembunyi si anak rusa;
Jemput ke Kampung Lapan Bachang,
Membangun ekonomi inap desa.
477 MELAKA TENGAH BANDAR HILIR KG. BUKIT TEMPURUNG
Manis longan semut menghurung,
Begitu gula dalam adunan;
Tinggal kenangan Bukit Tempurung,
Berbakti pula untuk pembangunan.
478 MELAKA TENGAH BANDAR HILIR KG. JALAN WAKAF BUKIT SENJUANG
Anak beruang anak kijang,
Di dalam hutan sama membesar;
Bukit Senjuang sejarahnya panjang,
Melaka rebutan kuasa besar.
479 MELAKA TENGAH KOTA LAKSAMANA KG. PENGKALAN RAMA PANTAI
Sambal petai lazat aroma,
Bersulam pahit ulam-ulaman;
Tiada pantai di Pengkalan Rama,
Ada Masjid Fat’hur Rahman.
480 MELAKA TENGAH BANDAR HILIR KG. BUKIT SERINDIT
Kasih agama sunah digigit,
Pahala disambar tidak terleka;
Makam lama di Bukit Serindit,
Raja Empayar Melayu Melaka.
481 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. BUKIT RAMBAI
Nyiur melambai nyaman berbekas,
Damai mendekat penuhi jiwa;
Bukit Rambai penempatan luas,
Seia sepakat aman sejahtera.
482 MELAKA TENGAH KLEBANG KG. POKOK ASAM
Renda bergam dijahit manik,
Corak dilorek berbentuk angsa;
Pokok Asam namanya unik,
Penduduknya baik berbudi bahasa.
483 MELAKA TENGAH SUNGAI UDANG KG. BUKIT TERENDAK
Buah cempedak buah amra,
Di dalam dulang elok beralas;
Kem Terendak tempat tentera,
Negara dijulang amanah dan ikhlas.
484 MELAKA TENGAH SUNGAI UDANG KG. PINANG SEBATANG
Dayung perahu pulang petang,
Bersama teman ukhuwah bertaut;
Chalet kayu Pinang Sebatang,
Bayu nyaman menghadap laut.
485 MELAKA TENGAH SUNGAI UDANG KG. BARU SUNGAI UDANG
Pohon rendang umpama bumbung,
Berteduh merbah juga pekaka;
Sungai Udang jadi penghubung,
Masjid Tanah dan Bandar Melaka.
486 MELAKA TENGAH PANTAI KUNDOR KG. BUKIT TEMPAYAN
Tinggi terbang si burung bayan,
Udara berkabut di langit biru;
Jauh bertandang ke Bukit Tempayan,
Kasih menyambut di muka pintu.
487 MELAKA TENGAH PANTAI KUNDOR KG. HAILAM
Burung undan mencari makan,
Paruh diselam rezeki bertaut;
Jeti nelayan naikkan ikan,
Kampung Hailam tepian laut.
488 MELAKA TENGAH PANTAI KUNDOR KG. BALIK BUKIT
Duduk berapung di atas rakit,
Ikan haruan di dalam bubu;
Tradisi Kampung Balik Bukit,
Kekalkan warisan kereta lembu.
489 JASIN BEMBAN KG. KESANG TUA
Riang bersua di musim buah,
Tetamu diberi sama merasa;
Ke Kesang Tua jomlah singgah,
Berpadu lestari suasana desa.
490 JASIN BEMBAN TAMAN MAJU
Asalnya budak bermain gasing,
Diikat seadanya supaya laju;
Asalnya terletak Bukit Selinsing,
Diangkat namanya Taman Maju.
491 JASIN BEMBAN KG. AYER BAROK
Ke tengah laut memasang pukat,
Terkena seekor ikan sembilang;
Hikmah bertaut seluruh masyarakat,
Ayer Barok tersohor serta terbilang.
492 JASIN BEMBAN KG. TEHEL
Bunga melur kembang raya,
Bunga raya kembang malam;
Tehel tersohor kampung saya,
Batu 10 masuklah ke dalam.
493 JASIN BEMBAN KG. BEMBAN
Nazam teromba oleh si dara,
Sebelah petang sambung marhaban;
Salam hamba saudari saudara,
Jemputlah datang ke Kampung Bemban.
494 JASIN BEMBAN KG. KESANG JAYA
Sinar lembayung di jagat raya,
Berkicauan burung pagi hari;
Jemput berkunjung ke Kesang Jaya,
Tersusun kampung indah lestari.
495 JASIN BEMBAN FELDA AIR KANGKONG
Ayer Kangkong banyak buah,
Pokok berbaja penyubur bumi;
Satu kampung berasa bertuah,
Tuan teruja ke kampung kami.
496 JASIN BEMBAN KG. PONDOK KEMPAS
Pokok kapas manfaatnya lama,
Berpakat petani usahakan bantal;
Pondok Kempas demikian nama,
Mengangkat madani berjiwa kental.
497 JASIN BEMBAN KG. KESANG PAJAK
Kerbau bajak di tanah pamah,
Pastikan dihiraukan tapak semaian;
Kesang Pajak dan lombong timah,
Kawasan kehijauan ekopertanian.
498 JASIN BEMBAN KG. TANJUNG LABOH
Pokok papaya banyak yang tumbuh,
Dikemas daunnya dibajalah juga;
Kampung berbudaya Tanjung Laboh,
Adat resamnya sentiasa terjaga.
499 JASIN BEMBAN KG. PARIT LAMPONG
Memang begitu resamnya tepung,
Jangan terlupa dijaga kebersihan;
Memang maju Kampung Parit Lampong,
Amalan menyapa elak perselisihan.
500 JASIN BEMBAN DESA SERI MERBAU
Jauhi berkalau banyakkan bersetuju,
Dengan prihatin seikhlas ayat;
Desa Seri Merbau bergerak maju,
Dengan pemimpin berjiwa rakyat.
501 JASIN BEMBAN KG. BARU INDIA BATU 16
Bunga dahlia cantik bitara,
Di tempat redup tampak permai;
Kampung Baru India aman sejahtera,
Muafakat hidup rukun dan damai.
502 JASIN BEMBAN KG. JASIN HILIR
Pergi ke hilir membawa cadar,
Cadarnya sudah dilipat rata;
Jasin Hilir pinggiran bandar,
Selesa indah dipandang mata.
503 JASIN BEMBAN KG. KESANG LUAR
Terbang kelawar di senja hari,
Hujung serambi hinggap si pungguk;
Kesang Luar nama yang diberi,
Bersilaturahmi sesama penduduk.
504 JASIN BEMBAN TAMAN KESANG DAMAI
Siang menuai kerjanya senang,
Bergerak laju bantu-membantu;
Kesang Damai tamannya tenang,
Tampak maju penduduk bersatu.
505 JASIN BEMBAN KG. ULU DUYONG
Orang mendayung mencari gelama,
Pukat dijarak sampai ke hulu;
Kampung Ulu Duyong diberi nama,
Adat dan syarak berganding bahu.
506 JASIN MERLIMAU KG. PERMATANG SERAI
Badai terkena perahu punah,
Mudik ke hulu penuh berani;
Replika istana penuh khazanah,
Mahligai Penghulu Abdul Ghani.
507 JASIN MERLIMAU KG. MERLIMAU PASIR
Memikat ketitir bukannya mudah,
Disambar punah pikatnya mati;
Merlimau Pasir bersih dan indah,
Rakyatnya ramah dan baik hati.
508 JASIN MERLIMAU KG. AIR SONGSANG
Pohon beringin tumbuh berakar,
Hidup rendang di belantara rimau;
Jikalau ingin mengenali pendekar,
Silakan datang ke Desa Merlimau.
509 JASIN MERLIMAU KG. PEKAN SEMPANG
Ada sawah mahupun bendang,
Bercucuk tanam padi menjadi;
Buruk lemah jangan dipandang,
Yang diidam santunan budi.
510 JASIN MERLIMAU KG. MERLIMAU PANTAI
Nelayan pulang menangkap ikan,
Perahan limau dipanggang pari;
Selamat datang kami ucapkan,
Ke Kuala Merlimau indah berseri.
511 JASIN MERLIMAU KG. BATU GAJAH
Dalam puan kelopak cempaka,
Indahnya rupa berhias limau;
Kalau tuan datang ke Melaka,
Jangan lupa singgah Merlimau.
512 JASIN RIM TAMAN SERI CHINCHIN
Menenun silang benang lungsin,
Sarung berpilin benang pakan;
Jika bertandang ke bandar Jasin,
Kampung Chinchin usah lupakan.
513 JASIN RIM TAMAN KASTURI
Sesudah subuh ke pekan lama,
Kereta dipandu penuh cermat;
Simpang Bekoh seindah nama,
Mencuit rindu kasih tersemat.
514 JASIN RIM KG. CHIN CHIN ULU
Orang dahulu pandai melaram,
Walau beriadah di tasik biru;
Chinchin Ulu damai tenteram,
Desaku indah rindu menderu.
515 JASIN RIM KG. CHABAU
Kayu merbau di pohon ceri,
Diketam sudah dibuat jenang;
Kampung Chabau nama diberi,
Sungguh indah damai dan tenang.
516 JASIN RIM KG. TERENTANG
Jutawan dagang memberi derma,
Masjid bertingkat menjadi idaman;
Kampung Terentang diberi nama,
Pokoknya dekat tumbuh di laman.
517 JASIN RIM KG. KELUBI
Tepung ubi dimakan bubuk,
Diganti dengan tepung sagu;
Kampung Kelubi semakin sibuk,
Meniti kemajuan tanpa ragu.
518 JASIN RIM KG. SERI KESANG
Berlari-lari si anak angsa,
Lari sepasang mencari toman;
Walaupun terdiri pelbagai bangsa,
Seri Kesang hidupnya aman.
519 JASIN RIM KG. BUKIT KATONG
Gadis makyung bermain tari,
Sungguh ayu menjadi idaman;
Bukit Katong ke Jasin Bestari,
Semakin maju seiring zaman.
520 JASIN SERKAM KG. BERANGAN ENAM
Pergi bersama sahabat berenam,
Kami menebat memasang pukat;
Kampung bernama Berangan Enam,
Hidup sepakat membawa berkat.
521 JASIN SERKAM KG. PAYA TANJUNG
Hantaran ditatang sirih dijunjung,
Kedua mempelai senyum bahagia;
Selamat datang ke Paya Tanjung,
Desa nan permai penduduk ceria.
522 JASIN SERKAM KG. BUKIT TEMBAKAU
Bunga anggerik kalau ditepak,
Digubah rapi susun merimbun;
Benih baik kalau dicampak,
Di bumi kami subur sekebun.
523 JASIN SERKAM KG. PULAI
Pulai ternama indah dan permai,
Tempat istirahat apatah beradu;
Hidup bersama rukun dan damai,
Semua masyarakat bersatu padu.
524 JASIN SERKAM KG. TEDONG PANTAI
Di bukit terlindung ada sekolah,
Masjid Al-Muttaqin jauh setentang;
Kampung Tedong kini terserlah,
Sawah menguning luas terbentang.
525 JASIN SERKAM KG. SERKAM PEKAN
Burung balam mengelak jerat,
Terbang rendah di pohon sentang;
Pasar malam di Serkam Darat,
Sungguh meriah jemputlah datang.
526 JASIN SERKAM KG. SERKAM TENGAH
Pergi ke kelong membawa joran,
Banyak teritip melekat merata;
Duduk sekampung sesama jiran,
Jagalah tertib jangan mengata.
527 JASIN SERKAM KG. SERI MINYAK
Memancing jenahak beramai-ramai,
Umpannya cukup sering memikat;
Kampung Seri Minyak indah dan permai,
Penduduknya hidup saling sepakat.
528 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. FELCRA LEMBAH KESANG
Bersusah payah ladang didaki,
Lahan subur tanah digembur;
Berusaha gagah mencari rezeki,
Ekonomi makmur tidak takbur.
529 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. PARIT PENGHULU BENTENG
Burung balam di pohon bidara,
Terbang mencari makanan berisi;
Khazanah alam perlu dipelihara,
Agar diwarisi segenap generasi.
530 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. PEKAN SUNGAI RAMBAI
Laksa dibumbu lemak bersantan,
Disukai ramai pelancong Johor;
Masuk di pintu gerbang selatan,
Sungai Rambai sudah tersohor.
531 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. PENGKALAN LEBAN
Membuka lahan di tanah rendah,
Tanaman peria para bertingkat;
Pengkalan Leban sungguh indah,
Kehidupan ceria saling sepakat.
532 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. LANCHANG
Jebak bersepai di pokok pulasan,
Tekukur terjerat disambar helang;
Sungai Rambai tanah warisan,
Tempat beradat pusaka dijulang.
533 JASIN SUNGAI RAMBAI TAMAN PESONA
Burung merbah terbang bersama,
Membelah angkasa nyiur melambai;
Batu Gajah mengukir nama,
Kebanggaan warga Sungai Rambai.
534 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. PARIT SIDANG SEMAN
Terumbang-ambing perahu di tanjung,
Laut berombak nelayan gundah;
Pantai Siring pilihan pengunjung,
Makanan enak pemandangan indah.
535 JASIN ASAHAN TAMAN NYALAS PERMAI
Gunung Ledang panorama damai,
Amat memikat pengunjung setia;
Selamat datang ke Nyalas Permai,
Rakyat sepakat aman bahagia.
536 JASIN SERKAM KG. JALAN JAMBU BATU
Kompang bergema tingkah berbalas,
Silat pengantin di tengah laman;
Kampung bernama sempena palas,
Adat perpatih amalan berzaman.
537 JASIN ASAHAN KG. PEKAN SELANDAR
Rendang dihidang enak juadah,
Dihidang bersama ulam peria;
Kampung Selandar sungguh indah,
Berbagai bangsa bermesra ria.
538 JASIN ASAHAN KG. MANTAI
Ramai ke hutan memasang jerat,
Di jeram Tok Janggut Batang Melaka;
Mantai di kanan Kapis di barat,
Perpatih diturut menjunjung pusaka.
539 JASIN ASAHAN KG. GUBAH MASJID BARU
Berilmu berguru budaya beramal,
Menjunjung adat tak pernah berubah;
Kampung Masjid Baru cukup terkenal,
Sejarah terpahat di makam Tok Gubah.
540 JASIN ASAHAN KG. BARU BUKIT SEDANAN
Bertafakur nyaman di atas sejadah,
Corak berbunga merah menyala;
Bukit Sedanan permai dan indah,
Penduduk sejahtera hidup terbela.
541 JASIN ASAHAN KG. RELAU
Negeri Johor sempadan terdekat,
Terletak di kaki Gunung Ledang;
Relau tersohor sanubari melekat,
Ramai pendaki mari bertandang.
542 JASIN ASAHAN KG. HULU BATANG MELAKA
Bunga cempaka nampak berseri,
Petik sekuntum harum terasa;
Batang Melaka sempadan negeri,
Pelbagai kaum hidup sentosa.
543 JASIN ASAHAN FELCRA BUKIT SEDANAN
Bersanggul lintang cantik dandanan,
Hiasan cemara kembangan melati;
Selamat datang ke Bukit Sedanan,
Peserta FELCRA sentiasa menanti.
544 JASIN ASAHAN KG. ABBEY
Bawa kendi bertalam gangsa,
Alas bertutup sulaman tekat;
Indahnya budi kerana bahasa,
Indahnya hidup saling sepakat.
545 JASIN ASAHAN KG. ASAHAN
Ke lurah gaung mencari rezeki,
Berpadi huma berkebun ladang;
Banyak gunung sudah didaki,
Manakan sama Gunung Ledang.
546 JASIN ASAHAN TAMAN SERI ASAHAN
Hiasan setaman bebunga telang,
Cantik mekar kembang berseri;
Kampung Asahan nama terbilang,
Jejak pendekar dan sang puteri.
547 JASIN ASAHAN FELDA BUKIT SENGGEH
Buah pedada masamnya rasa,
Kelatlah juga sukar bertemu;
Peneroka FELDA hidup selesa,
Berkat usaha tak kenal jemu.
548 JASIN ASAHAN KG. BUKIT SENGGEH
Bukit Batu Lebah indah berseni,
Luas terbentang menarik sakan;
Bukit Senggeh kampung harmoni,
Selamat datang kami ucapkan.
549 JASIN ASAHAN KG. JUS
Makan berulam pepucuk gajus,
Ikan ginggir dimasak gorengan;
Terletak di kolam Empangan Jus,
Desa di pinggir hutan lindungan.
550 JASIN ASAHAN KG. SIMPANG TEBONG
Pekan terkandung di dua negeri,
Negeri Melaka Negeri Sembilan;
Simpang Tebong nama diberi,
Stesen kereta api jadi bualan.
551 JASIN BEMBAN KG. AYER PANAS
Buah nanas bercucuk lidi,
Cicah lada pembuka selera;
Ayer Panas tumpuan mandi,
Tua dan muda santai gembira.
552 JASIN BEMBAN KG. ASAM KUMBANG
Tengah rembang tekun berhuma,
Peluh berjurai gugur mencurah;
Asam Kumbang diberi nama,
Kampung damai menyimpan sejarah.
553 JASIN BEMBAN KG. BARU BUKIT KAJANG
Di rantau orang beronak ranjau,
Timba pengalaman hidup berisi;
Bukit Kajang damai menghijau,
Indah binaan seni tradisi.
554 JASIN BEMBAN KG. BATU 12
Susu segelas sekeping roti,
Perut berisi sebelum puasa;
Batu Dua Belas tetap di hati,
Di sini kami menjadi dewasa.
555 JASIN BEMBAN KG. GAPAM
Hasil bumi seladang cili,
Tumbuh redup bertanah hitam;
Kenali kami Orang Asli,
Gaya hidup di Kampung Gapam.
556 JASIN BEMBAN KG. HULU TEHEL
Tujuan bicara diucapkan perlu,
Tersirat rasa damai nurani;
Kemajuan ketara di Tehel Hulu,
Inap desa dibangunkan di sini.
557 JASIN BEMBAN KG. LUBUK KASAR
Gulai dimakan berlauk udang,
Beli di pasar sebiji nangka;
Kami ucapkan selamat datang,
Lubuk Kasar pintu terbuka.
558 JASIN BEMBAN KG. PAYA KUNDANG
Pergi ke ladang bersama mama,
Bawakan madu merubah walang;
Paya Kundang cantiknya nama,
Menggamit rindu perantau pulang.
559 JASIN BEMBAN KG. SEROMPONG
Pergi ke lombong mencari itik,
Hingga petang bukannya dekat;
Kampung Serompong tampak cantik,
Apabila datang pasti terpikat.
560 JASIN BEMBAN KG. SOLOK HILIR
Membaca buku bergilir-gilir,
Dada berbuah ilmunya teguh;
Indah kampungku Solok Hilir,
Bumi bertuah tempat berteduh.
561 JASIN BEMBAN KG. SOLOK PENGKALAN BADAK
Ajuk-mengajuk permainan budak,
Rasa terhibur keliling kebun;
Harmoni Solok Pengkalan Badak,
Kampung subur tumbuhan rimbun.
562 JASIN BEMBAN KG. TEHEL PEKAN BATU 10
Ratu Galoh ceritera pertama,
Diolah cakna nenek dan datuk;
Batu Sepuluh pekan yang lama,
Sekolah Cina awal terbentuk.
563 JASIN BEMBAN KG. TEHEL TENGAH
Kail dijengah kerjanya mudah,
Junjung harapan dapatlah ikan;
Tehel Tengah kelihatan indah,
Kampung mapan kian dimajukan.
564 JASIN BEMBAN KG. TERSUSUN JASIN BESTARI
Minum kopi tepian bendang,
Banyak berhimpun si burung nuri;
Kemas dan rapi enak dipandang,
Kampung Tersusun Jasin Bestari.
565 JASIN BEMBAN KG. SERI BEMBAN
Di tepi reban kutip berangan,
Sambil berjalan menuju pintu;
Seri Bemban kumpul kenangan,
Sesama jiran hidup membantu.
566 JASIN BEMBAN KG. SERI KERAYONG
Bunga Tanjung di bawah payung,
Harum melekat teringat-ingat;
Warga Kampung Seri Kerayong,
Rukun muafakat mengharap berkat.
567 JASIN BEMBAN KG. SOLOK BEMBAN
Ikan tamban dipungut hasil,
Sebelum jingga beralih malam;
Solok Bemban sungainya kecil,
Sepakat warga lestarikan alam.
568 JASIN BEMBAN KG. TERSUSUN TEHEL
Makan jagung di tepi bengkel,
Bersama juadah dikirim kekasih;
Bumi Kampung Tersusun Tehel,
Dipandang indah ceria dan bersih.
569 JASIN ASAHAN KG. BUKIT SENGGEH BARAT
Berdikit-dikit kayu dikerat,
Potongan sedang dibuat para;
Kampung Bukit Senggeh Barat,
Warga riang beramah mesra.
570 JASIN ASAHAN KG. SOLOK CHEMBONG
Ikan kembong dibeli ayah,
Sebungkus cermai dan buah ara;
Solok Chembong sungguh meriah,
Penduduk ramai saling bermesra.
571 JASIN ASAHAN KG. ORANG ASLI BUKIT SERAYA
Terbang rajawali melayah paya,
Hinggap di titi burung kedidi;
Orang Asli di Bukit Seraya,
Akrab sejati baiknya budi.
572 JASIN RIM KG. BARU PARIT KELILING
Merdu seruling menggamit lena,
Minda terapung disangka malam;
Parit Keliling tumpuan Cina,
Suasana kampung kehijauan alam.
573 JASIN RIM KG. SIMPANG BEKOH
Bunga raya tumbuh berumpun,
Tepi selekoh berwarna-warni;
Rencam budaya saling berhimpun,
Simpang Bekoh hidup harmoni.
574 JASIN ASAHAN KG. BARU ON LOK
Cantik kukuh lipatan tengkolok,
Dijahit pula benangnya suasa;
Indah sungguh Kampung Baru On Lok,
Masyarakat Cina berbudi bahasa.
575 JASIN ASAHAN KG. PEKAN BATANG MELAKA
Riuh di pekan sambut merdeka,
Percikan api berwarna-warni;
Kampung Pekan Batang Melaka,
Stesen kereta api terbina di sini.
576 JASIN ASAHAN KG. HILIR BATANG MELAKA
Getah mengalir di pohon nangka,
Sama terluka si pohon manggis;
Kampung Hilir Batang Melaka,
Sudah dibuka semasa Portugis.
577 JASIN ASAHAN KG. TENGAH BATANG MELAKA
Pohon redup lebat berbuah,
Gugur ke tanah sebiji nangka;
Nisan hidup tinggalan sejarah,
Di Kampung Tengah Batang Melaka.
578 JASIN ASAHAN KG. ORANG ASLI AYER SIALANG
Limau bali di atas dulang,
Biji selasih dibuat minuman;
Desa Orang Asli Ayer Sialang,
Di sini bersih lagi nyaman.
579 JASIN ASAHAN KG. PARIT SIALANG
Sudah hilang pahit peria,
Peria dimakan bersama tauhu;
Ayer Sialang warga ceria,
Hidup saling berganding bahu.
580 JASIN ASAHAN KG. PADANG LEBAR
Dalam gebar banyak darah,
Penuh nyamuk menggigit badan;
Padang Lebar lokasi sejarah,
Peristiwa amuk jadi teladan.
581 JASIN ASAHAN KG. SUNGAI DUA
Kunci pendua daripada suasa,
Senang handai buka dan masuk;
Sungai Dua aman sentosa,
Kampung damai ramai penduduk.
582 JASIN ASAHAN KG. BUKIT ASAHAN
Penat berlari lantas berjalan,
Minum sebentar sebelum sambung;
Komuniti bestari Bukit Asahan,
Duduk sekitar bahagia sekampung.
583 JASIN ASAHAN KG. BARU GUNUNG EMAS ASAHAN
Pisang emas makan sedikit,
Pisang embun biar di situ;
Gunung Emas Asahan berbukit,
Hidup serumpun sama membantu.
584 JASIN RIM KG. BETIS
Jualan petis bulan Ramadan,
Bau menusuk menerpa muka;
Kampung Betis jadi sempadan,
Pintu masuk ke Negeri Melaka.
585 JASIN RIM KG. ORANG ASLI LUBOK BANDUNG
Tenang ibadat ke Maha Pengampun,
Duduk bertunduk sopan bertudung;
Balai Adat tempat berhimpun,
Sepakat penduduk di Lubok Bandung.
586 JASIN ASAHAN LADANG BUKIT ASAHAN
Dengar luahan guna irama,
Anak remaja banyak keletah;
Bukit Asahan diberi nama,
Semangat pekerja di ladang getah.
587 JASIN RIM KG. CHIN CHIN
Jangan marah tersalah arah,
Ada pemimpin membimbing kita;
Batu merah penemuan sejarah,
Kampung Chin Chin penuh cerita.
588 JASIN RIM KG. CHENDERAH
Langit cerah hati mengimbau,
Tiada gelisah hadapi ragam;
Kampung Chenderah subur menghijau,
Ada madrasah kukuh tersergam.
589 JASIN RIM KG. KUMPAI
Banyak tupai banyaklah kera,
Saban tahun penuh di jalan;
Kampung Kumpai tenang sejahtera,
Banyak pohon sepanjang jalan.
590 JASIN RIM KG. CHOHONG
Buah delima isinya merah,
Dipotong serong kurang sesayat;
Makam lama mencatat sejarah,
Kampung Chohong merakam hikayat.
591 JASIN MERLIMAU KG. AYER MERBAU
Ayak tepung buat kenduri,
Bau terimbau dalam masakan;
Gerbang kampung tinggi berdiri,
Ayer Merbau jadi tarikan.
592 JASIN BEMBAN KG. BARU BUKIT TINGGI A DAN B
Jalan di jeram mencari cermai,
Pokoknya tinggi melangit dahan;
Kampung tenteram indah permai,
Bukit Tinggi jadi pilihan.
593 JASIN BEMBAN KG. JASIN
Simpan mesin di hujung dusun,
Jauhi tebuan sedia berlari;
Kampung Jasin cantik tersusun,
Jadi tumpuan kerana lestari.
594 JASIN MERLIMAU KG. LIPAT KAJANG
Galah panjang dibuat sendiri,
Hujungnya kecil mudah diguna;
Lipat Kajang nama diberi,
Desa terpencil penduduk cakna.
595 JASIN RIM KG. SOLOK SEMPANG BADAK
Main pelampung bersama tukun,
Dengan bertindak pelbagai gaya;
Satu kampung penduduk rukun,
Sempang Badak solok saya.
596 JASIN MERLIMAU KG. TERSUSUN LIPAT KIJANG
Pakai celana terlebih panjang,
Berwarna merah itulah kesukaan;
Indah suasana di Lipat Kajang,
Hening dan indah kampung dambaan.
597 JASIN RIM KG. BUKIT TINGGI B
Bunga berkudup indah gubahan,
Cantik berseri susunan rani;
Kampung redup penuh tumbuhan,
Bukit Tinggi B hidup harmoni.
598 JASIN RIM KG. SIMPANG KERAYONG
Ilmu addin menjadi pemacu,
Bak lembayung naungi dakwah;
Masjid As-Sijidin menjadi mercu,
Simpang Kerayong erat ukhuwah.
599 JASIN BEMBAN KG. BATU 16
Minum bergelas sekawan lama,
Selepas riadah di sana sini;
Batu Enam Belas deminkian nama,
Kampung indah tenteram dihuni.
600 JASIN MERLIMAU KG. BARU KONGSAI
Guna perisai merentas ranjau,
Elak cedera waktu berlawan;
Desa Baru Kongsai menghijau,
Damai sejahtera bersetia kawan.
601 JASIN ASAHAN KG. ORANG ASLI SOLOK TERENTANG
Cerah sekali langit terbentang,
Redup indah kampung lestari;
Orang asli di Solok Terentang,
Hidup muhibah sesama sendiri.
602 JASIN RIM FELDA KEMENDOR
Jangan ledor ketika bencana,
Bahaya menerka kalau tak sanggah;
Felda Kemendor melakar rencana,
Desa peneroka berkembang megah.
603 JASIN BEMBAN KG. KEMENGKANG
Periuk kera diambil tukang,
Letak isian lemang dan ikan;
Nyaman udara Kampung Kemengkang,
Dusun durian jadi tarikan.
604 JASIN RIM KG. AYER PERAH
Buat umrah dengan keluarga,
Jiwa ceria riang mengepung;
Ayer Perah muafakat warga,
Hidup bahagia di dalam kampung.
605 JASIN RIM KG. LADANG SERKAM KEMENDOR
Rasa bungkam kenangan silam,
Rindu taulan jauh berangan;
Ladang Serkam luas ke dalam,
Perlu berjalan saujana pandangan.
606 JASIN MERLIMAU KG. MERLIMAU UTARA
Buah delima iring juadah,
Juadah hidangan buat saudara;
Rumah lama tersergam indah,
Cantik pandangan Merlimau Utara.
607 JASIN MERLIMAU KG. BULANG
Menanak nasi kita yang punya,
Hidang di dulang makan di dusun;
Kampung tradisi teratur rumahnya,
Kampung Bulang elok tersusun.
608 JASIN MERLIMAU KG. KILANG BERAPI UTARA
Rasa gembira jumpa panglima,
Di bawah tenda keris diasah;
Berapi Utara demikian nama,
Kampung lagenda pelbagai kisah.
609 JASIN MERLIMAU KG. MERLIMAU
Raung harimau melihat gajah,
Berselang tuju tepian kali;
Kampung Merlimau terkenal sudah,
Tambah maju warganya mithali.
610 JASIN MERLIMAU KG. MERLIMAU TENGAH
Imbau jengah tepian paya,
Timbul ihsan ingin membantu;
Merlimau Tengah semakin bergaya,
Kampung warisan terjaga mutu.
611 JASIN MERLIMAU KG. MERLIMAU TIMUR
Mandi di sumur memasang unggun,
Berlaju-laju takut terlambat;
Merlimau Timur giat membangun,
Kampungnya maju semakin hebat.
612 JASIN MERLIMAU KG. PAYA LENGKONG
Tumis kangkung di dalam kuali,
Gulai nangka buat penanggah;
Paya Lengkong nyaman sekali,
Kalau ke Melaka tak rugi singgah.
613 JASIN MERLIMAU KG. PERMATANG BUKIT
Jala jelawat membaiki rakit,
Buat jualan esok dan lusa;
Jemput melawat Permatang Bukit,
Boleh berjalan keliling desa.
614 JASIN MERLIMAU KG. TELUK
Besar pemeluk si kayu jati,
Badan terbongkok mengangkat pelan;
Kampung Teluk menarik hati,
Merimbun pokok sepanjang jalan.
615 JASIN MERLIMAU KG. TENGAH
Mari menjengah tempat bertani,
Waktu berjalan terpijak semalu;
Kampung Tengah sentiasa harmoni,
Hidup berjiran semenjak dahulu.
616 JASIN MERLIMAU KG. TUN TEJA
Jalan ke hulu mahu belanja,
Beli cermai dan buah kuini;
Singgah dulu di Kampung Tun Teja,
Desa permai bahagia dihuni.
617 JASIN MERLIMAU KG. MERLIMAU BARAT
Limau dikerat untuk empunya,
Dimakan penduduk sopan sekali;
Merlimau Barat nama kampungnya,
Ragam penduduk ambil peduli.
618 JASIN MERLIMAU KG. SUNGAI BULOH
Anak itik jalan ke kolam,
Satu terjatuh terhuyung-hayang;
Kampung cantik jauh ke dalam,
Sungai Buloh kampung ku sayang.
619 JASIN MERLIMAU KG. TANJUNG PINANG
Makan pisang dengan bahulu,
Sambil berpantun di tepi desa;
Tanjung Pinang sentosa selalu,
Penduduk santun berbudi bahasa.
620 JASIN ASAHAN KG. BARU PONDOK BATANG
Terbang burung semakin rendah,
Hinggap petang di pinggir hutan;
Satu kampung hidup muhibah,
Pondok Batang tetap diingatan.
621 JASIN ASAHAN KG. AIR SONGSANG
Pondok usang kediaman petani,
Tempat cuma menghabis masa;
Air Songsang kampung harmoni,
Rumah lama tetap berjasa.
622 JASIN ASAHAN KG. AYER RAPAT
Masak lepat dengan peneram,
Makan berteman gembira hati;
Ayer Rapat warganya tenteram,
Sesama jiran ikhlas berbakti.
623 JASIN ASAHAN KG. BARU NYALAS
Kera belaan hasil berburu,
Seakan malas makan pauh;
Jika kalian ke Kampung Baru,
Pekan Nyalas tidaklah jauh.
624 JASIN ASAHAN KG. BUKIT PALEMBANG
Rakit ditumpang dengan teman,
Ditemani juga saudara dekat;
Bukit Palembang desanya aman,
Di sini warga hidupnya muafakat.
625 JASIN ASAHAN KG. GAPIS
Anjung berlapis tempat beralas,
Anjung sama disusun kerusi;
Kampung Gapis di Mukim Nyalas,
Kampung lama kayanya tradisi.
626 JASIN ASAHAN KG. GAPIS HILIR
Sanjung keris ukir bergilir,
Seni pahat cantiknya bitara;
Kampung Gapis sebelah hilir,
Di sini tempat nyaman sejahtera.
627 JASIN ASAHAN KG. GAPIS TENGAH
Gadis dijengah senyum bersemi,
Cakna berteman teruna desa;
Gapis Tengah kampung kami,
Suasana nyaman hidup selesa.
628 JASIN ASAHAN KG. GAPIS ULU
Lapis bahulu rasanya sama,
Sedap sekali tidak melekat;
Gapis Ulu kampung lama,
Tempat kami hidup sepakat.
629 JASIN ASAHAN KG. MELANGKAN
Kurung ikan janganlah lama,
Tiba masa dijadikan juadah;
Kampung Melangkan itulah nama,
Warga desa riang beriadah.
630 JASIN ASAHAN KG. NYALAS
Sarung dibilas begitu mudah,
Letak di hujung sidai sempurna;
Kampung Nyalas terkenal sudah,
Puncak gunung nampak di sana.
631 JASIN ASAHAN KG. PEKAN NYALAS
Rakan sekelas tetaplah tabah,
Rajin membantu suka berteman;
Pekan Nyalas sudah berubah,
Semakin maju tempuhi zaman.
632 JASIN ASAHAN KG. ORANG ASLI GAPAM BARU
Barang dibeli bukan ditiru,
Beli berteman di kedai sini;
Orang Asli di Gapam Baru,
Hidup aman serta harmoni.
633 JASIN ASAHAN KG. BARU TANAH PINGGIR MERIANG
Dentum guruh waktu siang,
Burung berkicau pohon bergegar;
Indah sungguh Tanah Pinggir Meriang,
Suasana hijau udara nan segar.
634 JASIN RIM KG. BUKIT KATONG
Sungguh cantik sanggul suasa,
Elok tergantung buat dandanan;
Penduduk baik berbudi bahasa,
Bukit Katong bampung idaman.
635 JASIN RIM KG. JALAN HAJI LIMIN
Menjual tepung juga cermin,
Jual di rumah saudara mara;
Ini Kampung Jalan Hj Limin,
Penduduk ramah serta mesra.
636 JASIN RIM KG. JALAN RIM 15 SOLOK TENGAH
Daun palas dibawa pak ngah,
Pak ngah selisih dengan kereta;
Jalan Rim 15 Solok Tengah,
Kampung bersih indah di mata.
637 JASIN RIM KG. JALAN SIN BAN BEE
Menjual ubi dan daun kari,
Pasar dibuka hari Selasa;
Jalan Sin Ban Bee nama diberi,
Masyarakat Cina berbudi bahasa.
638 JASIN RIM KG. RIM
Kain dikirim warna pelbagai,
Corak batik dari Naning;
Kampung Rim di tepi sungai,
Masjid cantik berkubah kuning.
639 JASIN RIM KG. RIM HILIR
Mengayuh pelampung bergilir-gilir,
Ke tempat selamat penuh bertenaga;
Indah Kampung Rim Hilir,
Penduduk hormat sesama tetangga.
640 JASIN RIM KG. RIM HULU
Menara tinjau seperti terapung,
Beduk dipalu menyampai berita;
Pohon menghijau keliling kampung,
Kampung Rim Hulu indah di mata.
641 JASIN RIM KG. SOLOK BUKIT KATONG
Terbang pepatung hinggap di taman,
Serangga cantik tidak berbisa;
Bukit Katong kampung Idaman,
Penduduk baik berbudi bahasa.
642 JASIN RIM LADANG GAONG BANGKOK
Bengkang bengkok dan turun naik,
Mendaki rabung jalan berlima;
Ladang Gaong Bangkok kampung unik,
Istimewa kampung pada nama.
643 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. AYER TAWAR
Tawar-menawar begitu lama,
Dibeli sudah sebakul limau;
Ayer Tawar begitulahi nama,
Terletak indah di DUN Merlimau.
644 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. BAGAN UPIH
Kuih lapis kuih serabai,
Enak dimakan perlahan-lahan;
Bagan Upih di Sungai Rambai,
Jeti nelayan cuma bersebelahan.
645 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. JALAN DATO' NAWAR
Limau dan halia sebagai penawar,
Tumbuh di dusun menjadi bualan;
Penduduk ceria di Jalan Dato Nawar,
Rumah tersusun sepanjang jalan.
646 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. IBRAHIM
Ikatan silaturahim dijaga sentiasa,
Jangan disimpan cemburu hati;
Kampung Ibrahim aman sentosa,
Penduduk sopan berbudi pekerti.
647 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. JALAN IBRAHIM
Habis semusim buah delima,
Dimakan kera belakang rumah;
Jalan Ibrahim diberi nama,
Masyarakat mesra juga peramah.
648 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. JALAN LAIDIN
Ikan sardin ikan haruan,
Penuh seraga seberang jeti;
Jalan Laidin kampung pilihan,
Jiran tertangga saling menghormati.
649 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. JALAN SALIM
Pokok pinang di Pekan Malim,
Tumbuh di taman tidak berdahan;
Suasana tenang di Jalan Salim,
Udara nyaman di kelilingnya tumbuhan.
650 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. PARIT ALAI
Ikan salai dimasak lama,
Garam terasa terlebih jangan;
Parit Alai begitulah nama,
Kampung selesa penuh kenangan.
651 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. PARIT NIPAH
Melumur sotong bersama rempah,
Digoreng garing bersama tauhu;
Indahnya kampung Parit Nipah,
Masyarakat saling berganding bahu.
652 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. PARIT PENDEKAR
Kembang mekar si bunga dahlia,
Harum bunga nampak berseri;
Parit Pendekar kampung ceria,
Hebat nama sehebat negeri.
653 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. PERMATANG TULANG
Membeli rebung dan ikan talang,
Masak bersama segantang pulut;
Ini Kampung Permatang Tulang,
Nyamannya udara berhampiran laut.
654 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. SEBATU
Ikan jelawat dibuat rebusan,
Dibawa bekal bakal menantu;
Datang melawat ke galeri warisan,
Dapat mengenal kampung Sebatu.
655 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. SEBATU BUKIT
Menyeberang paya naik rakit,
Bersama teman lebih selesa;
Kampung saya Sebatu Bukit,
Tempat aman serta sentosa.
656 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. SOLOK HJ RAMLI
Buah Bali gugur terapung,
Hanyut ke baruh di bawah jambatan;
Solok Hj Ramli namanya kampung,
Sempena tokoh anak tempatan.
657 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. BATU GAJAH
Bunyi daun bunyi berdesir,
Jatuh berguguran di reban angsa;
Ini kampung Batu Gajah Pasir,
Penduduk sopan berbudi bahasa.
658 JASIN BEMBAN KG. PONDOK KEMPAS HILIR
Sungai mengalir bercabang lima,
Rakit ditarik tidak berselisi;
Pondok Kempas Hilir diberi nama,
Kawasan cantik sentiasa bersih.
659 JASIN ASAHAN KG. ORANG ASLI AIR DUSUN
Gula apong letak tersusun,
Dibalut kain dibahagi enam;
Ini kampung Air Dusun,
Penduduk rajin bercucuk tanam.
660 JASIN ASAHAN KG. BARU
Kayu Gaharu kulitnya cerah,
Menjadi hentian tempat bersandar;
Kampung baru di tersusun indah,
Berhampiran dengan SMK Selandar.
661 JASIN MERLIMAU KG. TENGAH
Pergi memanah tidak berlengah,
Merintis belukar kental sendiri;
Di kawasan tanah Kampung Tengah,
Masjid Selandar indah berdiri.
662 JASIN MERLIMAU KG. BUKIT KUDA
Membeli lada dan juga limau,
Limau diperah di dalam balang;
Bukit Kuda di dalam DUN Merlimau,
Kampungnya indah warga cemerlang.
663 JASIN MERLIMAU KG. DARAT SEBERANG
Sambal kerang bersama nasi,
Dimakan kenyang para karyawan;
Darat Seberang kampung tradisi,
Kekal tenang diwarnai kehijauan.
664 JASIN MERLIMAU KG. PASIR GEMBUR
Menjual rebung beserta bubur,
Pasarnya terapung di tepi jeti;
Indah Kampung Pasir Gembur,
Warga sanjung nilai menghormati.
665 JASIN MERLIMAU KG. SEMPANG PANTAI
Memakai cincin beserta rantai,
Ukirannya halus memikat hati;
Ini Kampung Sempang Pantai,
Orangnya bagus dan baik hati.
666 JASIN MERLIMAU KG. SERKAM BAROH
Burung hitam panjangnya paruh,
Hinggap di ranting pohon delima;
kampung tersergam Serkam Baroh,
Penduduk rajin bekerja sama.
667 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. BUKIT KEPOK
Ayam berkokok riuh setaman,
Direndam telur menjadi masin;
Bukit Kepok kampung yang aman,
Terletak indah di Daerah Jasin.
668 JASIN SUNGAI RAMBAI FELCRA SERI MENDAPAT
Daun putat dimakan kera,
Pohon sukun di tepi perigi;
Seri Mendapat Perkampungan Felcra,
Masyarakat rukun berhemah tinggi.
669 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. TERSUSUN SERI MENDAPAT
Pergi memukat ketika monsoon,
Isteri tercinta mengidam jelawat;
Seri Mendapat kampung tersusun,
Cantik di mata menggamit pelawat.
670 JASIN SERKAM KG. BUKIT SERKAM
Suria menyinari indah terakam,
Hati terkenang si anak dara;
Kampung kami Bukit Serkam,
Suasana tenang bersih terpelihara.
671 JASIN SERKAM KG. PAYA PANGLONG
Pergi pergi kelong mengail kerisi,
Tertinggal raga di tangga rumah;
Paya Panglong kampung tradisi,
Penduduk ceria lagi peramah.
672 JASIN SERKAM KG. PULAI DARAT
Tidaklah larat mengejar itik,
Puas dihalau lari berlegar;
Pulai Darat kampung yang cantik,
Kawasan hijau udara segar.
673 JASIN SERKAM KG. PULAI BARAT
Naik ke darat di siang hari,
Mentari terik tidak selesa;
Pulai Barat nama diberi,
Penduduk baik berbudi bahasa.
674 JASIN SERKAM KG. PULAI TENGAH
Terbang rendah hinggap di dahan,
Si cenderawasih cantik belaka;
Pulai Tengah kampung pilihan,
Penduduk berkasih berbaik sangka.
675 JASIN SERKAM KG. PULAI TIMUR
Menggali sumur di tanah rata,
Terjumpa belian beserta intan;
Kampung Pulai Timur indah di mata,
Kampung idaman si anak watan.
676 JASIN SERKAM KG. JALAN HAJI KHAMIS
Kambing jantan dimasak kurma,
Lumurkan tepung hilangkan hamis;
Tokoh tempatan empunya nama,
Inilah Kampung Jalan Haji Khamis.
677 JASIN SERKAM KG. JALAN HAJI SHARIF
Limau nipis ingin dicari,
Ditunjuk saya buah peria;
Jalan Haji Sharif nama diberi,
Penduduk bahagia kampung ceria.
678 JASIN SERKAM LADANG SERKAM
Tangkap ketam tidaklah sulit,
Hebatnya suami ketika memukat;
Ladang Serkam dipenuhi sawit,
Sumber rezeki penduduk setempat.
679 JASIN SERKAM KG. PANTAI SIRING
Ubi kentang di dalam piring,
Kelapa parut sudah diperah;
Jemputlah datang ke Pantai Siring,
Hasil laut segar dan murah.
680 JASIN SERKAM KG. SERKAM BARAT
Ujian sarat bersalut hikmah,
Orang beriman sabar di dunia;
Serkam Barat warganya ramah,
Serkam Barat warganya ramah.
681 JASIN SERKAM KG. SERKAM DARAT
Tanah rendah semakin ke barat,
Hujung sekali rata mendatar;
Terpamer indah Serkam Darat,
Kanan dan kiri hijau berpagar.
682 JASIN SERKAM KG. SERKAM PANTAI
Pandu kereta ke rumah besan,
Berbekal petai delima merah;
Masjid diwarta monumen warisan,
Serkam Pantai mencatat sejarah.
683 JASIN SERKAM KG. SERKAM TIMUR
Makan sahur gulai kemumu,
Goreng ikan bawang dimayang;
Serkam Timur tempat bertemu,
Menjalin ikatan berkasih sayang.
684 JASIN SERKAM KG. SOLOK ANAK AIR
Puas menjolok jambu air,
Bermandi-manda riangnya hati;
Kampung Solok Anak Air,
Tua dan muda saling hormati.
685 JASIN SERKAM KG. SOLOK SERKAM DUSUN
Indah tengkolok lipatan tersusun,
Rindu mengimbau tradisi disemai;
Kampung Solok Serkam Dusun,
Rimbun menghijau buminya damai.
686 JASIN SERKAM KG. SOLOK LUBOK BUAYA
Sayur peria dibeli nyonya,
Ambil sukun dan juga zaitun;
Solok Lubuk Buaya unik namanya,
Masyarakat rukun dan sopan santun.
687 JASIN SERKAM KG. TERSUSUN SERKAM DARAT
Mentari menyusul timur ke barat,
Lumrah alam tanpa kecuali;
Kampung Tersusun Serkam Darat,
Rumah salam semua sekali.
688 JASIN SERKAM KG. JALAN HAJI AKBAR
Buluh dipegang elak selumbar,
Letak di bawah pohon kuini;
Kampung Jalan Haji Akhbar,
Sangat bertuah tinggal di sini.
689 JASIN SERKAM KG. BUKIT GEREJA
Menabur baja di pangkal ceri,
Ramuan diguna letak di guni;
Bukit Gereja nama diberi,
Orang Cina ramai di sini.
690 JASIN SERKAM KG. JALAN ABDUL RAHMAN
Jalan berteman beli pelampung,
Tunjuk cara berenang ke kelong;
Jalan Abdul Rahman namanya kampung,
Penduduk gembira tolong-menolong.
691 JASIN SERKAM KG. JALAN BAKTI
Bunga melati petik dahulu,
Ada kepompong sedang bertapa;
Kampung Jalan Bakti ingatlah selalu,
Anak kampung tiadalah lupa.
692 JASIN SERKAM KG. JALAN HAJI MAT TOP
Waktu asar memasang pukat,
Bersama kotak kayu beroti;
Kecil besar semua muafakat,
Jalan Haji Mat Top bersatu hati.
693 JASIN SERKAM KG. JALAN HAJI HAMID
Air kolam paras di siku,
Ada bunyi ikan melompat;
Masuk ke dalam jalan berliku,
Jalan Haji Hamid sinilah tempat.
694 JASIN SERKAM KG. JALAN HAJI YUSOF
Labuh sauh waktu yang lama,
Mudah kerang bertimbang kati;
Jalan Haji Yusof diberi nama,
Sempena orang yang banyak bakti.
695 JASIN SERKAM KG. JALAN HAJI NOPIAH
Tanduk rusa pecahnya lima,
Kena tempias gantung di pintu;
Banyak jasa empunya nama,
Jalan Haji Nopiah lekat di situ.
696 JASIN SERKAM KG. JALAN LADANG PASIR
Pisang sesisir pisang kebatu,
Tepi bendang tanamnya lama;
Banyaknya pasir ada di situ,
Jalan Ladang Pasir diberi nama.
697 JASIN SERKAM KG. JALAN MINHAT
Itik angsa dipukat terkena,
Masa lama bimbang tak sihat;
Kenang jasa dan berkat cakna,
Diberi nama Kampung Jalan Minhat.
698 JASIN SERKAM KG. JALAN SAWAH GIANG
Riang-riang di pohon berangan,
Orang lalu bunyinya sumbang;
Sawah Giang jadi kenangan,
Tempat dahulu kerbau berkubang.
699 JASIN SERKAM KG. JALAN SIDANG MAT
Ibu gamat beli di desa,
Dalam guni tidaklah lama;
Sidang Mat banyaknya jasa,
Kampung ini diberi nama.
700 JASIN SERKAM KG. PEKAN UMBAI
Dahan rambai cucuk di empang,
Akar disimpul ikat bertiga;
Pekan Umbai letak di simpang,
Tempat berkumpul orang berniaga.
701 JASIN SERKAM KG. SUNGAI SEMBILANG
Bersarang helang di pohon rendah,
Malam menjelang tiada penghuni;
Sungai Sembilang terkenal sudah,
Asam pedas sembilang carilah sini.
702 JASIN SERKAM KG. SOLOK PASAL
Pancing selesai umpannya ikan,
Terasa lega ikan berguni;
Solok Pasai nama jolokan,
Kami bangga duduk di sini.
703 JASIN SERKAM KG. SOLOK SUNGAI SEMBILANG
Ambil golok sarung bersilang,
Buatlah tanda lukahnya ikan;
Kampung Solok Sungai Sembilang,
Tempat mudah mencari makan.
704 JASIN SERKAM KG. UMBAI PANTAI
Nyiur melambai tambat perahu,
Daun di pantai menari-nari;
Disebut Umbai semua dah tahu,
Ikan bakar tak susah dicari.
705 JASIN SERKAM KG. SUNGAI BATU
Ikan betutu pancing dah lama,
Kailnya paku di air bani;
Sungai Batu mendapat nama,
Kekal kampungku hingga kini.
706 JASIN SERKAM KG. BATAK
Mudah mengenal janganlah lari,
Tanda terletak huruf empunya;
Namanya terkenal mudah dicari,
Kampung Batak kebanggaan semua.
707 JASIN SERKAM KG. SOLOK TENGAH
Kata bermadah tiadalah ganti,
Tidaklah punah asalkan bertanya;
Kampungku yang indah semat di hati,
Solok Tengah tempat asalnya.
708 JASIN MERLIMAU KG. PEKAN MERLIMAU
Angin kayangan dan layang-layang,
Menggerak langkah tarian udara;
Kampung Pekan Merlimauku sayang,
Di sinilah rumah melipur lara.
709 JASIN MERLIMAU KG. MERLIMAU TELOK
Adalah lorong, adalah selok,
Jalan ke rumah ingat di hati;
Inilah Kampung Merlimau Telok,
Tanah bertuah penghuni sejati.
710 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. PARIT GANTUNG
Usai perit berlaba untung,
Resam usahawan di tanah kita;
Hidup tak sulit di Parit Gantung,
Azam melawan membina cita.
711 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. PARIT PERAWAS DARAT
Gunung berderet daki tak larat,
Siapa berjaya dijulang-julang;
Kampung Parit Perawas Darat,
Hidup berjaya gilang-gemilang.
712 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. HAJI ABU
Malamnya tiba semi mengantuk,
Sedaplah sorong bantal kekabu;
Betapa selesa kami penduduk,
Di sinilah Kampung Haji Abu.
713 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. HAJI IDRIS
Kenyanglah saji sehiris hanya,
Kelinci hikmat meskipun kerdil;
Kampung Haji Idris namanya,
Berisi nikmat meskipun kecil.
714 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. JALAN GHAFAR
Ke gaung dalam pabila bersuara,
Pasti bergema kata nan tadi;
Kampung Jalan Ghafar juara,
Mendidik pemuda pemudi berbudi.
715 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. JALAN HAJI AHMAD
Datang hujan beri rahmat,
Bercambah nyawa di sana sini;
Kampung Jalan Haji Ahmad,
Bertambah jiwa warga madani.
716 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. KILANG PADI
Takkan hilang mentari siang,
Tandanya pagi malam berseli;
Kampung Kilang Padi yang riang,
Tandanya lelaki dara berbudi.
717 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. PARIT PENGHULU
Tengoklah lorong usah bermalu,
Bermalu akan tersesat kawasan;
Jenguklah Kampung Parit Penghulu,
Penghulu rakan mengangkat wawasan.
718 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. PARIT PERAWAS BAROH
Usah jerit disuruh-suruh,
Cakap sahaja pasti memadai;
Kampung Parit Perawas Baroh,
Ungkap sahaja pastilah dirai.
719 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. PAYA RAMBUT
Bunga raya merah menyala,
Dihinggap lebah ingin menyeri;
Kampung Paya Rambut terdila,
Segenap arah yakinlah berseri.
720 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. TASEK
Memasak rendang perlu kerisik,
Dapat sajikan tetamu undangan;
Selamat datang ke Kampung Tasek,
Tempat sakan membentuk kenangan.
721 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. TELOK GONG
Mahukan sagu pecahkan ruyung,
Mahukan sagu pecahkan ruyung;
Sudilah tahu Kampung Telok Gong,
Sekali jejak terasa seronok.
722 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. JANDA BERHIAS
Bergurau senda dua pendekar,
Segan angkuh kalah menang;
Kampung Janda Berhias digelar,
Tempat bersungguh lagi bertenang.
723 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. PARIT PUTAT
Baju kurung kemas nan ketat,
Berganding kain indah dan rapi;
Sekecil Kampung Parit Putat,
Amat lain berbanding nan tepi.
724 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. PARIT PUTAT BENTENG
Burung walit sarang penting,
Meramulah ia sebagai ubatan;
Kampung Parit Putat Benteng,
Bertamulah bila berkesempatan.
725 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. PARIT SIALANG
Ada lorong boleh bilang,
Lalu maharani menaiki pedati;
Dalam Kampung Parit Sialang,
Penghuni berani elok pekerti.
726 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. PARIT SIALANG BENTENG
Masa bersama mengaji makna,
Awas teralit pantang terenteng;
Desa sentosa saling bercakna,
Kampung Parit Sialang Benteng.
727 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. SUNGAI RAMBAI
Anak didukung pandai melambai,
Kepada dewasa kian ceria;
Nama Kampung Sungai Rambai,
Warga rumahnya nian bahagia.
728 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. TAMBAK MERAH
Sinar di lorong tampak cerah,
Senanglah sua arah dan tuju;
Digelar Kampung Tambak Merah,
Disayang yang tua, anak dan cucu.
729 JASIN SUNGAI RAMBAI KG. TERSUSUN RAMBAI JAYA
Dentum mercun di hari raya,
Petanda puasa anak hayati;
Kampung Tersusun Rambai Jaya,
Mesra keluarga anak di hati.
730 JASIN SERKAM KG. GAONG PIJAT
Sabar dihurung doa munajat,
Agar diangkat sabar ke mari;
Digelar Kampung Gaong Pijat,
Kami sehayat hidup berdikari.
731 JASIN SERKAM KG. PAYA GOYANG
Helang berjaya menangkap kancil,
Itulah hebat pemangsa yang jitu;
Kampung Paya Goyang dipanggil,
Sesama kerabat kami bersatu.
732 JASIN SERKAM KG. TEDONG
Dalam balairung raja terduduk,
Jelas terpapar pakaian berseri;
Kamilah Kampung Tedong yang induk,
Awas tertukar jiran di kiri.
733 JASIN SERKAM KG. TEDONG BARAT
Membawa lesung batu yang berat,
Ibu dan anak melumat cabai;
Bernama Kampung Tedong Barat,
Sehati segerak impian tercapai.
734 JASIN SERKAM KG. TEDONG DARAT
Pintal gulung serat dan serat,
Jadi talian mengikat guni;
Kampung Tedong Darat nan erat,
Sesama jiran bergelar penghuni.
735 JASIN SERKAM KG. TEDONG PEKAN
Berjalan lorong menjual makan,
Rempah ramuan menjadi sebati;
Perkenal Kampung Tedong Pekan,
Warga sehaluan berjiwa sejati.
736 JASIN SERKAM KG. TEDONG TENGAH
Hujung ke hujung lari termengah,
Ternampak kerusi di tepi pantai;
Susuk Kampung Tedong Tengah,
Tampak serasi untuk bersantai.